Follow me on:

Instagram

2015-08-20

Jom buat Chocolate Souffle!

Nak makan sesuatu berasaskan coklat yang sedap dan ringan (very light)? Cuba buat Chocolate Souffle ni. Souffle (sebutannya Su~fle) merupakan makanan pencuci mulut berasal dari Perancis (google yang beritahu). Resepi souffle ni perlukan beberapa langkah, yang tak begitu rumit. Chocolate base (adunan utama) boleh dibuat lebih awal dan disimpan dalam peti sejuk beku. Resepi ini saya dapat dari Chefsteps. Memang best Chefsteps ni. Macam-macam ada. Terima kasih Chefsteps!

Chocolate Souffle, macam mana rupanya? Mari tengok gambar.

chocolate souffle sedia untuk di makan! Yummeh!

Nampak menarik tak? Jom baca apa bahan yang diperlukan. Untuk resepi ni boleh hasilkan 5 ramekin souffle (saiz 5oz). Kalau 2.5oz rasanya boleh muat dalam 8-9 ramekin. Nak cuba saiz besar, silakan. Nanti pos gambar kejadiannya ye. Untuk resepi di dalam Bahasa Inggeris, sila klik di sini--->> Chefsteps.com. Chefsteps siap buat video lagi. Awesome kan?
Resepi ni perlukan oven untuk membakar.

Bahan-Bahan Asas Base Chocolate:

188g susu segar (saya guna Full cream Dutch Lady)
34g tepung roti (saya pernah cuba Superfine @tepung kek pun ok)
34g mentega (marjerin pun boleh @ butter. Saya guna butterlite)
85g gula pasir halus (granulated sugar)
68g kuning telur (3biji gred A @ 4biji gred B)
135g dark chocolate (saya guna Beryls)
Secubit garam

Caranya:
1) panaskan oven 200 darjah Celsius.
2) sapu ratakan Ramekin dengan Mentega (butter). (Tips: satu arah menegak ke atas je. butter tak perlu banyak sangat okeh)
3) salutkan Ramekin tadi dengan gula pasir halus tu. Pusing- pusingkan ramekin biar rata, tuangkan lebihan gula ke dalam bekas seterusnya sehingga selesai. (Tips: simpan ramekin yang dah siap tu dalam petiais)
4) gaulkan mentega, tepung dan garam dalam mangkuk. Gaul guna sudu pun boleh.
5) dalam periuk kecil, satukan susu dan gula, didihkan dengan api kecil.
6) masukkan campuran tepung tadi tu ke dalam periuk susu tadi. Gaul rata guna senduk kayu atau whisker tangan.
7) masak atas api perlahan sambil kacau hingga pekat.
8) tutup api, masukkan coklat. Gaul rata hingga coklat cair sepenuhnya.
9) masukkan telur kuning satu persatu sambil gaul rata.

Base dah siap. Boleh simpan dalam peti sejuk beku sehingga 1 minggu.

Bahan B:
112g putih telur (4biji gred A @ 5biji gred B)
3 sudu besar gula pasir halus

pukul putih telur (dalam bekas yang betul- betul kering) sehingga ringan dan berbuih halus. Masukkan gula. pukul lagi sehingga menghasilkan stiff peak (berkilat dan bertanduk).

sambung cara:
10) ambil 1/3 dari putih telur tadi, masukkan dalam bekas chocolate base (yang dah agak sejuk). gaul rata cara teknik kuap balik (fold)
11) buat lagi cara yang sama. masukkan lagi 1/3 putih telur, gaul, dan seterusnya ulang yang akhir sekali 1/3 putih telur tadi. tak usah beriya2 sampai overfold pula..nanti tak naik.
12) bila dah rata, tuangkan adunan dalam bekas ramekin tadi. (fill to the very top, level off with clean knife@ spatula. tengok gambar)
belum masak. gambar sebelum masuk oven.

belum masak lagi ni. isi dalam ramekin, pastu masuk oven (level off cleanly)

13) bakar 17 minit (untuk molten centre) atau 19 minit untuk fully set texture. suhu 200 darjah C dan kurangkan kepada 180 darjah C.

menarik kan ketinggiannya. ni sewaktu masih dibakar di dalam oven

14) dah masak dan sedia untuk dihidang!

rupa bila masih panas- panas keluar oven

dah masak yeah! ni rupa bila dah sejuk sikit. dah rendah kan..

bolehla dihiaskan dengan gula aising dan buah-buahan. kalau nak makan dengan aiskrim pun sedap. boleh juga letak caramel atau krim coklat atau inti kastard di dalamnya. makan kosong pun dah sedap. yummeh!

