Buku baru! Antologi Travelog: Berjalan di Muka Bumi

Lama tak menulis di sini.

Ada projek baru. Namanya Antologi Travelog: Berjalan di Muka Bumi.




Di dalamnya ada cerita-cerita hasil nukilan dari pengembaraan 10 penulis yang berlaku di sembilan negara. Ada rencah-rencah suka duka, kelakar, geram dan tak ketinggalan ada tips-tips menarik!

Saya ada menulis cerita pendek sewaktu ke Frankfurt. Misi mencari souvenir, tertinggal bot... sesat sudah pasti. Banyak lagi kisah menarik daripada penulis lain juga!

Terbitan Nuun Creative Books dengan kerjasama Muslim Backpackers. Harganya RM28 sahaja. Untuk urusan pos ke Semenanjung Malaysia hanya perlu tambah RM6.



Nak beli sendiri boleh pergi ke PBAKL 2016 di MAEPS Serdang yang sedang berlansung sekarang hingga 9 Mei ini.

Atau boleh juga Whatsapp kepada saya di nombor +60183285614. Atau PM di Facebook saya, Yusraa Ksm.

Jom membaca!

Comments

Popular posts from this blog

An interview with my Italian friend on Italy lockdown「イタリアのロックダウン: イタリア人の友達とインタビュー]

Tips makan di Jepun

Misi Jelajah Jepun di kota lama ~ KOBE (nov 2012 day 1)