Follow me on:

Instagram

2016-09-23

Jom buat Popiah ketam!

Jom buat popiah mudah tapi sedap. Versi paling senang. Haha.

Barang-barang diperlukan:
Kulit popiah
Breadcrumbed bebola ketam
Mozarella cheese
Cili padi
Air

Senang saja. Potong kecil-kecil bebola ketam tadi. Parut keju, ikut suka nak banyak mana. Potong kecil cili padi.

Campur semua bahan tadi. Isi atas kulit popiah, kemudian gulung dan 'bungkus' cantik-cantik. Guna air sebagai gam.

Panaskan minyak di dalam kuali. Dah sedia untuk goreng popiah. 



Walla! Dah siap.


Yummeh!


2016-09-22

21 Info menarik berkaitan Jepun

:: 21 Info menarik berkaitan Jepun ::

✔ Jumlah penduduk Jepun dianggarkan 127 juta orang. Agama terbesar di sana ialah Shinto dan Buddha, meskipun begitu, agama tidak memainkan peranan yang penting di dalam hidup majoriti rakyat Jepun.

✔ Pemegang Passport Malaysia tidak memerlukan visa untuk masuk (sebagai pelancong) ke Jepun.

✔ Beza waktu Malaysia dan Jepun hanya satu jam. Contoh: Malaysia 10.10 pagi = Jepun 11.10 pagi.

✔ Penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Tokyo/ Osaka mengambil masa lebih kurang tujuh jam.

✔ Mata wang Yen digunakan di Jepun. Tukaran 1 Yen = RM 0.0405 (semalam).

✔ Di Jepun, sebotol air mineral bersaiz kecil 550mL berharga lebih kurang 84-100 Yen (RM3.45- RM4.07).

Onigiri Tuna paling mudah didapati di saat-saat perut tengah lapar. Boleh dibeli di Family Mart di Jepun dengan harga 110 yen (RM4.50) / satu.

✔ Biasanya air paip di Jepun boleh terus diminum.

✔ Terdapat LIMA jenis tren di Jepun:
1) Local (kakueki-teisha or futsu-densha): berhenti di semua stesen.
2) Rapid (kaisoku): Skip sesetengah stesen.
3) Express (kyuko): Skip lebih banyak stesen berbanding Rapid.
4) Limited Express (tokkyu): Berhenti di stesen-stesen besar sahaja.
5) Super Express (shinkansen): Paling laju. Mengikut trek dan platform yang berasingan daripada tren-tren lain.

✔ Telefon bimbit perlu diletakkan pada "silent mode" ketika di dalam tren. Terdapat 'signage' yang meminta penumpang berbuat sedemikian.

✔ Lazimnya, pemberian duit sebagai ganjaran atau dikenali sebagai 'tipping' (gratuity) kepada orang Jepun dianggap sebagai satu penghinaan.

Walaupun begitu, ada beberapa situasi yang dibolehkan. Contoh: Bila hendak memberi tips kepada driver. Duit hendaklah diletakkan di dalam sampul surat dan diberi sebelum memulakan perjalanan.

✔ Kebanyakan papan tanda di Jepun menggunakan bahasa Jepun dan Inggeris. Ada juga papan tanda besar yang menggunakan tulisan Cina dan Korea (Hangul).

✔ Terdapat ENAM syiling Jepun: 1 Yen, 5 Yen, 10 Yen, 50 Yen, 100 Yen dan 500 Yen.
Not kertas Yen:  1,000 Yen, 2,000 Yen, 5,000 Yen dan 10,000 Yen.

✔ Kebanyakan 'money changer' di Malaysia menjual 10,000 Yen sebagai nilai duit paling kecil (dan juga itulah yang paling besar!).

✔ Kedai-kedai seperti 100 Yen shop, Daiso dan Uniqlo merata-rata di Jepun. Setiap hujung musim Uniqlo akan mengadakan 'clearance sale'.

✔ 'Vending machine' menjual minuman ada di merata-rata tempat di sekitar kota.

✔ Seberapa besar pun not Yen yang anda hulur kepada 'cashier', pasti akan diterima. Belum pernah lagi mereka bertanya, "Alamak, tak ada duit kecil ke?"

✔ Voltaj di Jepun ialah 100V, dengan frekuensi 50- 60Hz. Barang- barang elektrik menggunakan 'flat 2-pin plug'.

✔ Pemanduan di Jepun sama seperti di Malaysia, stereng di sebelah kanan. Hanya perlu tukar lesen kepada Lesen Memandu Antarabangsa.

✔ Terdapat 541,000 Hikikomori di Jepun. Mereka berusia sekitar 15 hingga 39 tahun.

