Posts

Showing posts from October, 2015

Jom makan di Kafe 123 Gasing

Image
Minggu ni pencarian kafe lain pula. Kali ini, kafe 123 Gasing menjadi pilihan sensei . Kafe yang terletak di Jalan Gasing, Petaling Jaya, Selangor sangat mudah dicari. Tak jauh dari PPUM (pusat perubatan Universiti Malaya). Katanya kafe ni milik keluarga anak murid sensei. Kafe berkonsep santai dan chill ini membawa menu makanan barat,kek dan pastri. Jom tengok gambar-gambar yang sempat Oraen ambil. uniknya lampu ni menarik perhatian oraen suka konsep hiasan frosted glass pattern di belakang tu Jom tengok sebahagian makanan yang kami order hari itu. Hot chocolate dengan Nutella Cream Cake Spaghetti Aglio Olio Mashed potato yang super sedap! Burger and fried sweet potato Neopolitan Cake sudah pastinya teh jadi pilihan Oraen. Green tea peppermint satu teko.. minum puas-puas  Lagi gambar makanan. Pencuci mulut pilihan hati Makan kasi licin okeh! So apa macam kafe ni, nampak menarik tak? Hehe. Untuk interior design , Oraen rasa cuk

Frankfurt- shopping dan makan!

Image
Rudesheim lagi! Apa yang best? haha. ni gara-gara tak jumpa Tshirt yang menarik di tempat lain, makanya kami ke sini lagi. Di Rudesheim ni boleh tahan banyak barang cenderahati dan best. Tshirt, fridge magnet, keychain, chocolate, barangan kulit, lukisan pun ada. Kali ni pergi dengan tiket tren individu €11, harga lebih mahal dari pergi haritu. kalau nak jimat, boleh naik tren dari Bankhankof, berhenti di Waisbaden. Lepas tu ambil bas 1 jam ke Rudesheim. Bas ni akan masuk kampung. Sampai di Rudesheim boleh ambil pakej cablecar, cruise dan chairlift pada harga €13 seorang. Pakej ni beli di pusat panduan pelancong di sana. lebih banyak masa dan sempat berjalan-jalan di kedai sekitarnya. Cantik kawasan ni. I just love this restaurant's setting. Di kawasan Rudesheim ni ada satu kedai makanan Western yang halal dan sedap. Dah penat jalan sebelum balik bandar tu apa kata pekena burger sebiji. The Zeil Ini dia restoran fish hous

Sepetang di Youness Cafe, Shah Alam

Image
Kali ni saya nak buat prebiu kafe yang menarik di Shah Alam. Youness Cafe yang terletak di Seksyen 15 Shah Alam ni mempunyai keunikan yang tersendiri, bukan sahaja pada hiasan kafe, malah pada menu yang dihidangkan. Uniknya nama Youness ni sempena nama Encik Yunus, iaitu nama ayah kepada 3 orang adik-beradik pemilik kafe ni. Memang sendiri masak, wow! Seorang jadi chef, seorang buat pastri dan seorang lagi manager kafe. Sepakat membawa berkat. Kan! Hiasan dalaman memang sangat menarik hati. Barang-barang tersebut adalah koleksi famili pemilik kafe ni. Memang ada personal touch yang tersendiri. Cantik menarik memang da bomb. Tak perlu banyak cerita, jom terjah. Pintu masuk Youness Cafe Oraen suka rustic style dalam ni Koleksi peribadi yang dijadikan hiasan yang menarik Guest corner. Hoyeah boleh sampaikan mesej korang di sini. Apa menu yang ada? Sini lebih kepada makanan barat seperti Meatball, pasta, steak, chicken chop, burger, nasi pun ada. N