Kembara, Fotografi dan Makanan. Traveller's Workshop 2

Ini kisah minggu lepas.



Satu hari yang penuh cerita, terasa bagaikan diri sedang berada di negara-negara yang berlainan. Dari Perth ke Laos, Turkey ke Madinah, Bandung ke Jepun, tapi ternyata kami masih berpijak di bumi Bangi, Malaysia.

Itu sebahagian cerita yang saya perolehi dari program Travellers' Workshop II anjuran Muslim Backpackers. Program tersebut telah berlangsung di Abuain Kitchen Studio, Bandar Putera Mahkota, Bangi dari jam 9 pagi hingga 6.30 petang.

Program tersebut telah dikelolai oleh Cik Puan Azzah AR dan Tuan Khairul Hakimin Muhammad yang tidak dinafikan sangat kaya dengan pengalaman sebagai pengembara.

Perkongsian cerita suka-duka, cemas, tips dan ilmu yang pastinya berdasarkan pengalaman. Teruja bila mendengar pengalaman yang sangat menarik daripada semua peserta bengkel dan pengajar-pengajar.

Benarlah kata pepatah, 'Jauh berjalan luas pemandangan'. 

Mengembara membuatkan kita semakin kaya dengan pengalaman, yang takkan boleh digantikan dengan wang ringgit. Pandangan kita tentang sesuatu perkara itu turut berbeza.

Cik Puan Azzah dan Tuan Khairul Hakimin berkongsi ilmu dan tips tentang penulisan, fotografi dan.. resepi!

Resepi? Apa kena mengena..?
Haa..nanti saya cerita!

Cik Puan Azzah telah menjelajah sebanyak 20 buah negara antarabangsa dan seluruh Malaysia. Sudah pasti banyak cerita yang kalau nak dikongsikan dalam satu hari saja memang takkan cukup!

Kata Cik Puan Azzah, dalam pada kita mengembara, kutiplah ilmu di setiap perjalanan, dan abadikan dalam penulisan. Dari itu kita akan dapat membantu pengembara yang lain dan mereka yang menyimpan hasrat untuk mengembara melalui tinta yang kita tulis.

Antara salah satu buku travelog yang menarik. Banyak buku yang dibawa oleh Cik Puan Azzah.


Ya, ilmu itu untuk dikongsi. Kerana bukan semua orang berpeluang memperolehi rezeki yang Allah berikan.

Lain pula kisah Tuan Khairul Hakimin. Beliau merupakan seorang fotografer professional yang antara hasil karyanya telah dibeli oleh National Geographic. Sangat wow!

Minat beliau dalam bidang masakan telah memberi inspirasi kepadanya untuk berkelana dalam mencari ilmu dan resepi baru. Ya, beliau mengembara sambil mengikuti kelas masakan di luar negara.

Dan kini beliau membuka studio sendiri yang dinamakan Abuain Kitchen (klik untuk website dan resepi percuma) Sugoi! Semasa kami belajar, terserlah bau masakan yang sedap dari dapur. Memang sedap tak tipu!

Jom check out gambar-gambar yang saya snap. Semua gambar di ambil menggunakan Sony Xperia Z3 Compact.

Masakan tengahari oleh Tuan Khairul Hakimin. Ayam masak kurma dan acar timun menggunakan resepi dan teknik dari India. Ada sambal hijau resepi Vietnam, tak sempat nak ambil gambar sebab laju je habis!


Nutella and Walnut Brownies

Brownies lagi. Close up. Rasa coklat bergabung memang meletup!


Dari indoor kami turun ke outdoor.

Siapa sangka pasar malam yang biasa kita kunjungi, jadi lebih menarik bila kita melihat suasana dari mata seorang fotografer. Teruja!

Deretan balang yang biasa dilihat di sudut Ice Blended Flavor

Pulut mangga! 

Nasi ayam berempah yang unik sebab ada kepingan buah limau. Perah limau tu pada nasi, memang terbaik rasa masam sikit pada nasi. Kena pula dengan ayam berempah yang rasa pedas dan masin.

Tengah jalan-jalan tinjau pasar malam, tiba-tiba terjumpa dinding hitam kosong.

Cantik! Puan Khadijah jadi sasaran model minimalist. Terima kasih!

Dan akhir sekali gambar yang saya suka. Moment. Mak dan ayah adik-adik ni jual nasi lemak di belakang tu. Kami minta kebenaran dia untuk ambil gambar. Mula-mula si abang tu malu-malu. Saya dan Khadijah ajak berborak sekejap, dan kami berjaya break the ice. Maka inilah hasilnya!

Si abang yang menyuapkan nasi ke mulut adiknya dengan penuh kasih sayang.

Semoga ilmu yang dipelajari kali ini dapat dimanfaatkan sebaiknya dalam bentuk penulisan dan gambar, InsyaAllah.

Jutaan terima kasih kepada sifu-sifu yang memberi tunjuk ajar, CikPuan Azzah dan Tuan Khairul Hakimin.

E-book Cik Puan Azzah tentang Turkey telah dilancarkan pre-order baru sekejap tadi! Harga promosi sampai 26 Disember je. Grab cepat!

Terima kasih kepada semua yang sudi membaca!

Kepada kawan-kawan yang lain, teruskan menulis!

Comments

Popular posts from this blog

An interview with my Italian friend on Italy lockdown「イタリアのロックダウン: イタリア人の友達とインタビュー]

Sales 12.12 Ebook Content untuk membantu anda membina crowd

11.11 Sales Combo E-book Content!