Posts

Showing posts from December, 2015

Dah nampak Tuhan?

Image
"Langit dan awan sekarang sangat cantik, kan Yus?!" Itu apa yang Kak Ju cakap sewaktu dalam perjalanan. picture taken by Kak Ju on the way  back from Mersing last weekend. Serene! Sekejap lagi keluarkan smartphone dan ambil gambar awan dan langit biru. Seketika kemudian simpan balik dalam beg. Bila di depan nampak cantik lagi, keluarkan lagi dan ambil gambar lagi. Saya yang tengah memandu hanya mampu memandang dan simpan dalam kotak ingatan. Ada dua kali terlepas pemandangan unik yang sangat cantik! Nak patah balik, jalannya agak sempit dan bengkang-bengkok. "Kak Ju snap cantik-cantik tau, saya nak!" Pintaku. Ya, langit dan awan sepanjang perjalanan pergi dari Senai dan balik dari Mersing memang teramat cantik. Langit yang cantik warna biru muda dihiasi tompokan awan nano. Awan yang putih berkelompok kemas kelihatan tersusun rapi. Sungguh indah ciptaan Tuhan! Hati menjadi tenang dan tenteram keranaNya. "Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah

Kembara, Fotografi dan Makanan. Traveller's Workshop 2

Image
Ini kisah minggu lepas. Satu hari yang penuh cerita, terasa bagaikan diri sedang berada di negara-negara yang berlainan. Dari Perth ke Laos, Turkey ke Madinah, Bandung ke Jepun, tapi ternyata kami masih berpijak di bumi Bangi, Malaysia. Itu sebahagian cerita yang saya perolehi dari program Travellers' Workshop II anjuran Muslim Backpackers . Program tersebut telah berlangsung di Abuain Kitchen Studio, Bandar Putera Mahkota, Bangi dari jam 9 pagi hingga 6.30 petang. Program tersebut telah dikelolai oleh Cik Puan Azzah AR dan Tuan Khairul Hakimin Muhammad yang tidak dinafikan sangat kaya dengan pengalaman sebagai pengembara. Perkongsian cerita suka-duka, cemas, tips dan ilmu yang pastinya berdasarkan pengalaman. Teruja bila mendengar pengalaman yang sangat menarik daripada semua peserta bengkel dan pengajar-pengajar. Benarlah kata pepatah, 'Jauh berjalan luas pemandangan'.  Mengembara membuatkan kita semakin kaya dengan pengalaman, yang takkan boleh digantik

Catatan kembara sehari sang pejalan kaki.

Image
Waktu itu saya masih bergelar mahasiswi di Kuantan. Satu hari saya bertemu sahabat lama di kampus Gombak. Perbualan mengenai kehidupan dan aktiviti semasa. Lantas saya dijemput untuk berkolaborasi mengadakan program ke kampung orang asli. Ini sesuatu yang baru bagi kami di kampus Kuantan. Berminat, saya terus bersetuju untuk menyiapkan proposal untuk memohon bajet program. Bermulalah episod kolaborasi Kuantan-Gombak untuk program Comrade. Seingat saya team kami dari Kuantan dalam 12- 16 orang. Kami hanya menggunakan telefon dan emel untuk berhubung. Dua hari sebelum program, mesyuarat bersama diadakan. Kata encik presiden, kami akan berjalan kaki selama 4 jam untuk masuk ke kampung orang asli. Hanya komiti masakan dan mereka yang kurang sihat digalakkan naik lori (ranger truck JOA) untuk masuk. 4 jam? Boleh tahan. Ayuh sahut cabaran! Kg. Teji, Cameron Highland Itu lokasi kami. Misi kami adalah untuk berkongsi ilmu disamping beramah mesra dengan penduduk kampung