TIPS:
1) Souffle ni sesuai dihidang sebaik saja keluar dari Oven. lagi lama tunggu, semakin sejuk ia, semakin ia turun dan mendap. dah tak cantik kan...tapi sedap, so takpe. =)
2) waktu dibakar dalam oven, usah gatal tangan membuka pintu oven tu. nanti ia tak naik cantik..
3) bila dah masak, biarkan kejap dalam oven (dah tutup api oven). 3minit cukup la.
4) keluarkan dan angkat ramekin berisi souffle yang dah masak dengan hati2. kalau hempas ia habis merudum. haha
5) base chocolate boleh disimpan di dalm petiais sejuk beku selama 1 minggu.
6) boleh cuba buat semua ni dan simpan beku dalam ramekin. nanti nak makan, terus masuk oven. (yang ni saya belum cuba)

Selamat mencuba dan merasa kegemilangan bila Souffle anda naik dengan jayanya. Yang pasti, sedap!

2015-08-18

Guten Morgen Frankfurt! (June 2013)

Akhirnya menyambung entri German yang lama terbengkalai. Hehe. Hari pertama sampai German, check in dan tanpa buang masa lagi, jom meronda. So let's check it out mana arah tuju. Untuk trip kali ni, memang tak ada plan yang spesifik ke mana nak pergi. Kami tengok map dan redah saja.

Walaupun letih, kami tak buang masa, check in je, campak beg, tinjau map lepas tu keluar. Sambil tinjau di mana tempat konferens, sambil menuju ke stesen keretapi utama untuk pergi destinasi pertama, Rudesheim am Rhein.

Dalam perjalanan sekitar hotel, sempat snap gambar-gambar ni.
Nampak macam dalam movie seram pula rumah ni

Jalan raya yang tak sibuk dan tak sesak pun!

Bank

Melawat orang yang menginap di sini

Papan tanda landmark menunjukkan kami tak sesat..huhu

Sekitar apartment di tepi jalan

Biru yang cantik
Di sini tempat konferens akan dijalankan bermula lusa

Rudesheim am Rhein merupakan satu kawasan pekan yang digelar the vineyard or winemaking town (pekan pembuat arak anggur) menjadikan ia Unesco Heritage. Arakiannya ladang anggur di sana memang teramatlah besar. Kami pergi untuk tengok ladang anggur yang cantik itu. Di sini juga terdapat istana lama, tapi kami tak sempat jejak.

Menariknya trip ni kami tak rancang dan main redah je so tengoklah apa jadi. Haha, sila baca sampai habis entri. Jalan punya jalan macam jauh pula rasanya dari hotel, lalu tram bagai barulah jumpa Main Central Station. Wehuu! Harapan makin meninggi untuk sampai sana. Baru pukul 9 pagi.

Bangunan besar ni menandakan dah dekat nak sampai Main Station
Main station ni memang lagi besar dari KL Central.

Memang super sibuk sebab hari kerja. Terkial-kial kami di depan kiosk nak beli tiket tren tu sebab bingung nak beli tiket. Ada bahasa Inggeris pun kebingungan. Haha. Apakah! Pergi tanya mat saleh di kaunter, tanya cakap bahasa Inggeris dia tak mau layan. Mereka tak gemar kalau kita bertutur dalam bahasa Inggeris.

Yang kami konfius ni sebab ia ada pilihan nak beli tiket individu atau kumpulan. Beli tiket kumpulan lebih murah so kami beli yang berkumpulan..

Tren ni ambil masa satu jam lebih untuk sampai ke stesen Rudesheim am Rhein. Tapi sebab kami tak tahu mana nak turun, kami turun satu stesen lebih awal, lepas tu naik bas masuk keluar kampung, berhenti banyak bus stand, tambah lagi 45minit perjalanan. Dalam bas rata-rata orang tua-tua dan budak sekolah baru balik sekolah. Sambil berdiri dalam bas tengok pemandangan. Menyesal naik bas. Haha. Dalam hati bila nak sampai ni. Tak apa, pengalaman itu mematangkan! 

