Follow me on:

Instagram

2015-07-25

Jom buat Chawanmushi (茶碗蒸し)

Ni post pertama berkaitan resepi. Harapan selepas ni sempat post resepi lain. 
Kalau post sebelum ni tentang Jepun je banyak, kali ni nak bagi resepi makanan Jepun pula. Kalau anda peminat Chawanmushi, bolehlah cuba buat sendiri. Dulu saya ingakan benda ni dibuat dari tofu telur. Rupanya senang je nak buat.

Resepi ni diberikan oleh Liza Shaari Sensei. Domo Arigatou Gozaimashita!

Resepi Chawanmushi

3 biji telur gred B
300ml air 
1 sudu makan shoyu (kicap cair)
Bahan2 tambahan: crab fillet, shiitake mushroom, isi ayam/ ikan, apa saja yang anda suka.

Cara- caranya:

1. Pecahkan telur dan campurkan dengan air. Tak usah beriya sangat nanti banyak pula buih. Asal rata dah cukup.
2. Masukkan kicap cair.
3.Tuangkan ke dalam bekas kecil (saya guna Ramekin) untuk kukus.
4. Tutup bekas kecil tu dengan aluminium foil supaya tak ada lubang sebab wap panas.
5. Kukus selama 12-15 minit.
6. Biar sejuk sekejap!

(Kalau nak sedap lagi, ganti air tu dengan air stok ikan atau stok ayam. Chawanmushi asli guna stok ikan)

Untuk bahan- bahan tambahan tu, saya pernah cuba letak sosej, tak sedap! Haha. Mungkin tak kena kombinasinya.

Mudah je kan! Kalau nak lagi masin, tuang sikit kicap cair bila dh masak. Selamat mencuba!

Resepi lain:
Jom buat Chocolate Souffle
Cakey Brownies Pot

No comments:

Post a Comment