Follow me on:

Instagram

2015-06-30

Tips makan di Jepun

Kali ini saya nak kongsi tips cari makan di Jepun. Kalau anda jenis boleh telan apa saja makanan, tak ada masalah sangat. Cuma kena tau yang mana boleh makan, yang mana wajib dijauhi (mengandungi bahan tak halal). Untuk lebih detail sila klik >> dari melancongkejepun

Kalau tak boleh hadam makanan pelik, silakan bawa portable cooker (pastikan voltage sesuai kegunaan di Jepun 100v, kalau tak setengah hari tunggu air mendidih) dan makanan kebiasaannya (beras, roti, mihun, biskut, 3in1, sambal ikan bilis dll). Oh ya, sekarang dah mudah, ada nasi beriani siap, tinggal panaskan saja. Kalau rajin, bawa pes tomyam, nanti di Jepun beli bahan-bahan mentah seafood, sayur, dah boleh buat mihun tomyam. Yummeh!

Buat yang berjiwa kental, ini tips cari makan paling senang (on the go). Di Jepun ada banyak kedai Family Mart atau Lawson. Di sana anda boleh cari makanan segera Onigiri (saya panggil nasi kepal). Kalau nak rasa Onigiri tu macam mana, boleh pergi beli di Aeon. Di kawasan sushi biasanya ada, cuma rasanya sedikit berbeza dari yang di Jepun. Saya rasa Onigiri di Jepun lebih segar.

Edited: Disember 2015.
Post saya sebelum ni mengenai Roti Pasco, sebelum ni ada yang kata boleh makan. Update terbaru! Roti Pasco diragui sebab processing belt dia mungkin mengandungi bahan dari lemak binatang.

Yang di bawah ini dari Halal Japan FB:
Roti paun TopValu best price code J955 & J956. Perhatikan kod betul-betul sebab ada banyak kod.


Terkini 9 jan 2016 dari Halal Japan:

Roti di bawah insyaAllah Halal.






Ini sedikit terjemahan tulisan untuk bahan-bahan.


Kalau onigiri pula, cari yang isi tuna dan mayonis. Yang ini tuna mayonis.

Onigiri macam ni, tuna. Tapi yang ni saya beli semasa di Taiwan.
Dulu makanan halal susah nak cari. Tahun ini dah banyak inisiatif Jepun untuk hasilkan produk halal. Boleh ikuti page NIPPON ASIA HALAL ASSOCIATION (NAHA) untuk tengok produk.

Di airport Kansai pun dah ada makanan halal Udon. Naik ke tingkat atas, bertentang Starbucks ajer. Tempat lain boleh cuba Soba noodle (panas atau sejuk).


Kalau anda boleh makan sushi, sashimi, harus cuba yang segar berdekatan pasar basah (pasar ikan). Sarapan sushi segar memang terbaik. Boleh beritahu mereka "niku o tabemasen" (tak makan daging), "味醂 atau みりん Mirin o areruji" (allergic alcohol). Mirin selalunya diletakkan di dalam nasi sushi. Tapi tak semua ya, boleh tanya mereka. Hati-hati kalau makan Chawanmushi, kadang-kadang ada yang letak ayam. Boleh tanya ya.

Lagi satu, sekarang dah mudah dengan teknologi. Boleh download apps seperti Halal Navi dan Halal Gourmet Japan. Ramai yang post mengenai makanan halal sekitar Jepun. Berhati-hati dan bijaklah memilih.

Selamat mencuba makanan di Jepun!
(updated 09.jan.2016)

2015-06-21

Bila jumpa salji. memori di Beijing! (2012)

Pada hari itu kami berpakat pergi menziarahi Masjid Niuje. Nak cari masjid ni punyalah susah, sebab kami tak pandai cari jalannya, itu yang agak membingungkan. Nak naik bas, sepatah perkataan pun tak faham, takut pula tersalah bas. Nak naik teksi, kami berlima, sebuah teksi tak dibenarkan. Nak ambil dua, maunya sesat satu teksi, jenuh pula nak cari nanti. Akhirnya kami tahan 2 biji motor 'tuk-tuk' macam di Thailand tu, naik 2 dan 3 orang. Bayar lebih murah, tapi masing- masing gelak sebab pemandu tu merempit lalu di sebelah bas. Alhamdulillah bertemu juga kami dengan masjid tersebut.


