Sepetang di Youness Cafe, Shah Alam
Kali ni saya nak buat prebiu kafe yang menarik di Shah Alam. Youness Cafe yang terletak di Seksyen 15 Shah Alam ni mempunyai keunikan yang tersendiri, bukan sahaja pada hiasan kafe, malah pada menu yang dihidangkan. Uniknya nama Youness ni sempena nama Encik Yunus, iaitu nama ayah kepada 3 orang adik-beradik pemilik kafe ni. Memang sendiri masak, wow! Seorang jadi chef, seorang buat pastri dan seorang lagi manager kafe. Sepakat membawa berkat. Kan!
Hiasan dalaman memang sangat menarik hati. Barang-barang tersebut adalah koleksi famili pemilik kafe ni. Memang ada personal touch yang tersendiri. Cantik menarik memang da bomb. Tak perlu banyak cerita, jom terjah.
Pintu masuk Youness Cafe |
Oraen suka rustic style dalam ni |
Koleksi peribadi yang dijadikan hiasan yang menarik |
Guest corner. Hoyeah boleh sampaikan mesej korang di sini. |
Apa menu yang ada? Sini lebih kepada makanan barat seperti Meatball, pasta, steak, chicken chop, burger, nasi pun ada. Nasi bukan sebarang nasi biasa, nasi butter yang sedap. Minuman pun pelbagai dari chocolate based, tea, coffee, milkshakes, lemonade. Harganya bagi saya adalah berpatutan dan semestinya sedap. Murah dan sedap itu subjektif. Oh ya, dan ada pencuci mulut atau dessert. Dibuat sendiri oleh chef pastri Youness Cafe.
Mi wantan ni menu istimewa hari Sabtu je okeh. |
Bolehlah datang Youness Cafe bersantai sambil jumpa kawan lama. Oh ya, mereka juga ada buat delivery service khas untuk kawasan Shah Alam. Boleh check out details di bawah. Awesome kan?
Untuk anda yang ingin mencuba menjamu selera di kafe ni, silalah ke alamat berikut:
Youness Cafe
27, Jalan Tukul P15/P, Seksyen 15,
40200 Shah Alam, Selangor, Malaysia
(Masuk tepi Petronas. Landmark lain: Toyota centre)
Waktu operasi:
Setiap hari Isnin-Khamis (12tghari-12tgh malam)
Jumaat (3ptg-12tgh malam)
Sabtu (12tghari-12malam)
Ahad: TUTUP
Kalau dah pergi, silakan drop komen di sini.
Enjoy Youness Cafe! Til then.
Comments
Post a Comment