21 Info menarik berkaitan Jepun

:: 21 Info menarik berkaitan Jepun ::

✔ Jumlah penduduk Jepun dianggarkan 127 juta orang. Agama terbesar di sana ialah Shinto dan Buddha, meskipun begitu, agama tidak memainkan peranan yang penting di dalam hidup majoriti rakyat Jepun.

✔ Pemegang Passport Malaysia tidak memerlukan visa untuk masuk (sebagai pelancong) ke Jepun.

✔ Beza waktu Malaysia dan Jepun hanya satu jam. Contoh: Malaysia 10.10 pagi = Jepun 11.10 pagi.

✔ Penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Tokyo/ Osaka mengambil masa lebih kurang tujuh jam.

✔ Mata wang Yen digunakan di Jepun. Tukaran 1 Yen = RM 0.0405 (semalam).

✔ Di Jepun, sebotol air mineral bersaiz kecil 550mL berharga lebih kurang 84-100 Yen (RM3.45- RM4.07).

Onigiri Tuna paling mudah didapati di saat-saat perut tengah lapar. Boleh dibeli di Family Mart di Jepun dengan harga 110 yen (RM4.50) / satu.

✔ Biasanya air paip di Jepun boleh terus diminum.

✔ Terdapat LIMA jenis tren di Jepun:
1) Local (kakueki-teisha or futsu-densha): berhenti di semua stesen.
2) Rapid (kaisoku): Skip sesetengah stesen.
3) Express (kyuko): Skip lebih banyak stesen berbanding Rapid.
4) Limited Express (tokkyu): Berhenti di stesen-stesen besar sahaja.
5) Super Express (shinkansen): Paling laju. Mengikut trek dan platform yang berasingan daripada tren-tren lain.

✔ Telefon bimbit perlu diletakkan pada "silent mode" ketika di dalam tren. Terdapat 'signage' yang meminta penumpang berbuat sedemikian.

✔ Lazimnya, pemberian duit sebagai ganjaran atau dikenali sebagai 'tipping' (gratuity) kepada orang Jepun dianggap sebagai satu penghinaan.

Walaupun begitu, ada beberapa situasi yang dibolehkan. Contoh: Bila hendak memberi tips kepada driver. Duit hendaklah diletakkan di dalam sampul surat dan diberi sebelum memulakan perjalanan.

✔ Kebanyakan papan tanda di Jepun menggunakan bahasa Jepun dan Inggeris. Ada juga papan tanda besar yang menggunakan tulisan Cina dan Korea (Hangul).

✔ Terdapat ENAM syiling Jepun: 1 Yen, 5 Yen, 10 Yen, 50 Yen, 100 Yen dan 500 Yen.
Not kertas Yen:  1,000 Yen, 2,000 Yen, 5,000 Yen dan 10,000 Yen.

✔ Kebanyakan 'money changer' di Malaysia menjual 10,000 Yen sebagai nilai duit paling kecil (dan juga itulah yang paling besar!).

✔ Kedai-kedai seperti 100 Yen shop, Daiso dan Uniqlo merata-rata di Jepun. Setiap hujung musim Uniqlo akan mengadakan 'clearance sale'.

✔ 'Vending machine' menjual minuman ada di merata-rata tempat di sekitar kota.

✔ Seberapa besar pun not Yen yang anda hulur kepada 'cashier', pasti akan diterima. Belum pernah lagi mereka bertanya, "Alamak, tak ada duit kecil ke?"

✔ Voltaj di Jepun ialah 100V, dengan frekuensi 50- 60Hz. Barang- barang elektrik menggunakan 'flat 2-pin plug'.

✔ Pemanduan di Jepun sama seperti di Malaysia, stereng di sebelah kanan. Hanya perlu tukar lesen kepada Lesen Memandu Antarabangsa.

✔ Terdapat 541,000 Hikikomori di Jepun. Mereka berusia sekitar 15 hingga 39 tahun.

Hikikomori ialah individu yang mengasingkan diri dan tinggal di dalam rumah tanpa berinteraksi dengan sesiapapun, tidak pergi bekerja atau ke sekolah selama enam bulan berturut-turut.

✔ Setiap kali masuk ke kedai, anda akan disapa dengan ucapan, "Irrashaimase (selamat datang)."

Seringkali anda pulang ke hotel/ hostel, anda akan disapa dengan ucapan, "Okaerinasai (selamat pulang/ kembali)."

✔ Nombor-nombor kecemasan:
Polis 110
Bomba/ ambulans 119
Kedutaan Malaysia di Shibuya, Tokyo: +81-3-3476-3840

- Yusraa Ksm -
Baca post sebelum ini untuk lebih banyak cerita tentang Jepun.

Comments

Popular posts from this blog

An interview with my Italian friend on Italy lockdown「イタリアのロックダウン: イタリア人の友達とインタビュー]

Sales 12.12 Ebook Content untuk membantu anda membina crowd

11.11 Sales Combo E-book Content!