Krabi 2010
Ok, backdated sangat entri ni. Setelah menggali apa yang ada dalam external hardisk terjumpa gambar lama di Krabi. So why not masukkan je entri Krabi.
Krabi, sinonim dengan tempat pelancongan terutamanya aktiviti pulau, islang hopping, snorkeling, pantai, laut, dan makan!
Pemandangan pulau Krabi dari langit biru |
So ekspedisi ke Krabi pun bermula dengan kami 3 orang perempuan dan 3 orang lelaki. Seminar kali ni santai sungguh, patut lah dibuat di tepi laut. Mereka siap sediakan pakej untuk island hopping atau street shopping. Dah tentu saya pilih island hopping.
Suasana di Krabi, jalanraya macam di perkampungan Malaysia je, cuma waktu tu baru lepas reda banjir kot, jalan raya berlopak dan berdebu. Kedai- kedai lama kelihatan sepanjang jalan. Kami menginap di Sofitel Krabi Pokeethra Golf & Spa Resort. Ia sebuah hotel gaya Perancis.
Ada satu al kisah yang tak boleh dilupakan di sini. Memang tergelak kalau teringat. Laa.. nak tau juga? Klik sini untuk kisah benar.
Ada satu al kisah yang tak boleh dilupakan di sini. Memang tergelak kalau teringat. Laa.. nak tau juga? Klik sini untuk kisah benar.
Photo from Sofitel Krabi Hotel web |
Betapa besarnya resort ni. Kalau tengok memang di tepi laut, tapi kawasan laut tempat kapal besar berlabuh, jadi tak dibenarkan mandi laut. Tapi yang best nak pergi island hopping jalan kaki di tepi laut ni terus naik bot.
Photo from Sofitel Krabi Hotel web |
Photo from Sofitel Krabi Hotel web |
ni gambar bilik. Besar kan! |
dalam resort ada taman. Hehe
Dan di taman ada bunga.
Selepas dua malam di sini, kami check in pula hotel di Aonang, yang jauh lebih murah. Aonang lebih dekat dengan pekan dan easy access kepada transport. Berbanding di Sofitel, agak jauh dari bandar kerana agak di pedalaman sikit.
Selepas dua malam di sini, kami check in pula hotel di Aonang, yang jauh lebih murah. Aonang lebih dekat dengan pekan dan easy access kepada transport. Berbanding di Sofitel, agak jauh dari bandar kerana agak di pedalaman sikit.
Belanja gambar island hopping jom.
Pantai dan pulau di Krabi memang terbaik. Air laut cantik. Sambung tunjuk gambar Apasari Hotel, Aonang.
Yang ni apartment sebelah, style macam di Jepun |
Kami menginap di sini. Dekat dengan laut dan pekan |
Kalau dapat bilik bawah yang terus sambung pool tu mesti best. Masa ni dah penuh. |
Aktiviti lain yang kami buat ialah naik gajah. Geng lelaki pergi water rafting, which diaorang tak puas hati sebab tak complete trail kena patah balik bila ada mat saleh tu terjatuh dan taknak teruskan misi.
Gajah ni dah berumur 10 tahun rasanya. Tinggi ok. Dia bawa masuk hutan, dan mandi kolam. |
Ni transport popular di sana, selain tuk tuk. Yang kami naik siap ada karoke set tapi tak best bila malam dia pasang lampu terang benderang semua orang nampak |
Dan semestinya haruslah cuba menu tomyam halal di sana. Overall pengalaman pergi Krabi memang best untuk yang sukakan aktiviti santai dan laut. Shopping boleh tahan tapi agak mahal di kawasan Aonang. Itu saja pasal Krabi. Next please!
Entri lain:
Seoul, Korea
Frankfurt, German
Taipei, Taiwan
Beijing, China
Kobe, Jepun
Entri lain:
Seoul, Korea
Frankfurt, German
Taipei, Taiwan
Beijing, China
Kobe, Jepun
Comments
Post a Comment