Masjid ni masih mengekalkan ciri-ciri cina. Ada 7 ekor naga di atas bumbung. Senibina dalamannya sangat cantik dan unik. Saya suka. (Gambar sumber google, sebab gambar saya dah rosak.)



Waktu tu tengahari, perut dah lapar. Di seberang jalan terdapat kedai makan halal. Sangat sedap sup kambing di kala sejuk ni. Teringat dan teringin nak pergi makan lagi!


Pada waktu kami berjalan untuk balik, terasa angin sangat sejuk dan hujan renyai mulai turun. Sejuk lain macam dari tadi. Terus semua bergegas lari kerana takut hujan akan semakin lebat.

Malam tu sambil berborak dengan kawan bilik dalam hotel kami tengok TV. Tiba- tiba tv macam tak ada siaran. Saya pun beritahu kawan, cuba tengok luar, hujan ke. (Macam astro kalau hujan kan ada gangguan siaran). Dia selak tirai, lepas tu terjerit
"Yus, salji!" Serious?! Terlompat dari katil terus pergi tengok tingkap. Wow senangnya dalam hati. Terus dapat sms dari bigboss, "it is snowing outside, go and see."

Jakun punya pasal kan. Ni pertama kali rezeki dapat alami salji turun. Alhamdulillah rezeki siapa sangka yang sejuk dan hujan petang tadi bakal membawa salji. Hatta jam 12 tengah malam waktu tu, kami berdua tekad turun main salji. Kami ketuk pintu member sebelah, dah tidur rupanya. Ajak turun tengok salji, dia buka mata sebelah je lepas tu respon, "oh yeke. Salji eh. Takpela, ngantuklah." Haha. Terkesima sebentar. Ok, fine. Kami je jakun. So apalagi, kami pun turun untuk main salji di tengah malam sampai jam 1pagi.

Keesokan hari salji dah berhenti, tinggal saki baki di jalanan saja. Member semalam kata, "ala, salji dah takde." semalam ajak awak tak ingin. haha. So ni nak post gambar sebelum dan selepas salji.


Gambar basikal ni di dalam masjid niujie. Petang sebelum salji turun.

Ini pagi selepas salji dekat kawasan stesen tren. Di bawah ni dari bilik hotel sebelum salji.


dan selepas salji.

So kami pun dengan jayanya bergambar dengan kesan- kesan salji. Wehuuu!

Entri berkaitan:
Forbidden City
Great wall dan Summer Palace

Awas! Kota Terlarang? Beijing ~forbidden city (2012)

Dah kenapa bagi nama Forbidden City? Pada tahun 1987, ia dikategorikan sebagai World Cultural Heritage by Unesco.  Jatuh sebagai salah satu daripada 5 istana terpenting di dunia. Kota terlarang ni namanya dapat daripada zaman Maharaja dulu yang tak benarkan langsung orang kebanyakan (rakyat marhein) untuk masuk menjejakkan kaki ke kawasan tu. Tapi hari ni anda semua boleh masuk kalau beli tiket masuk.



Dalam ni ada pameran barang- barang istana lama, sama ada anda nak guna audio tour ataupun boleh sewa tour guide di luar pintu masuk. Kami kebetulan dihampiri seorang perempuan warga cina yang fasih berbahasa Inggeris. Dia memang kerja membawa pelancong masuk dan jadi tour guide. Bayarannya tak mahal sangat dan since kami ramai, so sharing is ok. Daripada dengar audio tour: boring!

Dalam ni selain sejarah lama, ada kedai- kedai menjual cenderahati. Yang paling saya suka, galeri lukisan (yang cantik dan saya terbeli satu..oops!). Lukisannya memang cantik, tapi kena pandai tawar untuk mendapatkan harga yang murah. Kalau anda meminati jade, silver dan emas putih, boleh juga ditinjau di sana. Pandai- pandai nilai sendiri harga dan kualitinya.

