Follow me on:

Instagram

2015-12-30

Dah nampak Tuhan?

"Langit dan awan sekarang sangat cantik, kan Yus?!" Itu apa yang Kak Ju cakap sewaktu dalam perjalanan.

picture taken by Kak Ju on the way back from Mersing last weekend. Serene!


Sekejap lagi keluarkan smartphone dan ambil gambar awan dan langit biru. Seketika kemudian simpan balik dalam beg. Bila di depan nampak cantik lagi, keluarkan lagi dan ambil gambar lagi.

Saya yang tengah memandu hanya mampu memandang dan simpan dalam kotak ingatan.

Ada dua kali terlepas pemandangan unik yang sangat cantik! Nak patah balik, jalannya agak sempit dan bengkang-bengkok.

"Kak Ju snap cantik-cantik tau, saya nak!" Pintaku.

Ya, langit dan awan sepanjang perjalanan pergi dari Senai dan balik dari Mersing memang teramat cantik.

Langit yang cantik warna biru muda dihiasi tompokan awan nano. Awan yang putih berkelompok kemas kelihatan tersusun rapi. Sungguh indah ciptaan Tuhan! Hati menjadi tenang dan tenteram keranaNya.

"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu dustakan?" (Ar-Rahmaan 55:18)

Dalam perjalanan sambil berborak tentang awan dan alam ciptaan lain, terbuka satu al- kisah yang menarik dan lucu.

Kata Puan D, dulu sewaktu anaknya berusia empat tahun, mereka sekeluarga dan Kak Ju pergi makan angin menaiki kapal terbang. Turut serta ialah sepupu yang sama baya dengan anaknya.

Sewaktu kapal terbang menelusuri ruang udara, anaknya memandang ke luar tingkap. Melihat ke sana dan sini. Sepupunya pergi ke tingkap di sebelah tempat duduk bertentangan.

"Dah nampak ke belum?" Jerit si anak kepada sepupunya.

Sepupunya menggeleng kepala. "Belum!"

Masing-masing ligat memandang ke luar, mencari sesuatu. Awan dan langit biru kelihatan di luar tingkap.

"Apa yang mereka cari?" Soal Puan D kepada Kak Ju.

"Tak tahu lah ye. Apa agaknya.."

"Dah nampak Tuhan ke belum?" Soal anaknya lagi.

"Tak ada pun!" Jawab sepupu kecil.

Tergelak Puan D dan Kak ju. Lucunya budak-budak kecil ni. Ingatkan apa yang bersungguh sangat. "Rupanya nak cari Tuhan!"

Comel telatah anak-anak sekecil tu. Kami yang dengar cerita ni pun tergelak.

Bila kita berdoa kan kita menadah tangan minta pada Tuhan. Kita memohon dari atas. Jadi pada si kecil ni, Tuhan mesti ada di atas. Dah naik kapal terbang tinggi-tinggi, mungkin dapat jumpa Tuhan!

(those little childrens' thinking... Konsep Rabbaniyyah terdidik dalam diri)

So cute la them!

2015-12-23

Kembara, Fotografi dan Makanan. Traveller's Workshop 2

Ini kisah minggu lepas.



Satu hari yang penuh cerita, terasa bagaikan diri sedang berada di negara-negara yang berlainan. Dari Perth ke Laos, Turkey ke Madinah, Bandung ke Jepun, tapi ternyata kami masih berpijak di bumi Bangi, Malaysia.

Itu sebahagian cerita yang saya perolehi dari program Travellers' Workshop II anjuran Muslim Backpackers. Program tersebut telah berlangsung di Abuain Kitchen Studio, Bandar Putera Mahkota, Bangi dari jam 9 pagi hingga 6.30 petang.

Program tersebut telah dikelolai oleh Cik Puan Azzah AR dan Tuan Khairul Hakimin Muhammad yang tidak dinafikan sangat kaya dengan pengalaman sebagai pengembara.

Perkongsian cerita suka-duka, cemas, tips dan ilmu yang pastinya berdasarkan pengalaman. Teruja bila mendengar pengalaman yang sangat menarik daripada semua peserta bengkel dan pengajar-pengajar.

Benarlah kata pepatah, 'Jauh berjalan luas pemandangan'. 

Mengembara membuatkan kita semakin kaya dengan pengalaman, yang takkan boleh digantikan dengan wang ringgit. Pandangan kita tentang sesuatu perkara itu turut berbeza.

