Ada apa di Osaka?
Untuk trip Jepun kali ini kami mengembara selama 10 hari 9 malam . Kawasan yang kami jejaki adalah Osaka, Kobe, Tokyo, Gunung Fuji dan Kyoto. Oleh kerana trip ini lama dan jarak perjalanan yang jauh, kami membeli JR pass untuk seminggu. Lebih jimat guna pass untuk naik Shinkansen (bullet train). Harga pass ni seminggu dalam MYR1 ribu. Kami menggunakan public transport seperti bas, tren dan hanya sekali menaiki teksi. JR Pass ini boleh dibeli di ofis JR di Jalan Imbi, berhadapan bangunan Times Square di Kuala Lumpur. OSAKA Setibanya di Kansai Airport boleh pergi ke JR Office di tingkat dua untuk tebus voucher JR PASS kepada tiket. Kansai airport sekarang sudah Muslim friendly di mana terdapat surau dan juga kedai Udon dan tempura yang halal. Kami menginap di Hotel Granvia Osaka, jadi kami hanya perlu naik bas dari airport menuju Herbis Hotel atau New Hankyu Hotel. Hotel granvia letaknya di dalam Osaka Main Station. Tips :