Follow me on:

Instagram

2015-10-18

Jom makan di Kafe 123 Gasing

Minggu ni pencarian kafe lain pula. Kali ini, kafe 123 Gasing menjadi pilihan sensei. Kafe yang terletak di Jalan Gasing, Petaling Jaya, Selangor sangat mudah dicari. Tak jauh dari PPUM (pusat perubatan Universiti Malaya). Katanya kafe ni milik keluarga anak murid sensei. Kafe berkonsep santai dan chill ini membawa menu makanan barat,kek dan pastri. Jom tengok gambar-gambar yang sempat Oraen ambil.
uniknya lampu ni menarik perhatian
oraen suka konsep hiasan frosted glass pattern di belakang tu
Jom tengok sebahagian makanan yang kami order hari itu.

Hot chocolate dengan Nutella Cream Cake
Spaghetti Aglio Olio
Mashed potato yang super sedap!
Burger and fried sweet potato
Neopolitan Cake

sudah pastinya teh jadi pilihan Oraen. Green tea peppermint satu teko.. minum puas-puas
 Lagi gambar makanan.

Pencuci mulut pilihan hati

Makan kasi licin okeh!

So apa macam kafe ni, nampak menarik tak? Hehe. Untuk interior design, Oraen rasa cukup tertarik dan comfy untuk lepak sambil sembang atau just be alone, dengar lagu atau buat kerja. Memang santai sangat. Kalau bab harga, Oraen rasa ia sedikit mahal tapi sedap, jadi rasanya berbaloi. Apapun, mahal atau sedap itu subjektif. Jadi kalau anda rasa nak cuba, singgahlah 123 Gasing. Google je untuk map. Terima kasih sudi singgah baca!

Lakota atau dreamcatcher dijadikan hiasan yang unik


2015-10-17

Frankfurt- shopping dan makan!

Rudesheim lagi! Apa yang best? haha. ni gara-gara tak jumpa Tshirt yang menarik di tempat lain, makanya kami ke sini lagi. Di Rudesheim ni boleh tahan banyak barang cenderahati dan best. Tshirt, fridge magnet, keychain, chocolate, barangan kulit, lukisan pun ada. Kali ni pergi dengan tiket tren individu €11, harga lebih mahal dari pergi haritu. kalau nak jimat, boleh naik tren dari Bankhankof, berhenti di Waisbaden. Lepas tu ambil bas 1 jam ke Rudesheim. Bas ni akan masuk kampung. Sampai di Rudesheim boleh ambil pakej cablecar, cruise dan chairlift pada harga €13 seorang. Pakej ni beli di pusat panduan pelancong di sana.


lebih banyak masa dan sempat berjalan-jalan di kedai sekitarnya. Cantik kawasan ni.

I just love this restaurant's setting.




Di kawasan Rudesheim ni ada satu kedai makanan Western yang halal dan sedap. Dah penat jalan sebelum balik bandar tu apa kata pekena burger sebiji.





The Zeil

Ini dia restoran fish house tu. Sedap makanan di sini.
Best shopping area di Frankfurt haruslah di the Zeil. Memang awesome. Lagi- lagi sebab ada Primark. Memang dua tiga kali visit. Haha. Saya bukan kaki shopping, tapi Primark ni lain macam benar bestnya. To date, trip ni paling banyak beli barang. Erk! Lagi satu kawasan the Zeil ni best sebab ada restoran Fish House (tak silap nya dari Yaman atau sekitarnya sana) yang menghidangkan sup ikan yang memang power. Yang pasti mesti ada Salmon sedap. Sedap sangat-sangat sampai nak makan hari-hari.


Ini dia kedai runcit halal sebelah Fish Boat restaurant. Sini boleh beli buah-buahan segar.

Ni landmark the Zeil. Unik dan cantik.

