Jom buat Chocolate Souffle!

Nak makan sesuatu berasaskan coklat yang sedap dan ringan (very light)? Cuba buat Chocolate Souffle ni. Souffle (sebutannya Su~fle) merupakan makanan pencuci mulut berasal dari Perancis (google yang beritahu). Resepi souffle ni perlukan beberapa langkah, yang tak begitu rumit. Chocolate base (adunan utama) boleh dibuat lebih awal dan disimpan dalam peti sejuk beku. Resepi ini saya dapat dari Chefsteps. Memang best Chefsteps ni. Macam-macam ada. Terima kasih Chefsteps!

Chocolate Souffle, macam mana rupanya? Mari tengok gambar.

chocolate souffle sedia untuk di makan! Yummeh!

Nampak menarik tak? Jom baca apa bahan yang diperlukan. Untuk resepi ni boleh hasilkan 5 ramekin souffle (saiz 5oz). Kalau 2.5oz rasanya boleh muat dalam 8-9 ramekin. Nak cuba saiz besar, silakan. Nanti pos gambar kejadiannya ye. Untuk resepi di dalam Bahasa Inggeris, sila klik di sini--->> Chefsteps.com. Chefsteps siap buat video lagi. Awesome kan?
Resepi ni perlukan oven untuk membakar.

Bahan-Bahan Asas Base Chocolate:

188g susu segar (saya guna Full cream Dutch Lady)
34g tepung roti (saya pernah cuba Superfine @tepung kek pun ok)
34g mentega (marjerin pun boleh @ butter. Saya guna butterlite)
85g gula pasir halus (granulated sugar)
68g kuning telur (3biji gred A @ 4biji gred B)
135g dark chocolate (saya guna Beryls)
Secubit garam

Caranya:
1) panaskan oven 200 darjah Celsius.
2) sapu ratakan Ramekin dengan Mentega (butter). (Tips: satu arah menegak ke atas je. butter tak perlu banyak sangat okeh)
3) salutkan Ramekin tadi dengan gula pasir halus tu. Pusing- pusingkan ramekin biar rata, tuangkan lebihan gula ke dalam bekas seterusnya sehingga selesai. (Tips: simpan ramekin yang dah siap tu dalam petiais)
4) gaulkan mentega, tepung dan garam dalam mangkuk. Gaul guna sudu pun boleh.
5) dalam periuk kecil, satukan susu dan gula, didihkan dengan api kecil.
6) masukkan campuran tepung tadi tu ke dalam periuk susu tadi. Gaul rata guna senduk kayu atau whisker tangan.
7) masak atas api perlahan sambil kacau hingga pekat.
8) tutup api, masukkan coklat. Gaul rata hingga coklat cair sepenuhnya.
9) masukkan telur kuning satu persatu sambil gaul rata.

Base dah siap. Boleh simpan dalam peti sejuk beku sehingga 1 minggu.

Bahan B:
112g putih telur (4biji gred A @ 5biji gred B)
3 sudu besar gula pasir halus

pukul putih telur (dalam bekas yang betul- betul kering) sehingga ringan dan berbuih halus. Masukkan gula. pukul lagi sehingga menghasilkan stiff peak (berkilat dan bertanduk).

sambung cara:
10) ambil 1/3 dari putih telur tadi, masukkan dalam bekas chocolate base (yang dah agak sejuk). gaul rata cara teknik kuap balik (fold)
11) buat lagi cara yang sama. masukkan lagi 1/3 putih telur, gaul, dan seterusnya ulang yang akhir sekali 1/3 putih telur tadi. tak usah beriya2 sampai overfold pula..nanti tak naik.
12) bila dah rata, tuangkan adunan dalam bekas ramekin tadi. (fill to the very top, level off with clean knife@ spatula. tengok gambar)
belum masak. gambar sebelum masuk oven.

belum masak lagi ni. isi dalam ramekin, pastu masuk oven (level off cleanly)

13) bakar 17 minit (untuk molten centre) atau 19 minit untuk fully set texture. suhu 200 darjah C dan kurangkan kepada 180 darjah C.

menarik kan ketinggiannya. ni sewaktu masih dibakar di dalam oven

14) dah masak dan sedia untuk dihidang!

rupa bila masih panas- panas keluar oven

dah masak yeah! ni rupa bila dah sejuk sikit. dah rendah kan..

bolehla dihiaskan dengan gula aising dan buah-buahan. kalau nak makan dengan aiskrim pun sedap. boleh juga letak caramel atau krim coklat atau inti kastard di dalamnya. makan kosong pun dah sedap. yummeh!

TIPS:
1) Souffle ni sesuai dihidang sebaik saja keluar dari Oven. lagi lama tunggu, semakin sejuk ia, semakin ia turun dan mendap. dah tak cantik kan...tapi sedap, so takpe. =)
2) waktu dibakar dalam oven, usah gatal tangan membuka pintu oven tu. nanti ia tak naik cantik..
3) bila dah masak, biarkan kejap dalam oven (dah tutup api oven). 3minit cukup la.
4) keluarkan dan angkat ramekin berisi souffle yang dah masak dengan hati2. kalau hempas ia habis merudum. haha
5) base chocolate boleh disimpan di dalm petiais sejuk beku selama 1 minggu.
6) boleh cuba buat semua ni dan simpan beku dalam ramekin. nanti nak makan, terus masuk oven. (yang ni saya belum cuba)

Selamat mencuba dan merasa kegemilangan bila Souffle anda naik dengan jayanya. Yang pasti, sedap!

Comments

  1. wah hebat lah nanti ciknoor try mesti sedap ni kan
    btw dah ada blog rupa nya tahniah dari ciknoor boleh lah singgah selalu sini nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak adalah hebat nya cik noor.. saya budak baru belajar. Update entri bila sempat je. Terima kasih sudi singgah baca. Hihi

      Delete
  2. Terima kasih banyak-banyak!! Sgt bermanfaat! Allah bless you! Boleh tanya, mana nak dpt ramekin putih dan boleh dibake?? Susah sgt nak jumpa.. ingat nak buat creme brulee skali tersinggah sini. Idea baru ni heheh 😂 thank u again! 💜💜💜

    ReplyDelete
  3. Terima kasih banyak-banyak!! Sgt bermanfaat! Allah bless you! Boleh tanya, mana nak dpt ramekin putih dan boleh dibake?? Susah sgt nak jumpa.. ingat nak buat creme brulee skali tersinggah sini. Idea baru ni heheh 😂 thank u again! 💜💜💜

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramekin boleh cari di Daiso. Selamat mencuba ya! Terima kasih juga sudi membaca. Hihi

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

An interview with my Italian friend on Italy lockdown「イタリアのロックダウン: イタリア人の友達とインタビュー]

Tips makan di Jepun

Misi Jelajah Jepun di kota lama ~ KOBE (nov 2012 day 1)