Akhirnya dah sampai! Eh, kenapa macam tak ramai orang jer. Adakah salah tempat. Jalan dan jalan lagi baru jumpa pekan dan Tourist Information Centre! Wehuuu serbu. Di sini boleh beli tiket cablecar untuk naik dan bot untuk perjalanan turun nanti. Map pun ada disediakan. So jom!

yang ni tiket cablecar


So apa lagi, jom naik cable car menuju ke atas. Dalam perjalanan tu banyak kedai jual cenderamata, restoran, cafe, kedai jual barangan kulit, pokoknya mau shopping bisa ni! Dah jumpa cablecar, jom naik tinjau ladang anggur di bawah tu. Cantik!

Dari cable car mendaki bukit yang tinggi ni. Pemandangan memang cantik. Nampak seluruh pekan serta sungai dan ladang anggur. Tenang.


Bila dah naik atas ada tugu ni lepas tu ronda-ronda dalam hutan sebelum turun dengan chairlift dari Seilbahn Abmannhausen.




Jalan-jalan dalam hutan lama lah juga. Ingat dah sesat..huhu.. mana jalan keluar ni. Sampailah jumpa ladang ternakan rusa ni (yeke rusa?).



Nampak dah signboard ni. Maknanya betul la ni.

Delivery service dari bawah. Tu la dia rupa chairlift nya.
Ni dia chairlift tu. Gayat tak?
Curam jugak ni haa.. tapi pemandangan bawah memang cantik.
Sampai je bawah memang sekitar pekan yang sunyi akan tetapi rekaan bangunan cantik. Apa lagi, snap sana sini sambil jalan dalam cuaca yang sejuk nyaman, sampai lupa waktu untuk naik bot makin dekat. Alamak! Sempat ke?







Jalan punya jalan baru nampak sungai tadi itu. Seberang sana ada istana lama. Kami tak pergi jenguk pun.


Punya la lama jalan, tunggu di terminal bot, eh takda orang pun. Kunci pulak tu. Tengok jam, alamak macam terlepas je! Apakah! Sudahlah jauh dari sini nak pergi stesen. Tempat pula sunyi tak ada teksi yang lalu. Alamak lagi! Masa ni perut dah lapar dan penat terasa di kalbu. Jalan lagi entah dalam 20 minit kot sampai jumpa stesen. Macam usang saja stesen, under construction pula itu. Nak tanya orang tak ada orang pun. Waduh, gawat ini. Patah balik pergi tanya orang di restoran. Dua tiga kali patah balik, akhir sekali mengambil keputusan tunggu di stesen tu je. Ada dua orang minah salleh pun tengah menunggu. Sambil tunggu sambil makan snek yang dibawa. 30 minit penantian satu penyiksaan tren pun tiba. Alhamdulillah lega!

Kembali ke Main Station dengan jayanya dan lega hati serta perut yang lapar. Rasanya dengan pengalaman hari ini, nak pergi lagi tak tempat ini? Huhu.. balik rehat dan tidur dulu. Masa kami di sini, Magrib nya jam 8 malam. Isya' jam 11 malam dan Subuh jam 4 pagi. jam 11 malam badan dah letih tapi mata tak boleh tidur lagi sebab waktu Malaysia masih awal. Apakah! Huhu. Jetlag. Esok mana nak pergi?

Entri lain:


2015-08-03

jalan-jalan di Laman Seni 7, Shah Alam

Mood raya lagi kan! Kami tak ada jemputan rumah terbuka, jadi kami jalan-jalan cari makan. Dari Chemistry Lab Cafe (refer post semalam) kami terus berkunjung ke Laman Seni 7. Tempat ni sebenarnya "lorong belakang" atau hutong (nama terkenal di Beijing)  yang telah digarap menjadi lorong seni yang kreatif. Street art kata omputih. Jadi tak ada lah lorong ni jadi lorong sampah tempat tikus berkeliaran. Ugh!

Apa yang menarik bila lukisan ini hasil kerjatangan yang unik dan impresif. Haruslah bergambar sakan di sini! Di mana ni, nak pergi lah. singgah di Seksyen 7 Shah Alam, cari kedai Jakel besar di situ, lorong tu berada di kawasan tu je. Ada papan tanda, jangan risau. Untuk kaki shopping, boleh tinjau Calaqisya, Bella Amara, Pearl Haya dan banyak lagi butik pakaian lain yang memang best habaq hang.. layan je tengok dalam butik, itupun kalau tak takut poket rabak. Sambil che puan pergi shopping, encik suami boleh jalan- jalan lorong belakang LS7. Jom tengok gambar melalui lensa Oraen!

