Speechless moment di negara matahari terbit
This was way back in November 2014 . Itu kali kedua saya menjejakkan kaki ke negara matahari terbit. Bumi Jepun yang tak pernah membosankan saya. Setiap lawatan pasti ada saja yang baru. And i couldn't help but fall in love. Again. And again. Ramai yang bertanya. Mengapa? Salah satu sebabnya ini. Garisannya penuh dengan pengharapan. Sentiasa dalam doaku. Menyimpan rasa ingin bertemu.. Bertemu siapa? Sang matahari! Hello negara matahari terbit! Yes, saya menjalankan misi nombor 2. Lawatan pertama tahun 2013 saya gagal mencapai misi no 1 dan 2. Kerana hari terakhir di Kyoto pagi tu hujan. Masing- masing nyenyak je tidur. Harapan tinggal harapan nampaknya. Trip kedua ke Jepun, misi harus dicapai. Itu janji saya pada diri sendiri. Seminggu di Jepun, nampak macam tak ada harapan. Di Kyoto, teringin nak naik Kyoto tower pun hujan juga pagi tu. Alahai. Tercapaikah hasrat? 28 November, last day kami di Kansai. Jam 10 pagi nanti dah nak terbang ke Malaysia. Kami mene...