Posts

Showing posts from May, 2015

Ada apa di Osaka?

Image
Untuk trip Jepun kali ini kami mengembara selama 10 hari 9 malam .  Kawasan yang kami jejaki adalah Osaka, Kobe, Tokyo, Gunung Fuji dan Kyoto. Oleh kerana trip ini lama dan jarak perjalanan yang jauh, kami membeli   JR pass untuk seminggu. Lebih jimat guna pass untuk naik Shinkansen (bullet train). Harga pass ni seminggu dalam MYR1 ribu. Kami menggunakan public transport seperti bas, tren dan hanya sekali menaiki teksi. JR Pass ini boleh dibeli di ofis JR di Jalan Imbi, berhadapan bangunan Times Square di Kuala Lumpur. OSAKA Setibanya di Kansai Airport boleh pergi ke JR Office di tingkat dua untuk tebus voucher JR PASS kepada tiket. Kansai airport sekarang sudah Muslim friendly di mana terdapat surau dan juga kedai Udon dan tempura yang halal. Kami menginap di Hotel Granvia Osaka, jadi kami hanya perlu naik bas dari airport menuju Herbis Hotel atau New Hankyu Hotel. Hotel granvia letaknya di dalam Osaka Main Station....

Sarangheyo~ Seoul, Korea 2010

Image
Teruja bila berpeluang menjejakkan kaki ke bandaraya Seoul, Korea. Maka bermulalah episod 7 hari 6 malam di Seoul bersama rakan-rakan sekerja. Sambil menyelam minum air!                                     Pertama kali menaiki pesawat Korean Air, saya rasa boleh tahan juga pesawat ini. Antara yang menarik ialah bilik air yang kecil tetapi sangat lengkap dengan berus gigi individu, ubat gigi dan juga losyen tangan.  Makanan pula dihidangkan dua kali; sekali pada waktu malam dan sekali lagi sarapan pagi. Dari KLIA menuju ke Incheon Airport, penerbangan mengambil masa 6.5 jam.  Setibanya kami di Incheon Airport, cuaca terasa sangatlah sejuk! Tambahan lagi ketika itu hujan turun membasahi bumi Incheon.  Jam menunjukkan pukul 7 pagi, maka bermulalah perjalanan menempuh trafik yang hebat di kala orang berebut hendak ke pejabat. Kami menaiki van meredahi trafik yang mengambil ma...