Laman Seni 7

Ni lah lorong belakang. Redup ja. Nampak penyapu terbang? Mungkin malam- malam harry potter mai sini. Cuba singgah malam tengok. Hehe

retak seribu hatinya. Eh! Tapi lawa. Apa mesejnya di sini?? Bahan buangan pun boleh kitar semula jadi seni yang menarik. Awesome kan?!

Yang ni design stail ala- ala macam kek KatherineSabbath dah saya tengok. Kon jalan tu saya nampak kon aiskrim atas kek vanilla. Eh, dah kenapa! Memang cantik!

Desain masjid mana ni, cer teka cer teka. Masjid Shah Alam lah.. aras atas.

mungkin cuba menyampaikan mesej jangan membazir air itu nyawa? Ataupun beban yang tak tertanggung oleh sang baldi.. hehe. Maknanya jangan tamak!

Studio ni mungkin nak tunjuk peralatan yang ada di makmal dia. Kreatif!

Yang ni lagenda. Sapa tak pernah tengok cerita bujang lapuk puk puk puk ni, pi cari dan tengok.

saya suka desain bingkai pintu ni. Simple yet artistic value.

Ingat dinding je lukis? Atas jalan yang awak pijak tu pun ada tau.

Tengah cuba memahami seni ni. Adakah jelmaan ratusan arnab dari botol ajaib? Lack di laman seni ni, tak ada kotak penerangan mengenai seni yang tertera. Jadi tafsir sendiri jer la. endless possibilities. Ratusan playboy? Haha
Bangku ni boleh duduk santai sambil makan popcorn. Tapi awas sampah jangan buang merata, nanti badak sumbu tu mai telan hang baru tau.

Mesej akhir kalam, siapa kata lorong belakang selalunya terbiar kotor sahaja? Kalau kita nak, berusahalah untuk jadikan Malaysia bumi yang bersih dan indah. Tak perlu beri berjuta alasan. Tahniah untuk mereka yang menjayakan Laman Seni 7. Ingat, bumi kita bukan tempat longgokan sampah sesuka hati, bila mana sampah yang terbesar ialah pembuang sampah sewenangnya, memang layak dibaling ke tong sampah! Tak kuno kalau jalan bawa plastik untuk letak sampah, nanti jumpa tong sampah buanglah. Jadikan bumi kita bersih dan indah. Nanti kita melawat Laman Seni 2 di Seksyen 2 pula ya. Sekian!

2015-08-02

Weekend Chill out at Chemistry Lab Cafe, Shah Alam.

Some time ago i read in says.com about the few cafes that are listed under "should visit list". Macam best je. Satu ni menarik. Sebab design yang unik. Ada stail tersendiri.  Kafe yang diberi nama Chemistry Lab ini terletak di Seksyen 7, Shah Alam. Landmark? Tak jauh dari Masjid Sek7 Shah alam. Depan sikit tu je dah nampak deretan kedai.

Apa yang menarik tentang tempat ni ialah stail yang unik. Keunikan dari uniform staf yang memakai labcoat. Dan bekas minuman dari botol- botol yang biasanya kita jumpa di kelas kimia dulu. Conical flask, measuring flask, you name it. Carta menu ditulis dalam bentuk Periodic Table of Element. Amende? Siapa belajar Sains bole imbau memori lama. Hehe. Jom layan gambar!

Interior kedai yang santai dan menarik

Bole cuba buat eksperimen di sini. Kalau tumpah lap sendiri. Haha
Ok, makanan pula macam mana. Apa yang ada? Nak kek, carbonara, pasta, kopi, mocha, minuman cokelat? Di sini ada okeh. Dan kenyang makan. Harga? Standard western food kot. Pasta dan carbonara dalam lingkungan rm14-19. Paling mahal ialah salmon pasta. 
Menarik tak bekas minuman ni?

Chicken carbonara
Seafood carbonara
Salmon grilled pasta
Deretan minuman yang dipesan

Sedap ke tak? Bagi tekak kami makanan ni sedap! Kalau korang nak kelainan sekali sekala apa kata singgah di sini bila berada di Shah Alam. Serious tak tipu. Haha.

Uniknya bila sinki dijadikan meja makan. Amacam, nak try tak?

Enjoy your day people! And thanks for reading!