Untuk ke sini, paling senang ialah menaiki tren, tak jauh pun jalan kaki dari stesen.

Entri berikutnya destinasi mana ya?

Entri berkaitan:
Great wall dan Summer Palace
Memori salji di Beijing

Ni Hao Beijing, menjejaki Tembok Besar Cina (April 2012)

BEIJING! Apa yang terlintas di fikiran? Tembok Besar China? Tembok yang sangat popular dan menjadi mercu tanda Beijing. Kalau anda peminat sejarah lama, pergilah ke Beijing untuk menjejak tempat- tempat bersejarah di sana. Ini cerita Mac 2011, waktu tu kita pergi naik MH370 (sentiasa dalam ingatan).


Beijing, salah satu kota besar negara Tanah Besar Cina yang sibuk. Kami di sana hanya 6 hari 5 malam. Kami menginap di Beijing Convention Hotel atau CNCC Grand Hotel. Oleh kerana kawasan ini agak terpinggir dari pusat bandar Beijing, jalan raya sekitar tak berapa sibuk. Ia merupakan kawasan olympic park, stadium, aquatic centre, rumah- rumah penginapan atlet; ia lebih kepada business centre. Nak pergi stesen tren tak jauh, jalan kaki tak sampai 10 minit.

Di manakah tempat menarik yang ada di Beijing? Tentulah dalam itinerary ada Tembok Besar Cina, Forbidden City, Tianmen Square, Summer Palace dan tak ketinggalan, harus pergi Masjid Niuje. Hotel kami berdekatan Stadium Besar Olympic Beijing yang cantik macam sarang burung tu. Malam pergi jalan kaki saja dan ambil gambar di situ memang cantik.

Tempat yang mula- mula kami jejaki ialah Summer Palace. Di situ ada sejarah peninggalan istana lama, tasik yang cantik, dan tokong cina. Waktu tu cuaca masih sejuk sehingga air di tasik masih separuh beku.




Waktu tu hari cuti jadi memang ramai orang.






Tempat ni boleh tahan besar, penat juga berjalan. Sambil tengok barang- barang bersejarah, sambil makan angin dan ambil gambar. Suasana tu yang best.








Dah separuh hari di sini, kami balik ke hotel untuk berehat. Esok kami akan pergi the Great Wall. Kali ini ada orang bawa sebab ada orang sponsor pakej. Jadi tak perlulah susah payah mencari hala tuju sendiri. Jadi saya tak ada idea nak beritahu macam mana kalau nak pergi sendiri. Maaf! Apa yang pasti, nak pergi tembok besar tu memang jauh perjalanannya dari hotel, memang kena naik bas, atau teksi, sebab tren memang tak sampai ke tembok ni. Naik van hari tu pun sejam rasanya. Kami pergi ke kawasan yang ada cablecar sebab ada budak kecik tu teringin nak naik cablecar. Tak ingat nama starting point tempat ni. Kata tour guide boleh pilih antara 4 pilihan jalan nak pergi tembok besar. (Maafkan daku jika salah!)




Teramat ramai manusia pada hari itu. Sesak. Sampai ke tengah tembok tu baru kurang orang. Kalau anda adventurous, bolehlah lalu tembok yang nak runtuh tu. Tapi tak jamin keselamatan anda. Kami pergi setakat mana yang boleh, sambil bergambar, bukti kukuh bahawa kami sudah sampai.

Malam tu kami dibawa makan di restoran halal. Apa nama dia sila baca di dalam gambar. Dah tentu popular dengan Peking Duck. Daging itik rebus ke stim? Mereka gulung dalam daun, kemudian celup sedikit sos dan terus masuk mulut. Rasa dia? Boleh tahan. Kawan kami seorang tu kata sedap sangat, nak pergi makan lagi. Setakat ni dulu entri kali ini. Esok pergi mana?


Entri berkaitan:
Jakun bila jumpa salji di Beijing
Forbidden city

Entri lain: 

2015-06-06

Seketika bersama alam di Sagano, Arashiyama (2012 day 9)

Hari yang cerah ni mari kita pergi ke Sagano dan Arashiyama

Di sini terkenal dengan pemandangan yang cantik, tak kira musim apapun, apatah lagi musim bunga dan autumn. Orang putih kata, breathtaking

Arashiyama terletak di luar bandar di sebelah barat Kyoto. Landmark di sini ialah taman buluh (bamboo groves) yang besar, jambatan Togetsukyo.