Cik Puan Azzah dan Tuan Khairul Hakimin berkongsi ilmu dan tips tentang penulisan, fotografi dan.. resepi!

Resepi? Apa kena mengena..?
Haa..nanti saya cerita!

Cik Puan Azzah telah menjelajah sebanyak 20 buah negara antarabangsa dan seluruh Malaysia. Sudah pasti banyak cerita yang kalau nak dikongsikan dalam satu hari saja memang takkan cukup!

Kata Cik Puan Azzah, dalam pada kita mengembara, kutiplah ilmu di setiap perjalanan, dan abadikan dalam penulisan. Dari itu kita akan dapat membantu pengembara yang lain dan mereka yang menyimpan hasrat untuk mengembara melalui tinta yang kita tulis.

Antara salah satu buku travelog yang menarik. Banyak buku yang dibawa oleh Cik Puan Azzah.


Ya, ilmu itu untuk dikongsi. Kerana bukan semua orang berpeluang memperolehi rezeki yang Allah berikan.

Lain pula kisah Tuan Khairul Hakimin. Beliau merupakan seorang fotografer professional yang antara hasil karyanya telah dibeli oleh National Geographic. Sangat wow!

Minat beliau dalam bidang masakan telah memberi inspirasi kepadanya untuk berkelana dalam mencari ilmu dan resepi baru. Ya, beliau mengembara sambil mengikuti kelas masakan di luar negara.

Dan kini beliau membuka studio sendiri yang dinamakan Abuain Kitchen (klik untuk website dan resepi percuma) Sugoi! Semasa kami belajar, terserlah bau masakan yang sedap dari dapur. Memang sedap tak tipu!

Jom check out gambar-gambar yang saya snap. Semua gambar di ambil menggunakan Sony Xperia Z3 Compact.

Masakan tengahari oleh Tuan Khairul Hakimin. Ayam masak kurma dan acar timun menggunakan resepi dan teknik dari India. Ada sambal hijau resepi Vietnam, tak sempat nak ambil gambar sebab laju je habis!


Nutella and Walnut Brownies

Brownies lagi. Close up. Rasa coklat bergabung memang meletup!


Dari indoor kami turun ke outdoor.

Siapa sangka pasar malam yang biasa kita kunjungi, jadi lebih menarik bila kita melihat suasana dari mata seorang fotografer. Teruja!

Deretan balang yang biasa dilihat di sudut Ice Blended Flavor

Pulut mangga! 

Nasi ayam berempah yang unik sebab ada kepingan buah limau. Perah limau tu pada nasi, memang terbaik rasa masam sikit pada nasi. Kena pula dengan ayam berempah yang rasa pedas dan masin.

Tengah jalan-jalan tinjau pasar malam, tiba-tiba terjumpa dinding hitam kosong.

Cantik! Puan Khadijah jadi sasaran model minimalist. Terima kasih!

Dan akhir sekali gambar yang saya suka. Moment. Mak dan ayah adik-adik ni jual nasi lemak di belakang tu. Kami minta kebenaran dia untuk ambil gambar. Mula-mula si abang tu malu-malu. Saya dan Khadijah ajak berborak sekejap, dan kami berjaya break the ice. Maka inilah hasilnya!

Si abang yang menyuapkan nasi ke mulut adiknya dengan penuh kasih sayang.

Semoga ilmu yang dipelajari kali ini dapat dimanfaatkan sebaiknya dalam bentuk penulisan dan gambar, InsyaAllah.

Jutaan terima kasih kepada sifu-sifu yang memberi tunjuk ajar, CikPuan Azzah dan Tuan Khairul Hakimin.

E-book Cik Puan Azzah tentang Turkey telah dilancarkan pre-order baru sekejap tadi! Harga promosi sampai 26 Disember je. Grab cepat!

Terima kasih kepada semua yang sudi membaca!

Kepada kawan-kawan yang lain, teruskan menulis!

2015-12-04

Catatan kembara sehari sang pejalan kaki.


Waktu itu saya masih bergelar mahasiswi di Kuantan. Satu hari saya bertemu sahabat lama di kampus Gombak. Perbualan mengenai kehidupan dan aktiviti semasa. Lantas saya dijemput untuk berkolaborasi mengadakan program ke kampung orang asli. Ini sesuatu yang baru bagi kami di kampus Kuantan. Berminat, saya terus bersetuju untuk menyiapkan proposal untuk memohon bajet program. Bermulalah episod kolaborasi Kuantan-Gombak untuk program Comrade.

