6 perkara bantu rakan yang sedang mengalami DEPRESI
Saya terpanggil untuk menulis tentang isu ini: Depresi, atau Depression.
Kalian tahu sejenis apakah depresi itu? Ia bukan setakat kesedihan semata. Ia juga bukan sekadar jauh hati, sakit hati.
Yang hadir bila kau duduk depan TV, geram, sakit hati dan sedih menonton dan mengutuk Husna. Yang kemudiannya sakit hati itu hilang bila kau tukar saluran kepada episod Running Man.
Sesungguhnya depresi ialah sejenis penyakit. Ya, penyakit yang perlukan rawatan!
Dan penyakit mental ini sangat meruntun personaliti dan bahagia insan yang terjebak! Semakin lama ia berada di situ, semakin susah untuk menariknya keluar.
Tak perlu saya ulas lanjut akan maksud depresi, kalian boleh cari gali dan baca.
Jika kalian berhadapan dengan rakan/ insan yang mengalami depresi, seharusnya bantu dia, kawan. Apa yang kalian boleh lakukan:
1) Cari tahu tentang depresi.
Lebih banyak membaca, kalian akan lebih faham bagaimana mahu membantu.
2) Dengar.
Dengar apa masalah dan luahan hati dia. Elakkan memberi pendapat terlalu banyak. Masa ini, kalian jadilah pendengar yang baik. Pinjamkan telinga kau, kawan.
3) Hentikan provokasi.
Kalau kalian tahu masalah ini berpunca daripada masalah, contohnya belum ada/ kehilangan anak, keretakan rumahtangga, kalian sebagai kawan yang bahagia, sebaiknya elakkan post/ update status, gambar, video bahagia yang boleh meruntun hatinya.
Kau bayangkan, kawan yang depresi tu skrol FB, nampak pula gambar tu.
Yang ini, ramai tidak sedar. Suka-suka post gambar tidak salah. Cuma kadang-kadang, simpan saja bahagia kalian untuk diri sendiri.
4) Berikan sokongan moral.
Rakan yang dihormati, di saat ini sokongan moral sangat-sangat membantu dia untuk keluar daripada kemelut depresi. Supaya dia tahu, dia masih punya keluarga dan rakan yang menyayangi.
5) Galakkan dia untuk menerima rawatan.
Rawatan pasti meletihkan. Ada baiknya berikan sokongan, ingatkan dia untuk mengambil ubat, temani dia untuk rawatan susulan. Sangat penting untuk tidak membiarkan dia sendiri, kerana dia akan hanyut di dalam dunia sendiri yang akan melemaskan.
6) Doakan. Doakan. Doakan dia.
Teruskan berdoa sebagai cara paling dekat dengan Pencipta.
Perhatikan rakan/ahli keluarga sekeliling, boleh jadi terlepas pandang ada yang sedang berperang dengan depresi. Kita saja tak perasan.
Pembaca yang baik hati, saya mohon doakan kesembuhan, kekuatan mental dan spiritual, serta kemudahan buat rakan kami yang sedang berperang dengan depresi. Semoga sahabat kami ini kembali ceria, bahagia dan menjadi diri sendiri, seperti mana yang kami kenal dulu.
Dan semoga kalian, sahabat dan keluarga yang sedang mengalami depresi akan turut diberikan kesembuhan dan kemudahan menghadapinya.

Comments
Post a Comment