Minggu ni pencarian kafe lain pula. Kali ini, kafe 123 Gasing menjadi pilihan sensei. Kafe yang terletak di Jalan Gasing, Petaling Jaya, Selangor sangat mudah dicari. Tak jauh dari PPUM (pusat perubatan Universiti Malaya). Katanya kafe ni milik keluarga anak murid sensei. Kafe berkonsep santai dan chill ini membawa menu makanan barat,kek dan pastri. Jom tengok gambar-gambar yang sempat Oraen ambil.
|
uniknya lampu ni menarik perhatian |
|
oraen suka konsep hiasan frosted glass pattern di belakang tu |
Jom tengok sebahagian makanan yang kami order hari itu.
|
Hot chocolate dengan Nutella Cream Cake |
|
Spaghetti Aglio Olio |
|
Mashed potato yang super sedap! |
|
Burger and fried sweet potato |
|
Neopolitan Cake |
|
sudah pastinya teh jadi pilihan Oraen. Green tea peppermint satu teko.. minum puas-puas |
Lagi gambar makanan.
|
Pencuci mulut pilihan hati |
|
Makan kasi licin okeh! |
So apa macam kafe ni, nampak menarik tak? Hehe. Untuk interior design, Oraen rasa cukup tertarik dan comfy untuk lepak sambil sembang atau just be alone, dengar lagu atau buat kerja. Memang santai sangat. Kalau bab harga, Oraen rasa ia sedikit mahal tapi sedap, jadi rasanya berbaloi. Apapun, mahal atau sedap itu subjektif. Jadi kalau anda rasa nak cuba, singgahlah 123 Gasing. Google je untuk map. Terima kasih sudi singgah baca!
|
Lakota atau dreamcatcher dijadikan hiasan yang unik |
Comments
Post a Comment