Jom tengok Gunung Fuji, Hakone (2012 day 7)
Jom, hari ni nak tengok gunung Fuji dari jarak lebih dekat di Hakone. Kita ambil tren dari stesen JR Shin Okubo, Shinjuku dan berhenti di Odawara station. Perjalanan mengambil masa dua jam pada harga 1190 Yen.
Kalau anda nak direct dari Shinjuku - Hakone Yumoto, harganya ialah 2080 Yen, naik 'romantic train' yang mengambil masa 85 minit.
Kalau anda nak direct dari Shinjuku - Hakone Yumoto, harganya ialah 2080 Yen, naik 'romantic train' yang mengambil masa 85 minit.
Kami naik bas dari Odawara menuju ke Hakone Yumoto.
Dari Hakone Yumoto, hanya perlu jalan kaki di dalam taman. Di situ ada sebuah muzium kecil. Berhenti di sini selama satu jam sudah cukup. Selepas itu naik tren comel menuju Owakudani.
Owakudani adalah kawasan gunung berapi di mana kita masih boleh nampak 'kepulan asap' berhaba panas dari gunung. Di kawasan itu ada disediakan tempat rehat dan makan, terdapat juga kedai cenderahati, dan pastinya anda dapat menikmati panorama yang cantik.
Kami singgah di Owakudani Valley dan keluar menggunakan cablecar atau Hakone Ropeway dari kawasan kolam panas di kaki gunung.
Owakudani adalah kawasan gunung berapi di mana kita masih boleh nampak 'kepulan asap' berhaba panas dari gunung. Di kawasan itu ada disediakan tempat rehat dan makan, terdapat juga kedai cenderahati, dan pastinya anda dapat menikmati panorama yang cantik.
Kami singgah di Owakudani Valley dan keluar menggunakan cablecar atau Hakone Ropeway dari kawasan kolam panas di kaki gunung.
Dah nampak bangunan ni tak jauh dah tempat naik tren ke atas.
Sini tempat menunggu tren yang comel itu.
Mungkinkah Gunung Fuji di sebalik awan itu? |
Lalu kawasan daun- daun autumn ni kemudian akan sampai ke tren untuk naik ke atas. Jumpa pula orang- orang yang peramah macam ni.
Entri: Ada apa di Osaka
Entri: Ada apa di Osaka
Ini cable car yang digunakan untuk turun dari Owakudani valley. Masa tu ramai juga orang dalam cuaca sejuk tu.
Dari atas ropeway boleh nampak kepulan asap. Di Owakudani, perlu jalan jauh sikit, mendaki untuk sampai ke tempat merebus telur hitam. Di sini juga kita boleh beli dan makan telur rebus hitam yang digelar Kuro-Tamago (yang mereka telah rendam dalam air panas sulfur gunung, jadi ia mengandungi zat besi dan sulfur. Bau sulfur tu yang kuat). Telur ni popular dan boleh beli buat cenderahati. Jom tengok gambar!
Nampak tak pakcik tu gigih angkat telur- telur rebus yang diletakkan di dalam bekas stainless steel. Telur tersebut telah direndam di dalam kolam air panas gunung. Haa..nampak menggelegak air tu. Jadilah ia telur hitam tersebut. Menarik kan?
Rupa telur ni bila dikupas. Sama je macam telur ayam yang biasa kita makan tu. Tak hitam pun. Hehe. Cuma ada bau sulfur..
Ni hakone ropeway waktu turun. Kita naik atas dengan tren, turun dengan ropeway tau.
Sejuk macam ni dapat ubi bakar memang terbaik. Manis dan sedap!
Dari sini nak keluar naik cable car pergi ke arah tasik yang cantik. Fuji tak nampak, dilitupi kabus sebab hujan dah turun. Dan kami mengambil Boat Tour ala- ala kapal lanun yang cantik di sini.
Makan bekal di dalam kapal sambil minum kopi panas memang terbaik. Keluar dari sini kami ke kawasan lalang Sengokuhara dengan menaiki bas. Pemandangan yang cantik di sini, walaupun lalang. Hehe.
Ada bus stand rupa rumah hello kitty yang comel. Dah puas bergambar, bolehlah naik bas dan balik ke Tokyo. Kami pun dah penat, dah masuk jam 8 malam waktu naik bas balik Tokyo. Masing-masing pun tertidur dengan jayanya. Haha. Esok kita nak ke mana pula? Kawasan paling tradisional di Jepun, katanya! Dapat teka?
Dengan harapan cuaca ok! Oh ya, kalau anda di Jepun, boleh tengok ramalan cuaca. Kalau katanya kemungkinan hujan turun, sediakan lah payung. Sebab kemungkinan itu memang besar. Kalau tak hujan, takpe la. Nama pun ramalan kan.
Till next post, ke mana pula kita? Aha!
Till next post, ke mana pula kita? Aha!
Comments
Post a Comment