Hikikomori ialah individu yang mengasingkan diri dan tinggal di dalam rumah tanpa berinteraksi dengan sesiapapun, tidak pergi bekerja atau ke sekolah selama enam bulan berturut-turut.

✔ Setiap kali masuk ke kedai, anda akan disapa dengan ucapan, "Irrashaimase (selamat datang)."

Seringkali anda pulang ke hotel/ hostel, anda akan disapa dengan ucapan, "Okaerinasai (selamat pulang/ kembali)."

✔ Nombor-nombor kecemasan:
Polis 110
Bomba/ ambulans 119
Kedutaan Malaysia di Shibuya, Tokyo: +81-3-3476-3840

- Yusraa Ksm -
Baca post sebelum ini untuk lebih banyak cerita tentang Jepun.

2016-09-11

Jepun (trip): 6 tips cari makan di Jepun

Jepun sedang berusaha membentuk negara 'Muslim friendly' sempena persediaan menjelang Olimpik 2020. Sebab itu sekarang di airport Narita, Haneda dan KIX dah ada surau. Di sana juga ada restoran makanan halal.

Selain airport, ada banyak restoran halal yang tertumpu di tempat-tempat yang menerima banyak pelancong, contohnya di Asakusa dan Shinjuku di Tokyo, dan juga di bandar Osaka.



Ada tiga kategori 'halal' yang anda perlu tahu:

*** Dilabel sebagai 'All Halal': semua makanan dan minuman adalah dijamin halal. Tiada minuman alkohol.
** Dilabel sebagai 'All Food Halal': makanan saja halal. Maksudnya tempat itu masih serve minuman beralkohol.
* Dilabel sebagai 'Halal food available': ada menu halal dan tak halal disediakan.

Kalau tak jumpa tempat makan halal, jangan risau, boleh cuba tips berikut:

1) Makan seafood.
✔ Kebiasaannya sushi tak diletak mirin (alkohol) pada nasi. Ada juga yang letak. Nak tahu, kena tanya mereka. Hati-hati juga dengan shoyu atau 'kicap' yang mereka guna. Ada yang letak mirin.

Mirin ga haitteimasuka?
(Mi-rin ga ha-it-te-imas-ka)
= Ada mirin?

✔ Terus cakap anda tak makan daging.

Niku wo tabemasen.
(Ni-ku o ta-be-ma-sen)
= (Saya) tak makan daging.

2) Makan Takoyaki. Hati-hati dengan makanan ini, kalau bukan yang halal certified. Boleh makan, kena tanya sama ada daging, alkohol ada atau tak. Terutama sos kicapnya.

Pernah, kami bertanya kepada penjual Takoyaki, bebola Takoyaki tak ada masalah. Sos, dia beritahu awal-awal, ada yang mengandungi 'buta' (khinzir).

3) Soba atau Udon.
✘ kebiasaannya, sup soba atau udon ada diletakkan mirin. Boleh tanya mereka untuk kepastian.

4) Makan roti.
Roti paling mudah dicari di Family Mart dan Lawson yang ada di merata tempat. Boleh tanya pada juru jual sama ada roti shortening daripada sumber haiwan atau tumbuh-tumbuhan.

shokubutsu kigen karadesu ka?
= (sumber) daripada tumbuh-tumbuhan ke?
dōbutsu kigen karadeshou ka?
= (sumber) daripada haiwan ke?

5) Setakat nak isi perut sikit, boleh makan Onigiri Tuna di Family Mart / Lawson. Boleh tanya pada jurujual tentang kandungan.

6) Susah-susah sangat, anda bawa saja makanan dari rumah. Atau beli barang mentah dan masak sendiri di apartment sewa atau hostel.

Sila klik sini untuk tips dan contoh makanan yang mudah anda perolehi dari Family Mart atau Lawson.

Boleh rujuk sini untuk aplikasi bahasa Jepun yang mudah anda gunakan.

Jepun (trip) Tips: EMPAT aplikasi bahasa untuk bantu anda 'survive' di Jepun

Bila merantau ke Jepun, antara perkara utama (selain makanan!) yang ramai orang risaukan adalah bahasa. Bagaimana nak berkomunikasi dengan orang Jepun?

Soalan-soalan lazim:

1) Ramai ke orang Jepun yang faham Bahasa Inggeris?

Jawapan: Kebiasaannya staf di kaunter informasi tiada masalah untuk faham bahasa Inggeris.

Orang awam: tak semua boleh bantu anda menggunakan bahasa Inggeris.

2) Papan tanda semuanya di dalam bahasa Jepun ke?

Jawapan: Kebanyakan papan tanda di jalan raya adalah di dalam tulisan Jepun; Hiragana, Katakana atau Kanji.

