Follow me on:

Instagram

2015-07-27

Frankfurt, Germany (trip June 2013)

Guten Morgen! Selamat pagi!


Ekspedisi pergi Jerman untuk rekod, ni trip naik kapal terbang paling lama saya pernah lalui. KLIA-Qatar 7.5 jam, kemudian Qatar-Frankfurt 6.5 jam. Terperap dalam kapal terbang bukan main meletihkan. Layan movies back to back. Since naik Qatar Air, pukul 9.45 malam dari KLIA transit di Hamad International Airport, Doha, Qatar pada jam 11.50 tengah malam. Transit dalam 2 jam lebih. Sampai Doha dalam 12 pagi turun kapal terbang naik bas, ingatkan dekat je, saya dengan mamainya berdiri.
15 minit kemudian baru sampai terminal.

Paling best naik Qatar Air ni semua makanan boleh layan. Halal. Makan pula banyak kali. Sebab kapal malam, selang 2 jam dia bagi makan pastry, roti. P
Lepas tu bagi set beg kecik, dalam tu ada earplug, eye patch, stokin. Pramugari majoriti korea, cina, bukan Arab.

Doha ke Frankfurt lagi 7 jam dalam flight. Ah bosan, bosan. Letih. Dah siap berazam, lepas ni taknak pergi naik flight jauh2- jauh macam ni (haha, boleh caya ke?!). Jetlag ke tak, yang tu kemudian cerita.

Dalam flight makan lagi dan lagi. Tak larat makan, ambil bungkus simpan dalam beg. Memang tak bagi orang tido ke. Huhu. Pukul 5 pagi kami dihidangkan sarapan full set yang sedap. Dah makan lehla solat Subuh dalm flight. Sikit masa lagi dah nak mendarat.

Dekat 7 pagi kapal terbang mendarat dengan selamat di Frankfurt International Airport. Musim summer lagi, tapi sejuk boleh tahan. Ambil dua teksi Mercedes dan VolksWagon made in Germany pergi ke hotel. Jom layan gambar!

Jalan raya luas. Boleh tengok warna merah tu hadlaju berlainan mengikut lane. Mungkin bertukar ikut arus trafik. Jakun sekejap.
Hotel kami di kawasan Messe
Interior hotel

Hotel An Der Messe tempat kami menginap. Style apartment. Besaq habaq hang best bilik kami tu. Hehe

 Interior lobi hotel
Ni bilik kami

Esok kita sambung entri jalan2 Frankfurt pula.
Gute Nacht! Selamat Malam.

Entri berkaitan:
  shopping dan makan di Frankfurt








No comments:

Post a Comment