Mood raya lagi kan! Kami tak ada jemputan rumah terbuka, jadi kami jalan-jalan cari makan. Dari Chemistry Lab Cafe (refer post semalam) kami terus berkunjung ke Laman Seni 7. Tempat ni sebenarnya "lorong belakang" atau hutong (nama terkenal di Beijing) yang telah digarap menjadi lorong seni yang kreatif. Street art kata omputih. Jadi tak ada lah lorong ni jadi lorong sampah tempat tikus berkeliaran. Ugh!
Apa yang menarik bila lukisan ini hasil kerjatangan yang unik dan impresif. Haruslah bergambar sakan di sini! Di mana ni, nak pergi lah. singgah di Seksyen 7 Shah Alam, cari kedai Jakel besar di situ, lorong tu berada di kawasan tu je. Ada papan tanda, jangan risau. Untuk kaki shopping, boleh tinjau Calaqisya, Bella Amara, Pearl Haya dan banyak lagi butik pakaian lain yang memang best habaq hang.. layan je tengok dalam butik, itupun kalau tak takut poket rabak. Sambil che puan pergi shopping, encik suami boleh jalan- jalan lorong belakang LS7. Jom tengok gambar melalui lensa Oraen!
|
Laman Seni 7 |
|
Ni lah lorong belakang. Redup ja. Nampak penyapu terbang? Mungkin malam- malam harry potter mai sini. Cuba singgah malam tengok. Hehe |
|
retak seribu hatinya. Eh! Tapi lawa. Apa mesejnya di sini?? Bahan buangan pun boleh kitar semula jadi seni yang menarik. Awesome kan?! |
|
Yang ni design stail ala- ala macam kek KatherineSabbath dah saya tengok. Kon jalan tu saya nampak kon aiskrim atas kek vanilla. Eh, dah kenapa! Memang cantik! |
|
Desain masjid mana ni, cer teka cer teka. Masjid Shah Alam lah.. aras atas. |
|
mungkin cuba menyampaikan mesej jangan membazir air itu nyawa? Ataupun beban yang tak tertanggung oleh sang baldi.. hehe. Maknanya jangan tamak! |
|
Studio ni mungkin nak tunjuk peralatan yang ada di makmal dia. Kreatif! |
|
Yang ni lagenda. Sapa tak pernah tengok cerita bujang lapuk puk puk puk ni, pi cari dan tengok. |
|
saya suka desain bingkai pintu ni. Simple yet artistic value. |
|
Ingat dinding je lukis? Atas jalan yang awak pijak tu pun ada tau. |
|
Tengah cuba memahami seni ni. Adakah jelmaan ratusan arnab dari botol ajaib? Lack di laman seni ni, tak ada kotak penerangan mengenai seni yang tertera. Jadi tafsir sendiri jer la. endless possibilities. Ratusan playboy? Haha |
|
Bangku ni boleh duduk santai sambil makan popcorn. Tapi awas sampah jangan buang merata, nanti badak sumbu tu mai telan hang baru tau. |
Mesej akhir kalam, siapa kata lorong belakang selalunya terbiar kotor sahaja? Kalau kita nak, berusahalah untuk jadikan Malaysia bumi yang bersih dan indah. Tak perlu beri berjuta alasan. Tahniah untuk mereka yang menjayakan Laman Seni 7. Ingat, bumi kita bukan tempat longgokan sampah sesuka hati, bila mana sampah yang terbesar ialah pembuang sampah sewenangnya, memang layak dibaling ke tong sampah! Tak kuno kalau jalan bawa plastik untuk letak sampah, nanti jumpa tong sampah buanglah. Jadikan bumi kita bersih dan indah. Nanti kita melawat Laman Seni 2 di Seksyen 2 pula ya. Sekian!
X sabar tggu entry terbaru ttg Laman Seni 2 pulak ;-)
ReplyDeleteAkan update entri bila dah sampai LS2. Terima kasih kerana membaca!
Delete