Taipei Hotels and Halal Restaurants
1. Grand Hotel Taipei
Di sini tempat konferens kami diadakan. Seperti namanya, memang sangat gah hotel ni. Exclusive. Itu first impression. Hotel 14 tingkat yang sangat luas ini bercirikan tradisional Chinese look in a very majestic style. Berada agak jauh di atas bukit menghadap Yangming Mountain dan Sungai Keelung, ianya jauh dari stesen MRT. Akan tetapi kemudahan shuttle bas dan teksi sentiasa ada. Jom tinjau.
Besar sangat sampai tak muat lensa. Lepas ni go pro kah? |
Taman di hadapan hotel |
2. The Landis Hotel
Berdekatan MRT Zhongshan Elementary School. Jalan kaki 10 minit je. Saya dapat harga promosi dari booking.com.
3. Royal Seasons Taipei
Bilik yang agak luas dan menarik sebab ada jakuzi dalam bilik. Yang tak best ialah stesen MRT Zhongshan terdekat ialah 1.2km jaraknya. Hotel yang ni ofis yang book.
4. B Hotel
Yang ni hotel bajet yang sangat best sebab ia ada fasiliti yang lengkap. Pantry ada air panas dan microwave, ada bilik iron baju dan ada bilik untuk basuh baju guna washing machine percuma. Berdekatan MRT Nanjing Fuxing, jalan kaki 10 minit.
Ok, sekarang bab makan. Mana best?
1. Yunus Halal Restaurant
Kami asyik ulang- alik makan malam di sini sebab sini pilihan makanan kena pada tekak. Ada masakan cina dan Thai.
2. Ali Baba Kitchen
Ni masakan india. Biasalah ada nan, tandoori, nasi beriani. Sedap!
3. Safranbolu Turkish Restaurant
Restoran ni bersebelahan je dengan Ali Baba di atas tu.
Sini makanannya agak unik tapi sedap. Ada roti, piza dan nasi. Creme brulee memang terbaik di sini. Yang ni gambar makanan tak ada, harap maaf. Sebab waktu tu makan malam dengan bos- bos dan delegate dari luar Malaysia. Jadi kesopanan dan kesusilaan haruslah dijaga. Aduh.
4. Beef Noodle
Restoran ni jual Halal beef noodle, wantan dan sebagainya. Purely chinese taste. Sedap. Di sebelah kedai ni ada lagi satu beef noodle, tapi tak berapa sedap bagi tekak kami.
Ok setakat tu je entri Taipei. Yeah! Berjaya siapkan. Terima kasih sudi membaca.
Comments
Post a Comment