Follow me on:

Instagram

2016-02-03

NUTELLA BROWNIES IN MUG

Wehuu! Kali ni nak share resepi paling mudah nak buat tapi SEDAP di makan. Aha! Resepi untuk orang paling malas. Haha. Check it out!

Nutella Brownies in Mug

1biji telur
3 sudu besar gula
3 sudu besar susu segar
3 sudu besar minyak (saya guna kanola)
4 sudu besar tepung naik sendiri
3 sudu besar serbuk koko (saya guna chocolate powder)
3 sudu besar nutella



Campur dan gaulkan semua bahan hingga sebati. Tuangkan dalam bekas mug. (Saya guna dua biji Ramekin).



Boleh bakar guna microwave.
Saya guna oven. 180 degree Celsius bakar selama 20 minit. (untuk Lava Choc style di dalam, maknanya tak terlalu set, bakar 15 minit dah cukup).

Dah siap! Nak efek dramatik sikit, tabur gula aising. Hias dengan buah atau krim. Selamat mencuba! ENJOY!


No comments:

Post a Comment