Seingat saya team kami dari Kuantan dalam 12- 16 orang. Kami hanya menggunakan telefon dan emel untuk berhubung. Dua hari sebelum program, mesyuarat bersama diadakan.

Kata encik presiden, kami akan berjalan kaki selama 4 jam untuk masuk ke kampung orang asli. Hanya komiti masakan dan mereka yang kurang sihat digalakkan naik lori (ranger truck JOA) untuk masuk.

4 jam?
Boleh tahan. Ayuh sahut cabaran!



Kg. Teji, Cameron Highland

Itu lokasi kami. Misi kami adalah untuk berkongsi ilmu disamping beramah mesra dengan penduduk kampung. Rata-rata ramai di antara mereka yang Muslim.
                 
★★★★★

9 pagi.
Cuaca cerah. Kami beramai-ramai memulakan langkah dengan semangat waja. Pertama kali masuk kampung orang asli. Teruja. Sambil berborak dengan sahabat-sahabat lama. Ada saja cerita yang dikongsi. Kumpulan yang besar awal tadi telah berpecah kepada kumpulan-kumpulan kecil seramai 6-8 orang.

Ada yang baru berkenalan. Sambil taaruf sambil mengorak langkah. Bila penat, berhenti seketika untuk minum dan makan. Sambung lagi berjalan.
          
★★★★★

12 tengahari.
Matahari mulai terik.
'Takpe, lagi satu jam.' Masing- masing memberi kata semangat.

2 petang.
Ni dah lepas 4 jam berjalan.
Lambat lagi ke?

Encik presiden hanya tersengih. 'Sikit lagi ni,' katanya. Kami mengangguk. Pasrah.

Hujan renyai mulai turun. Langkah kami makin laju. Mencari surau atau sekadarnya jika ada tempat berteduh.

Hujan makin lebat. Tak sempat nak sampai kampung. Keadaan jalan tanah merah akan jadi licin dan berbahaya. Kami bersepakat berteduh di dalam beberapa biji gelungan simen besar yang kebetulan ada di sana. Mungkin bakal digunakan membina parit dan jalan raya.

                               ★★★★★
4 petang.
Hujan reda.
Langkah diteruskan lagi.

Mencari tempat untuk solat. Langit mendung kerana awan gelap belum beredar.

Kami ada dua pilihan: teruskan berjalan kaki atau telefon ranger dan minta pengangkutan datang jemput.

Sudah 7 jam berjalan kaki. Belum sampai. Lagi berapa lama kah?
"Menyesal ke ikut?" Tanya rakan saya, Husni.

Penat tu pasti. Menyesal tu tak. Cuma risau kegelapan malam yang bakal menyusul. Entah cukup tegarkah diri untuk melangkah di dalam kegelapan. Sambil berdoa dalam hati semoga tak bertemu sang makhluk ghaib ataupun pemangsa. Haha. Imaginasi bukan-bukan harus dihentikan.

Selesai kewajipan solat, kami teruskan perjalanan. Jalan licin, langkah harus berhati-hati. Tak ada yang merungut sewaktu berjalan. Alhamdulillah. Selaku wakil dari kampus Kuantan, saya bersyukur rakan-rakan tak memberi masalah. Perjalanan turut dipermudahkan.

Di dalam kegelapan malam, berbekalkan lampu suluh dan telefon bimbit, kami bergerak menuju Kg. Teji.

★★★★★

8.30 malam.
Mula nampak cahaya dari rumah-rumah di hadapan. Kami dah nak sampai!

Lega!

Hampir 9 malam kami tiba di dewan. Berkumpul. Rehatkan badan, bersihkan diri, solat dan kemudian makan. Lepas makan dimulakan sesi taaruf dan penerangan program serta pembahagian mahasiswa-mahasiswi kepada kumpulan rumah angkat masing-masing.


Gambar ihsan dari FB page Comrade UIA (dengan izin)

Seronok melihat kehidupan aman damai masyarakat kampung. Riangnya wajah mereka saat kami bertamu di sana. Betapa kehadiran kami sangat dialu-alukan. Kami belajar adat resam, budaya dan pantang larang sebelum ke sana, agar tidak tersilap langkah, kerana mereka masih utuh berpegang pada adat.


