Guna Vending Machine order makanan di Jepun.
Vending machine. Kredit Foto: Iwazaki-san. Sewaktu kami di hospital Shizuoka, kami belajar menggunakan mesin ini. Ini cerita mengenai makan di kafetaria hospital tersebut. Gambar-gambar makanan tertera di papan kecil di pintu masuk, di sebelah mesin besar ini. Semuanya di dalam tulisan Jepun. Pertama kali ke kafe, kami ditemani doktor-doktor Jepun. Mereka memberi tunjuk ajar tentang sistem memesan makanan di situ. Nak makan pun ada SOP. Hehe Mula-mula pilih apa nak makan. Bahagian atas ialah menu nasi, di tengah ialah mee/ noodles dan bahagian bawah ialah menu lain-lain (selain mee atau nasi). Doktor yang baik hati membacakan satu per satu menu yang ada, dan menunjukkan gambar-gambar menu terbabit. Cara guna macam beli minuman di vending machine. 1) Lihat harga makanan yang dipilih. 2) Masukkan duit di slot sebelah kanan bawah. 3) Tekan menu yang berkenan. 4) Dapatkan baki duit dan bawa resit ke dalam kafetaria. ***** Di kaunter kafetaria: Dulang-dulang indi