Follow me on:

Instagram

2015-12-30

Dah nampak Tuhan?

"Langit dan awan sekarang sangat cantik, kan Yus?!" Itu apa yang Kak Ju cakap sewaktu dalam perjalanan.

picture taken by Kak Ju on the way back from Mersing last weekend. Serene!


Sekejap lagi keluarkan smartphone dan ambil gambar awan dan langit biru. Seketika kemudian simpan balik dalam beg. Bila di depan nampak cantik lagi, keluarkan lagi dan ambil gambar lagi.

Saya yang tengah memandu hanya mampu memandang dan simpan dalam kotak ingatan.

Ada dua kali terlepas pemandangan unik yang sangat cantik! Nak patah balik, jalannya agak sempit dan bengkang-bengkok.

"Kak Ju snap cantik-cantik tau, saya nak!" Pintaku.

Ya, langit dan awan sepanjang perjalanan pergi dari Senai dan balik dari Mersing memang teramat cantik.

Langit yang cantik warna biru muda dihiasi tompokan awan nano. Awan yang putih berkelompok kemas kelihatan tersusun rapi. Sungguh indah ciptaan Tuhan! Hati menjadi tenang dan tenteram keranaNya.

"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu dustakan?" (Ar-Rahmaan 55:18)

Dalam perjalanan sambil berborak tentang awan dan alam ciptaan lain, terbuka satu al- kisah yang menarik dan lucu.

Kata Puan D, dulu sewaktu anaknya berusia empat tahun, mereka sekeluarga dan Kak Ju pergi makan angin menaiki kapal terbang. Turut serta ialah sepupu yang sama baya dengan anaknya.

Sewaktu kapal terbang menelusuri ruang udara, anaknya memandang ke luar tingkap. Melihat ke sana dan sini. Sepupunya pergi ke tingkap di sebelah tempat duduk bertentangan.

"Dah nampak ke belum?" Jerit si anak kepada sepupunya.

Sepupunya menggeleng kepala. "Belum!"

Masing-masing ligat memandang ke luar, mencari sesuatu. Awan dan langit biru kelihatan di luar tingkap.

"Apa yang mereka cari?" Soal Puan D kepada Kak Ju.

"Tak tahu lah ye. Apa agaknya.."

"Dah nampak Tuhan ke belum?" Soal anaknya lagi.

"Tak ada pun!" Jawab sepupu kecil.

Tergelak Puan D dan Kak ju. Lucunya budak-budak kecil ni. Ingatkan apa yang bersungguh sangat. "Rupanya nak cari Tuhan!"

Comel telatah anak-anak sekecil tu. Kami yang dengar cerita ni pun tergelak.

Bila kita berdoa kan kita menadah tangan minta pada Tuhan. Kita memohon dari atas. Jadi pada si kecil ni, Tuhan mesti ada di atas. Dah naik kapal terbang tinggi-tinggi, mungkin dapat jumpa Tuhan!

(those little childrens' thinking... Konsep Rabbaniyyah terdidik dalam diri)

So cute la them!

2 comments:

  1. Kelakarnya..bdk2 skrg punya imaginasi yg tinggi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu budak zaman 30 tahun yang lalu. Zaman sekarang lebih lagi imaginasi ye.

      Delete