Gambar ihsan dari FB page Comrade UIA (dengan izin)

Rumah buluh seperti dalam gambar di atas, dibina sendiri oleh orang kampung. Mengikut kata ayah angkat, bila seorang lelaki itu ingin bernikah, maka dia wajib membina sendiri rumah. Dah siap rumah, baru boleh meminang si cinta hati. Rumah mereka simple je. Ada satu bilik, ruang tamu dan dapur. Di ruang tamu ada televisyen dan sistem karaoke. Hanya rumah penghulu kampung dipasangkan Astro. Jadi di situ tempat mereka berkumpul untuk menonton Astro.

Sistem air telah dipasang oleh kerajaan. Air yang dipam terus dari sungai ditapis sebelum disalurkan ke paip-paip rumah. Airnya sangatlah sejuk!

Begitu jauh ke pedalaman kampung orang asli ni, jauh dari hiruk-pikuk kota, amat susah untuk mereka keluar jika tiada motorsikal. Jalan raya yang teruk tak membolehkan kereta biasa untuk masuk. Seminggu pasti ada 2-3 kali penjual barangan runcit masuk ke dalam menggunakan lori kecil.

Orang kampung masih bercucuk tanam dan menternak ikan dan ayam, kalau nak makan yang segar, petik je di tepi rumah. Dan mereka masih mempunyai kemahiran-kemahiran unik seperti panjat pokok kelapa, menyumpit dan memburu di hutan.

Perjalanan balik? Kami keluar dari kampung menggunakan trak yang mengambil masa 2 jam perjalanan tanah merah dan berbatu.

★★★★★

Alhamdulillah kami diberi peluang untuk turut serta. Satu pengalaman yang mengajar kami mengenali masyarakat orang asli, mendidik kami erti ketabahan, tidak putus asa, syukur dan persahabatan.

Dan siapa sangka, kembara 12 jam itu telah menyatukan dua hati antara sahabat baik saya dari Kuantan dan encik presiden dari Gombak. Sahabat saya yang last minute join program. Sungguh itu takdirNya!

(p/s: to my bff, bolehlah korang nak story pada anak cucu nanti. Hihi)

Setelah bergelar encik suami kepada sahabat saya, barulah encik presiden bocorkan rahsia. "Sebenarnya kami tau jalan kaki tu lebih dari 6 jam, tapi taknak lah bagitahu. Nanti tak ada yang nak jalan." Begitu rupanya.

Satu pengalaman yang takkan dilupakan!

2015-11-19

Made by Oraen's Non-baked Cheesecake. Resepi!

Hi there lovelies.

Ada kawan tiba-tiba nak datang rumah, tapi tak tahu apa nak buat untuk dessert? Boleh cuba buat ni.

Follow:
Facebook page: Made by Oraen
Instagram: oraen


Saya nak kongsi resepi paling digemari oleh peminat tegar keju. Laju je habis licin kalau dihidang di tempat kerja saya. Sangat mudah nak buat. InsyaAllah akan menjadi! Mulakan dengan Bismillah.

Tips:
Resepi ni tak guna gelatin, jadi kalau lama keluar dari petiais, ia akan jadi lembik, kena guna sudu untuk scoop. Kalau anda buat just nice je, boleh guna pisau yang dah dicelup air panas (dan dikeringkan) untuk potong cantik.

Resepi Non-Bake Cheesecake
 (kek keju tak perlu masak)
~adaptasi dari Just a Taste.com


Bahan2:
1 tiub 250g Tatura Cream cheese (suhu bilik)
1/2 tin susu pekat
3 sudu makan susu cair/fresh milk
8-10 keping biskut digestive
50g mentega
3 sudu makan gula kastor

Cara2:
1) hancurkan biskut (guna blender/ crusher atau masukkan dalam plastik dan guna pencanai doh tepung)

2) cairkan gula dan mentega atas api kecil, dah cair, biarkan suam kejap

3) tuangkan mentega cair tadi ke atas biskut

4) tekan rata dan padat dalam acuan loyang (guna 9inci loyang spring loose atau apa-apa saiz je. Kalau takde spring loose loyang, letak baking paper untuk memudahkan diangkat nanti)

5) dah siap, sejukkan dalam petiais (tutup dengan plastic wrap)

6) Di dalam mangkuk mixer, pukul rata keju. Masukkan susu cair dan susu pekat. Pukul rata sampai pekat.

Tips: 
susu cair bole masukkan sikit-sikit, kalau nak kental, kurangkan susu cair.

7) tuangkan campuran keju tadi ke atas biskut tadi. Ratakan.

8) Sejukkan dalam petiais satu malam.