Macam mana nak pegi Zeil? Kalau dari Fresthalle/ Messe ambil tren ke Willy Brandt platz, hop off di sini, then ambil tren ke Hauptwache train U1, U2, U3, atau U8. Dari situ jalan kaki sikit je dah sampai Zeil.

Romersburg

Dari Zeil haruslah jalan lagi ke Romersburg dan bergambar dengan landmark Romer town. Di sini boleh dapatkan T shirt dengan harga 7€, Coaster dalam 5,90€, fridge magnets 2€. Dari Zeil nak ke Romersburg, cari landmark kedai Elle. Jalan terus je nanti nampak Jack Wolfskin store. Jalan terus around the souvenir shops, akan sampai ke Romersburg, Museum Romer dan sungai Romer.  Nak balik nanti boleh naik U4 dari Dom/Romer ke arah Festhalle/Messe. Kalau ke An der Messe, exit di Westernstrabe, trip tiket 13€ each.

Woot  woot... tram nak lalu!

Harapan nak merentasi jambatan tak kesampaian sebab sejuk dan dah lewat


Trademark Romer

Kalau diberi peluang untuk jalan-jalan Germany lagi haruslah extend pergi tempat lain pula. Trip kali ni banyak melawat bangunan je, next time nak explore nature pula..baru thrill. Til then! Thanks for reading!

Entri berkaitan:
jalan- jalan di Rudesheim am Rhein

2015-10-16

Sepetang di Youness Cafe, Shah Alam

Kali ni saya nak buat prebiu kafe yang menarik di Shah Alam. Youness Cafe yang terletak di Seksyen 15 Shah Alam ni mempunyai keunikan yang tersendiri, bukan sahaja pada hiasan kafe, malah pada menu yang dihidangkan. Uniknya nama Youness ni sempena nama Encik Yunus, iaitu nama ayah kepada 3 orang adik-beradik pemilik kafe ni. Memang sendiri masak, wow! Seorang jadi chef, seorang buat pastri dan seorang lagi manager kafe. Sepakat membawa berkat. Kan!

Hiasan dalaman memang sangat menarik hati. Barang-barang tersebut adalah koleksi famili pemilik kafe ni. Memang ada personal touch yang tersendiri. Cantik menarik memang da bomb. Tak perlu banyak cerita, jom terjah.

Pintu masuk Youness Cafe


Oraen suka rustic style dalam ni

Koleksi peribadi yang dijadikan hiasan yang menarik
Guest corner. Hoyeah boleh sampaikan mesej korang di sini.


Apa menu yang ada? Sini lebih kepada makanan barat seperti Meatball, pasta, steak, chicken chop, burger, nasi pun ada. Nasi bukan sebarang nasi biasa, nasi butter yang sedap. Minuman pun pelbagai dari chocolate based, tea, coffee, milkshakes, lemonade. Harganya bagi saya adalah berpatutan dan semestinya sedap. Murah dan sedap itu subjektif. Oh ya, dan ada pencuci mulut atau dessert. Dibuat sendiri oleh chef pastri Youness Cafe.


Mi wantan ni menu istimewa hari Sabtu je okeh.

Bolehlah datang Youness Cafe bersantai sambil jumpa kawan lama. Oh ya, mereka juga ada buat delivery service khas untuk kawasan Shah Alam. Boleh check out details di bawah. Awesome kan?

Untuk anda yang ingin mencuba menjamu selera di kafe ni, silalah ke alamat berikut:

Youness Cafe
27, Jalan Tukul P15/P, Seksyen 15,
40200 Shah Alam, Selangor, Malaysia
(Masuk tepi Petronas. Landmark lain: Toyota centre)

Waktu operasi:
Setiap hari Isnin-Khamis (12tghari-12tgh malam)
Jumaat (3ptg-12tgh malam)
Sabtu (12tghari-12malam)
Ahad: TUTUP

Kalau dah pergi, silakan drop komen di sini.
Enjoy Youness Cafe! Til then.