Follow me on:

Instagram

2017-01-25

Guna Vending Machine order makanan di Jepun.

Vending machine. Kredit Foto: Iwazaki-san.


Sewaktu kami di hospital Shizuoka, kami belajar menggunakan mesin ini. Ini cerita mengenai makan di kafetaria hospital tersebut.

Gambar-gambar makanan tertera di papan kecil di pintu masuk, di sebelah mesin besar ini. Semuanya di dalam tulisan Jepun.

Pertama kali ke kafe, kami ditemani doktor-doktor Jepun. Mereka memberi tunjuk ajar tentang sistem memesan makanan di situ. Nak makan pun ada SOP. Hehe

Mula-mula pilih apa nak makan. Bahagian atas ialah menu nasi, di tengah ialah mee/ noodles dan bahagian bawah ialah menu lain-lain (selain mee atau nasi).

Doktor yang baik hati membacakan satu per satu menu yang ada, dan menunjukkan gambar-gambar menu terbabit.

Cara guna macam beli minuman di vending machine.

1) Lihat harga makanan yang dipilih.
2) Masukkan duit di slot sebelah kanan bawah.
3) Tekan menu yang berkenan.
4) Dapatkan baki duit dan bawa resit ke dalam kafetaria.

*****

Di kaunter kafetaria:

Dulang-dulang individu telah siap disusun. Ambil satu dulang, letakkan resit tadi di atas dulang.
Ambil chopstick atau sudu pilihan hati dan letakkan di dalam dulang tadi.

Pekerja kafe akan menolak dulang kita ke hadapan.

Begitulah orang seterusnya, harus beratur di belakang. Dengan dulang-dulang ikut beratur di atas meja sisi. Sementara menunggu, bolehlah mengambil air panas atau air sejuk yang disediakan percuma di meja tepi.

Bila makanan yang dipesan sudah siap, pekerja yang ramah mesra akan meletakkan bekas berisi makanan tadi di atas dulang masing-masing. Tak perlu pun dia nak jerit panggil sana sini, pergi ambil sendiri saja. Tak ada nombor yang diberi.

Di hujung kiri pula disediakan ramuan-ramuan tambahan seperti shoyu, chilli flakes, wasabi, garam, ajinomoto dan sebagainya. Pandai-pandailah ambil sendiri. Dah siap tambah perasa, bolehlah angkut dulang ke meja.

*****

Makanan tengah hari kami di sana? Oh, hari-hari makan soba. Haha. Sebab itu saja yang boleh.

Bila sudah selesai menjamu selera, dipersilakan buang chopstick dan sampah ke dalam tong sampah, dan letakkan kembali dulang dan bekas makanan di kaunter khas.

Meja makan tadi? Haruslah lap sendiri jika ada yang tertumpah atau kotor. Bila nampak orang sebelah lap meja dahulu, kemudian bangun, mesti kau segan dan akan buat benda yang sama kan.

Ha, gitu hari-hari bila makan di kafe. Teruja bila ada vending machine yang mengeluarkan air kopi panas. Haha.

Yusraa Ksm

No comments:

Post a Comment