Hiaskan dengan buah kegemaran.
Selamat mencuba, dan enjoy eating!

(Kadang kala saya main campak je bahan-bahan tu ikut suka hati. Janji puas hati..)


2015-11-18

The joy in his eyes

Ogenki- desuka?

Wah, lama sangat tertangguh untuk tulis entri yang ini. Terlalu banyak cerita sampai tak tau nak mula. 

Mental block. Too many things will get me distracted. That's just me.

Entri ni tentang lawatan sambil belajar di Jepun pada November 2014. Musim autumn memang best. Dedaunan berwarna-warni menyambut ketibaan kami.

Trip yang dikelolai oleh Liza Sensei, cikgu bahasa Jepun kamiGroup kami seramai 12 orang. Dah ramai macam tu mesti jenuh kan nak layan karenah gila-gila masing-masing. Tapi sensei relax je. Sabar dan sempoi. Terbaik!

Antara tempat-tempat menarik yang sempat kami terjah:

Arashiyama, Kyoto

Ini kali kedua saya ke sini, tapi dalam suasana yang berbeza. Dulu kami tak sempat jalan-jalan di kedai, kali ni kami sempat shopping. Apa yang sama, daun maple tetap menawan!



The golden ginkgo leaves are simply stunning. Ni betul-betul depan stesen tren Arashiyama.












Yang paling senior dan paling muda berhenti berehat. Masa ni kaki masing-masing dah sakit.


It is bamboo grooves yo! Masa ni saya dan Ezza naik untuk cari jalan ke arah bamboo grooves yang lebih banyak dan lebih cantik, tapi tak jumpa. Then patah balik.


Di sekitar Arashiyama, barang-barang kraftangan memang sangat menarik.

Nipponbashi

Next, kita jenguk Osaka. Di sini misi mencari PS Vita, Gundam dan kereta Tamiya bersama Jebat-chan. Tak pasal-pasal saya pun terlibat sebab temankan kakPah yang nak cari mainan untuk anak-anaknya. Dan tak pasal-pasal saya pun terjebak membeli robot Gundam. Haha. Ni semua pengaruh Jebat. Dah belek-belek tengok Gundam macam best pulak. Balik rumah pasang satu. Lagi satu sampai hari ni tak pasang-pasang lagi.

Bukan main seronok lagi Jebat bila dapat PS Vita, Gundam dan Tamiya. Kalau korang nak cari benda-benda tu semua, pergi cari di Nipponbashi. Sangat banyak kedai yang jual mainan tu semua dan murah harganya. Nak cari barang elektronik dan gadget pun banyak.







Handsome kan Akatsuki ni. Haha. Sebab tu saya terbeli.
Lagi satu tu entah bila pula nak pasang. 

This 11 years old never complain bila dia dah penat berjalan, walaupun sampai demam-demam jalan di Jepun.

So my first time traveling with an 11 years old adik was a fun one. To see the joy in his eyes when he got all that he wanted, is like seeing him having the whole world in his arms. It made me realize that no matter how small an act is, it may mean a lot to another. From the eyes of small kids, you can learn a lot. That is why I just love being around them.

Tahun depan nak cari Gundam dan Tamiya lagi di Tokyo pula. Kegilaan apakah ini. Haha.

Til then!

2015-11-17

Medan, Sumatera Utara Indonesia: simply stunning!


Traveling- it leaves you speechless, then turns you into a storyteller"

-Ibnu Battuta


Medan. It was never in my wishlist.

Tapi di sanalah saya berada pada Hari Raya Haji yang lepas. Raya Haji di Medan yo! Ini kali kedua beraya di luar kawasan. Kali pertama di kampung orang asli di Pahang.



Seminggu sebelum trip baru dapat confirm cuti. Mem besar pun dah bagi greenlight, so malam tu terus book tiket. Sangat last minute. Selalu backpacking trip saya perlu study, nak pergi mana, naik apa, berapa kos, and all those stuff. Trip kali ni dah ada orang uruskan (arigatou ne!); tak perlu peningkan kepala, angkat beg and join the group

Lepas solat sunat Aidiladha, terus bertolak pergi KL central. Meet the group at KLIA2, and off we flew to Medan via AirAsia. 

3pm arrived at Medan airport: first impression, boleh tahan besar dan baru lagi. Joe dan kawannya datang jemput (lupa nama, ampun!). Joe, was our tour guide. Muka macam Akim and the majistret. Orang katalah. Joe selalu juga datang ke Malaysia jalan-jalan.

