Posts

Showing posts from August, 2015

Jom buat Chocolate Souffle!

Image
N ak makan sesuatu berasaskan coklat yang sedap dan ringan ( very light )? Cuba buat Chocolate Souffle ni. Souffle (sebutannya Su~fle) merupakan makanan pencuci mulut berasal dari Perancis (google yang beritahu). Resepi souffle ni perlukan beberapa langkah, yang tak begitu rumit. Chocolate base (adunan utama) boleh dibuat lebih awal dan disimpan dalam peti sejuk beku. Resepi ini saya dapat dari Chefsteps. Memang best Chefsteps ni. Macam-macam ada. Terima kasih Chefsteps! Chocolate Souffle, macam mana rupanya? Mari tengok gambar. chocolate souffle sedia untuk di makan! Yummeh! Nampak menarik tak? Jom baca apa bahan yang diperlukan. Untuk resepi ni boleh hasilkan 5 ramekin souffle (saiz 5oz). Kalau 2.5oz rasanya boleh muat dalam 8-9 ramekin. Nak cuba saiz besar, silakan. Nanti pos gambar kejadiannya ye. Untuk resepi di dalam Bahasa Inggeris, sila klik di sini--->> Chefsteps.com . Chefsteps siap buat video lagi. Awesome kan? Resepi ni perlukan oven untuk membak...

Guten Morgen Frankfurt! (June 2013)

Image
Akhirnya menyambung entri German yang lama terbengkalai. Hehe. Hari pertama sampai German, check in dan tanpa buang masa lagi, jom meronda. So let's check it out mana arah tuju. Untuk trip kali ni, memang tak ada plan yang spesifik ke mana nak pergi. Kami tengok map dan redah saja. Walaupun letih, kami tak buang masa, check in je, campak beg, tinjau map lepas tu keluar. Sambil tinjau di mana tempat konferens, sambil menuju ke stesen keretapi utama untuk pergi destinasi pertama, Rudesheim am Rhein. Dalam perjalanan sekitar hotel, sempat snap gambar-gambar ni. Nampak macam dalam movie seram pula rumah ni Jalan raya yang tak sibuk dan tak sesak pun! Bank Melawat orang yang menginap di sini Papan tanda landmark menunjukkan kami tak sesat..huhu Sekitar apartment di tepi jalan Biru yang cantik Di sini tempat konferens akan dijalankan bermula lusa Rudesheim am Rhein merupakan satu kawasan pekan yang digelar the vineyard or winemaki...

jalan-jalan di Laman Seni 7, Shah Alam

Image
Mood raya lagi kan! Kami tak ada jemputan rumah terbuka, jadi kami jalan-jalan cari makan. Dari Chemistry Lab Cafe (refer post semalam) kami terus berkunjung ke Laman Seni 7. Tempat ni sebenarnya "lorong belakang" atau hutong (nama terkenal di Beijing)  yang telah digarap menjadi lorong seni yang kreatif. Street art kata omputih. Jadi tak ada lah lorong ni jadi lorong sampah tempat tikus berkeliaran. Ugh! Apa yang menarik bila lukisan ini hasil kerjatangan yang unik dan impresif. Haruslah bergambar sakan di sini! Di mana ni, nak pergi lah. singgah di Seksyen 7 Shah Alam, cari kedai Jakel besar di situ, lorong tu berada di kawasan tu je. Ada papan tanda, jangan risau. Untuk kaki shopping, boleh tinjau Calaqisya, Bella Amara, Pearl Haya dan banyak lagi butik pakaian lain yang memang best habaq hang.. layan je tengok dalam butik, itupun kalau tak takut poket rabak. Sambil che puan pergi shopping, encik suami boleh jalan- jalan lorong belakang LS7. Jom tengok gambar melalui...

Weekend Chill out at Chemistry Lab Cafe, Shah Alam.

Image
Some time ago i read in says.com about the few cafes that are listed under "should visit list". Macam best je. Satu ni menarik. Sebab design yang unik. Ada stail tersendiri.  Kafe yang diberi nama Chemistry Lab ini terletak di Seksyen 7, Shah Alam. Landmark? Tak jauh dari Masjid Sek7 Shah alam. Depan sikit tu je dah nampak deretan kedai. Apa yang menarik tentang tempat ni ialah stail yang unik. Keunikan dari uniform staf yang memakai labcoat. Dan bekas minuman dari botol- botol yang biasanya kita jumpa di kelas kimia dulu. Conical flask, measuring flask, you name it. Carta menu ditulis dalam bentuk Periodic Table of Element. Amende? Siapa belajar Sains bole imbau memori lama. Hehe. Jom layan gambar! Interior kedai yang santai dan menarik Bole cuba buat eksperimen di sini. Kalau tumpah lap sendiri. Haha Ok, makanan pula macam mana. Apa yang ada? Nak kek, carbonara, pasta, kopi, mocha, minuman cokelat? Di sini ada okeh. Dan kenyang makan. Harga? Standard ...