Speechless moment di negara matahari terbit
This was way back in November 2014.
Itu kali kedua saya menjejakkan kaki ke negara matahari terbit. Bumi Jepun yang tak pernah membosankan saya. Setiap lawatan pasti ada saja yang baru.
And i couldn't help but fall in love. Again. And again.
Ramai yang bertanya. Mengapa?
Salah satu sebabnya ini.
Garisannya penuh dengan pengharapan. Sentiasa dalam doaku. Menyimpan rasa ingin bertemu..
Bertemu siapa? Sang matahari!
Hello negara matahari terbit! Yes, saya menjalankan misi nombor 2.
Lawatan pertama tahun 2013 saya gagal mencapai misi no 1 dan 2. Kerana hari terakhir di Kyoto pagi tu hujan. Masing- masing nyenyak je tidur. Harapan tinggal harapan nampaknya.
Trip kedua ke Jepun, misi harus dicapai. Itu janji saya pada diri sendiri. Seminggu di Jepun, nampak macam tak ada harapan. Di Kyoto, teringin nak naik Kyoto tower pun hujan juga pagi tu. Alahai. Tercapaikah hasrat?
28 November, last day kami di Kansai. Jam 10 pagi nanti dah nak terbang ke Malaysia. Kami menetap di Star Gate Kansai Hotel. Situ spot strategik, dekat sangat dengan Rinku Premium Outlet dan mudah sangat naik tren pergi Kansai Airport.
Malam sebelumnya saya dah janji dengan Kak Pah, "esok pagi lepas Subuh kita pergi supermarket belakang tu." Supermarket tu buka 24 jam, memang sangat best. Besar macam Giant di Malaysia, tapi barang- barang dia lebih awesome.
Dengan gigihnya lepas Subuh tu terus jalan kaki meredah kesejukan, pergi buat last minit shopping. Saya cari Matcha Green tea, Kak Pah dengan buah-buahan dan makanan kering. Yang lain semua masih enak diulit mimpi.
Pukul 6.20 pagi, kami pun berjalan kembali ke hotel. Sudah cerah. Tapi matahari belum kelihatan. Mungkin tak nampak di sini? Kena datang lagi untuk sambung misi? Huhu. Jalan ke hotel melintasi jejantas.
Lepas tu nampak dah. Belakang hotel ada gunung? Langit samar- samar warna jingga. "Kak pah nak naik dulu, takpe. Saya nak tunggu jap kat bawah ni." Kak pah temankan sekejap je. Lepas tu naik. Tak tahan, sejuk katanya. Lagi pun kemas barang belum habis.
Langit itu. Mungkinkah? Masa ni dah excited habis. Walaupun sejuk dan berbekalkan Samsung yang cikai ni, tunggu juga. Dari bilik kami tak nampak view ni. Kami nampak kedai je, tu yang gigih turun shopping. Lol.
10 minit macam lamanya tunggu. Sungguh! Penantian yang terasa lama.
10 minit lagi berlalu. 6.40 pagi. Tangan terasa beku. Handphone masih di tangan.
6.50 pagi. Matahari mula menampakkan wajah. Tangan dah beku. Kaku.
Perasaanya? Tak tergambar oleh kata- kata. Subhanallah. Begitu cantik ciptaan Pencipta Alam. Sebak. Terharu. Nak nangis, nak bersorak, semua ada. Berdiri sorang- sorang di situ, entah orang dari bilik hotel tengok 'amendelah perempuan ni buat'. Tak peduli. Biarkan.
7.20 pagi 2014.11.28
Moment paling happy di Jepun! Sungguh!
Penantianku kini telah berakhir. Detik bahgia kini telah pun hadir. Sungguh aku percaya ketentuan Yang Esa.
Di saat- saat yang tak disangka, rezeki itu Allah hadirkan. "Maka nikmat Tuhan kamu yang mana yang kamu dustakan?"
Lepas tu, terus berlari naik atas sebab dah lambat. Nak kena bersiap sepantas kilat dan naik shuttle. Gomennasai sensei, buatkan sensei risau saya kena tinggal.
But it was a happy day! Pulang ke Malaysia dengan gembira. Yeah!
Bila balik rumah edit videolapse, dalam cubaan rotate gambar, saya telah menjahanamkan video tersebut. Tidak!
Tahun depan kena pergi lagi. Meneruskan kesinambungan video matahari terbit. Dan meneruskan misi no 1, no 3 dan no 4. Uih, banyaknya misi? Ganbatte!

Comments
Post a Comment