Posts

Jalan- jalan cari Soba di Gion street, Kyoto (2012 day 8)

Image
Dari Tokyo ke Kyoto naik JR Tokaido (Hikari) Shinkansen ambil masa 160 minit. Harga tiket sehala dalam 13500 yen. Kalau naik bas dalam 8 jam pada harga dari 3500 yen (bas biasa) atau 10000 yen untuk bas premium yang lebih selesa.  Kalau naik tren biasa 9 jam tapi kena tukar- tukar paling kurang 4 tren pada harga total lebih kurang 9000 yen. Kalau ada Seishun 18 kippu harga boleh lebih murah. Yang ni kena google sendiri ya. Fakta : Kyoto dulunya adalah ibukota Jepun yang kedua selepas Nara (Nara ialah ibukota pertama). Kyoto terkenal dengan nama "Heian-kyo" pada era 794M. Di kawasan Sungai Kamo tu dahulunya tempat bersejarah pemerintahan. Kyoto yang dulunya "ruling capital" telah menjadi sebuah daerah yang di "ruled over" pada permulaan Mideival period. Makanya diperintah oleh ketenteraan. Selepas berlakunya "the Great Civil War", Kyoto sudah tak lagi jadi ibu kota, dan mereka mula menaikkan satu daerah lain iaitu Edo sebagai ibukota yang ke...

Jom tengok Gunung Fuji, Hakone (2012 day 7)

Image
Jom, hari ni nak tengok gunung Fuji dari jarak lebih dekat di Hakone . Kita ambil tren dari stesen JR Shin Okubo, Shinjuku dan berhenti di Odawara station. Perjalanan mengambil masa dua jam pada harga 1190 Yen.  Kalau anda nak direct dari Shinjuku - Hakone Yumoto, harganya ialah 2080 Yen, naik 'romantic train' yang mengambil masa 85 minit. Kami naik bas dari Odawara menuju ke Hakone Yumoto. Dari Hakone Yumoto,  hanya perlu jalan kaki di dalam taman. Di situ ada sebuah muzium kecil. Berhenti di sini selama satu jam sudah cukup. Selepas itu naik tren comel menuju Owakudani .  Owakudani adalah kawasan gunung berapi di mana kita masih boleh nampak 'kepulan asap' berhaba panas dari gunung. Di kawasan itu ada  disediakan tempat rehat dan makan, terdapat juga kedai cenderahati, dan pastinya anda dapat menikmati panorama yang cantik.  Kami singgah di Owakudani Valley dan keluar menggunakan cablecar atau Hakone Ropeway dari kawasan kolam pan...