Tulisan Roman banyak juga digunakan di airport, stesen-stesen tren, bas dan tempat-tempat pelancongan.

★★ Ada beberapa tips untuk bantu anda:

1) Muat turun aplikasi bahasa Jepun:

 Japanese Lite.
✔ Paling mudah dibaca dan boleh keluarkan suara. Kalau susah sangat nak sebut, tekan saja bagi orang Jepun dengar dari telefon anda. Boleh guna tanpa internet.

Yomiwa
✔ Ambil gambar Kanji atau perkataan Jepun dan kemudian boleh dapatkan translation. Boleh guna tanpa internet.

Google Translate
✔ Aplikasi pantas untuk translate, sama ada perkataan ditaip, input suara, input menggunakan gambar daripada album atau ambil gambar dan terus translate. Yang ini perlu guna internet.

JED
✔ Kamus digital. Boleh translate bahasa Jepun-Inggeris atau bahasa Inggeris- Jepun. Tidak perlukan internet.

2) Paling mudah, hafal atau ambil tahu beberapa perkataan atau ayat lazim, contohnya,

★ Tentang arah:
Di mana tandas?
= Toire wa doko desuka?
(toi-re wa do-ko des-ka : bunyi 'e' seperti sebutan epal)

★ Tentang harga:
Berapa harga?
=Ikura desuka?
(i-ku-ra des-ka)

3) Dan akhir sekali, tips adab kesopanan dan kesusilaan. Sila hafal:

✔✔ "Sumimasen = maaf"
Bunyi: su-mi-ma-sen
(se- bunyi e seperti dalam sebutan segak)

dan
✔✔ "Arigatou Gozaimasu = terima kasih (bentuk formal)"
Bunyi: a-ri-ga-to  go-za-i-mas

Sumimasen= boleh jadi 'minta maaf' dalam banyak erti.
Contoh:
✔ nak tumpang lalu keluar dari tren
✔ nak tumpang tanya
✔ baru tersedar bagi duit pada cashier tak cukup
✔ nak panggil pekerja restoran untuk ambil order makanan

Boleh mulakan apa-apa pun dengan Sumimasen, dan akhiri dengan Arigatou Gozaimasu.

Harap sedikit tips ni dapat membantu anda membuat persediaan untuk trip jelajah Jepun anda!

2016-09-10

Jepun (Trip) - 'Eye on Japan'. Apa tu?


Ohayou Gozaimasu! (selamat pagi)

Setiap kali ke Jepun, antara aktiviti kegemaran saya ialah menjejak Ferris Wheel. 'Eye on Japan' kiranya! Sangat best bila naik dan dapat lihat pemandangan daripada atas. Rasa macam seekor burung helang terbang tinggi. Gitu!

Gambar di bawah ialah ferris wheel yang dapat anda temui di Osaka. Uniknya ferris wheel ini dibina di atas tingkat tujuh bangunan bernama HEP FIVE. HEP adalah singkatan kepada Hankyu Entertainment Park. Haa... nama pun entertainment kan! Memang tempat hiburan. Di sini juga ada banyak kedai yang menjual barang-barang berkaitan game dan playstation serta pusat shopping untuk pelbagai fesyen dan rekaan baju.

Nak cari restoran, boleh pergi ke tingkat 5F dan 6F. Kalau nak main game, boleh pergi ke tingkat B2, 8F dan 9F.

Nak naik Ferris wheel warna merah? Bayaran hanya serendah 500 yen. Boleh pergi ke tingkat 7F. Anda yang tak gayat confirm akan suka! Di dalam gondola boleh pasang muzik terus dari telefon pintar. Sambung saja terus ke wayar USB. Bolehlah fe-feeling sikit sambil layan pemandangan! 

Waktu operasi: daripada jam 11 pagi hingga 11 malam,

Macam mana nak pergi sini? Mudah saja!

  • 5 minit jalan kaki dari Subway "Umeda Station" (Midosuji Line)
  • 5 minit jalan kaki dari "Higashi-Umeda station (Tanimachi line)
  • 4 minit jalan kaki dari "JR Osaka Station"
  • 3 minit jalan kaki dari "Umeda Station" (Hankyu Railway)


ferris wheel di waktu malam

Lagi satu ferris wheel di bawah ini terletak berdekatan Rinku Premium Outlet di Osaka. Yang ni agak mahal harganya, 700 yen untuk 15 minit. Boleh nampak Osaka bay dan Kansai (KIX) Airport dari sini.


Lepas ni nak naik ferris wheel di Tokyo pula! Jom!

Klik sini untuk tips cari makan di Jepun.