Itinerari, saya dapat tau malam sebelum berangkat. Tengok- tengok esok hari kena bertolak pukul 2.30 pagi. Like, for real? Haha. Follow je. Seingat saya last trip saya keluar pukul 2 pagi sewaktu menawan Gunung Kinabalu, 3-4 tahun lepas.

Little that I have any clue how the journey would be.

Petang tu Joe bawa kami ke Istana Maimon. Tempatnya tak besar mana, tak banyak yang diperlihatkan, jadi kami isi masa dengan memakai kostum 'Di-Raja' dan snap gambar sana sini. Dah puas bergambar sampai istana pun nak tutup, kami singgah pula di Masjid Raya Medan atau Masjid Raya Al Mashun.



Malam tu check-in Cherry Garden Hotel. Joe bagi penerangan tentang perjalanan 3 hari yang bakal kami lalui. Joe berpesan, tidur awal sebab esok pagi pukul 2.30 dah nak gerak.

Baru pukul 9 malam tapi rasa macam dah tengah malam. Baca buku (sebab takda wifi dalam bilik) dengan harapan cepat mengantuk. Member sebelah letak kepala je dah mimpi sampai bulan. Saya? Pusing kiri kanan 50 kali pun tak tidur lagi. Kesusahan untuk tidur di tempat baru. Bangun makan, kemas beg, pasang headset dengarlah apa-apapun sampai pukul 1.15 baru boleh tidur. Apakah! Lagi 45 minit dah bangun. Selamatlah kalau esok pening.

So perjalanan darat menaiki Toyota Avanza dan sebiji lagi SUV bermula jam 2.45 pagi. Jalan raya lengang dan gelap. Joe dah bagi warning awal- awal jalannya tak rata, berbatu (batu besar ok!) dan sesetengahnya berlopak sepanjang 4 jam sebelum tiba di Kawah Putih. So bersedialah untuk terlompat dan terhantuk.

A long and really adventurous journey was about to begin. 

Joe pasang lagu (asli?) Medan kot. Sepatah perkataan pun tak faham. Tak bagi ngantuk katanya. Saya pasang headset, tak boleh 'digest'. Ngantuk, tapi keadaan huru hara jalan tak membolehkan mata terlelap. Kiri kanan gelap. Ada kawasan kampung, ada kawasan ladang dan ada kawasan hutan. Joe mula buka topik cerita hantu tengah- tengah gelap tu. Perlulah Joe? Saya tengok kiri kanan, janganlah nampak makhluk terbang. Huhu. Masuk waktu Subuh, singgah solat di surau kampung. Just the right timing.

Lepas sarapan di pondok tepi jalan, kami teruskan adventure dan akhirnya sampai di Bukit Kapur, Kawah Putih Tinggi Raja jam 6.30 pagi. Lega!

Berbaloikah perjalanan kami?

Let the pictures speak. Inilah dia Pamukkale di Medan.






Setelah mengharungi road-trip yang paling mencabar dalam hidup, haruslah have fun. Perjalanan seterusnya ke Danau Toba, ambil masa lagi 3 jam, sebelum naik feri jam 3 petang. Jalan lepas tu dah tak seteruk tadi. So the storm has passed. Yeay!

Teletubbies Hills

Dah sampai Danau Toba, Joe bawa kami singgah resort simpan barang-barang lepas tu ronda-ronda kawasan sebelum matahari terbenam.






Antara tempat lain yang sempat kami jejaki:

Lembah Tulas Island










Si piso- piso Waterfall, Brastagi

Kami teruskan perjalanan untuk melihat air terjun yang tinggi, si piso-piso.



4am last day sebelum balik kami bergerak dari Hot spring resort di Brastagi ke Sibaya untuk melihat Gunung Sinabung dari jauh. Haruslah hiking. Dah lama tak joging tiba-tiba nak hike. Just do it!







Lagi satu experience di Medan, kalau di jalan raya nak masuk ke mana-mana tempat pelancongan, biasanya akan ada 'abang long kawasan' minta duit tol. Selalunya jumlah duit ditentukan. Kalau nak parking pun macam tu.

Medan absolutely has beautiful nature. It is a great place to explore, just be prepared for extreme adventure if you go with Joe. Dia bawa ke tempat-tempat yang rare tapi sangat cantik. Absolutely stunning!



Thanks Joe! And thanks to all members of galakjalan, for giving me the opportunity to join the adventure. Til next!