Dari Rakuza, kami jalan kaki pergi Gion-shijo station, ambil tren dan turun di Tofukuji station. 


Dari Tofukuji pergi kyoto station. Macam mana nak pergi dari Kyoto station? Paling senang ialah naik JR tren Sagano/Sanin Line dan berhenti di Saga-Arashiyama. Ambil masa 15 minit pada harga 240 yen sehala. Dari situ, pergi central Arashiyama berjalan kaki dalam 10 minit.

Kalau dari Kawaramachi atau Karasuma Station di Shijo street. Perlu ambil tren Hankyu Main Line, tukar ke Katsura Station untuk sampai ke Hankyu Arashiyama. Dalam 20 minit perjalan pada harga 220 yen. HANKYU Arashiyama station tu seberang sungai je, jalan kaki ke Central Arashiyama dalam 10 minit.

Gambar sumber: japan-guide

Kami turun di Saga-Arashiyama, jalan kaki ke Torokko Saga dan naik Sagano Scenic Train atau Romantic train untuk pergi ke bamboo groves. 

Dalam tren tu nampak pemandangan yang cantik, pelawat naik bot di sungai Hozugawa di bawah, dan dapat rasa angin yang best sebab tren ni open. So kalau hujan jangan naik nanti basah. Haha.






Kita turun di Torokko Arashiyama, ambil teksi pergi Torokko Kameoka station. Ni pertama kali naik teksi di Jepun ok. Jadi jakun sebentar bila pintu kiri belakang buka automatik. di Torokko Kameoka Station ni, ada kafe dan jual barang omiyage. Stesennya kecil je dan masa tu tak begitu ramai orang.

Map sumber: japan-guide



Tujuan kami ke sini untuk naik bot bersiar- siar dengan Hozugawa River Cruise. Sungai agak berombak, dalam sejam lebih juga naik bot ni. Kalau tadi kita naik tren nampak orang naik bot, sekarang naik bot nampak tren pula. Ni kiranya patah balik dari Kameoka menuju Arashiyama. 

Bayaran dalam 4100 yen seorang. Agak mahal di situ.













Tengok di atas tu. Tren ni yang kami naik tadi.

Dah sampai... masa untuk makan tengahari pula. Perut dah lapar. Lepas makan baru jalan lagi.






Cold soba dan udang tempura.




 Sambil tengok pemandangan di luar


Sudah isi perut, jom jalan masuk ke Bamboo grove pula. Jauh juga nak jalan ni. Ingatkan dah sesat tapi akhirnya jumpa juga!




Jalan- jalan lagi sampai jumpa Tenryuji temple.


Kalau nak merasa naik kenderaan yang ditarik oleh orang.

Dari sini jalan kaki menuju kawasan kedai tu dah tak jauh. Sangat banyak kedai yang menjual omiyage, nak apa je, payung Jepun yang timbul bunga kalau kena hujan, kain Japanese cotton dalam bentuk sapu tangan dan alas meja, makanan dah tentu banyak. Hand made bag pun ada, kasut, macam- macam ada. 

Nak balik jalan kaki menuju Arashiyama Station untuk naik tren balik ke Kyoto station.


Hari berikutnya kami pindah pula ke Backpacker's Hostels K-House Kyoto. Sini best. 
Tangga menuju ke bilik di ruang atas

Muka depan K House

Ruang rehat atau lobi

Lagi ruang rehat. Sarapan dulu sebelum berangkat pulang

Sayonara Kyoto! Kami akan datang lagi!


Hostel ni tak jauh dari stesen tren. Hostel ni kemas dan bersih. 

Kami duduk di private room dua katil double deck. Cost untuk seorang di quad room 2900 yen semalam. 

Tandas dan bilik mandi adalah sharing (lelaki/perempuan) tapi besar. Ada dapur yang dikongsi bersama, dan tempat bersantai. Oh ya, nak gi Gion lagi dekat dari sini.