Para- para Sakura: Yangmingshan Park, Maokong Gondola and Taipei Grand Mosque
Agenda mengejar para- para Sakura. Berjayakah? Gigih sungguh ni. Sebab plan asalnya pergi Jepun dulu lepas tu dari Jepun pergi Taipei untuk konferens tu, tapi bajet besar sangat so cancel Jepun.
1. Yangmingshan National ParkIni merupakan kawasan pergunungan yang paling dekat dari hotel. Ia terletak di daerah Shilin dan Beitou. Kami mengambil keputusan ke sini untuk misi melihat Sakura. Sini ialah hiking trail kawasan gunung berapi yang dah lama tak aktif. Dari Taipei boleh ambil bas dari MRT Jiantan menuju Yangmingshan NT$50 yang makan masa 1 jam. Kami naik teksi ke sana. Balik baru naik bas sebab susah dapat teksi balik. Teksi di Taipei tak semahal Jepun dan Korea.
Masa tu masih penghujung musim bunga, jom melawat kawasan.
Palazzo boleh order dari instagram hamka_myzamin. Palazzo ni dah sampai Taipei. Palazzo material heavy jadi cantik je pakai. Memang sangat selesa pakai jalan jauh (tak tipu!) dan lagi satu penting buat traveler: tak perlu iron. Hehe. So kalau dah bosan dengan jeans je, opt for something more feminine like this palazzo. |
So apa cerita bunga Sakura? Haa..ni ada! Adalah 6,7 kuntum yang setia menanti ketibaan kami di situ.
Nangis! Lagi nangis bila seminggu lepas tu sensei hantar gambar berhanami di bawah pohon Sakura di Tokyo. Haha. Takpe, tahun depan saya pula berhanami. So kiranya misi mencari Sakura dah tercapai.
2. Maokong Gondola
Yang ni macam usaha gigih sikit nak pergi.sebab Maokong tu bukannya dekat. Kami bertolak dari Taipei 101 ke Maokong pada pukul 4 petang. Naik teksi ambil masa 45 minit sebab nak kejar sebelum last ride gondola. Apa yang best sangat? Naik gondola sambil menikmati pemandangan waktu malam. Gigih pergi juga sebab adik teringin sangat nak naik. Jalan ke sana memang macam naik Genting Highland, punyalah tinggi. Dah sampai atas, nak bayar teksi takde duit kecil pula, teksi tu pulangkan baki tak cukup, kiranya menipulah lebih kurang camtu. Haish. Dah selamat sampai terus pergi beli tiket NT$50 dari mesin. Murah je!
Gambar waktu malam tak cantik sebab guna kamera fon je. Tapi nampak kan Taipei 101 sebelah kanan. Tak nampak? Rabun la tu. Nak cantik, pergi tengok sendiri. Ha, macam tu. Waktu naik tu petang lagi so boleh nampak pemandangan bawah. Tingginye! Gondola ni ada yang jenis floor glass di tengah, kalau tak gayat boleh naik tu, mahal sikit je. Tapi sebab dah malam, kami ambil yang biasa je.
Duduk satu gerabak dengan couple chinese ni yang langsung tak cakap apa. Dengan lagi 3 orang lelaki high school students. Friendly pula budak ni ajak sembang, tanya dari mana. Pelik tengok makhluk bertudung yang tersesat antara ramai orang. Bila cakap Malaysia, dia teruja sebab katanya ada kawan di Malaysia.
Pastu dia ajak cakap cina, bila beritahu tak reti, dia hairan. Saya cuma tahu ni hao, xie xie, pekuchi, dan wo ai ni. Semua pun tak kena pada situasi, takkan nak cakap. Eh ingat semua orang Malaysia boleh cakap, katanya. Haha, kawan dia tu chinese, patutlah. Dia sapu rata semua orang. Bila explain baru dia faham. Huhu.
Lama juga naik gondola tu sampai last station. Turun gondola, ambil MRT balik hotel.
3. Taipei Grand Mosque
Masjid besar Taipei ni senang sangat nak cari. Jalan mudah, naik teksi. Sebab ia jauh dari stesen tren. Waktu kami ke sana, masjid tengah dalam proses naik taraf, jadi dewan besar untuk solat ditutup. Hanya dibenarkan solat di ruangan kecil perpustakaan masjid. Hari tu hari Rabu, mungkin by hari Jumaat settle semua kot sebab situ tumpuan untuk solat Jumaat.
Oh ya, di sana Muslimah turut turun masjid untuk solat Jumaat. Tauke restoran halal yang beritahu kami. Dia kata memang kebiasaan macam tu.
Next entri tentang hotel dan makanan halal sekitar Taipei. Til then!
Comments
Post a Comment