Guten Morgen Frankfurt! (June 2013)
Akhirnya menyambung entri German yang lama terbengkalai. Hehe. Hari pertama sampai German, check in dan tanpa buang masa lagi, jom meronda. So let's check it out mana arah tuju. Untuk trip kali ni, memang tak ada plan yang spesifik ke mana nak pergi. Kami tengok map dan redah saja.
Walaupun letih, kami tak buang masa, check in je, campak beg, tinjau map lepas tu keluar. Sambil tinjau di mana tempat konferens, sambil menuju ke stesen keretapi utama untuk pergi destinasi pertama, Rudesheim am Rhein.
Dalam perjalanan sekitar hotel, sempat snap gambar-gambar ni.
Nampak macam dalam movie seram pula rumah ni |
Jalan raya yang tak sibuk dan tak sesak pun! |
Bank |
Melawat orang yang menginap di sini |
Papan tanda landmark menunjukkan kami tak sesat..huhu |
Sekitar apartment di tepi jalan |
Biru yang cantik |
Di sini tempat konferens akan dijalankan bermula lusa |
Rudesheim am Rhein merupakan satu kawasan pekan yang digelar the vineyard or winemaking town (pekan pembuat arak anggur) menjadikan ia Unesco Heritage. Arakiannya ladang anggur di sana memang teramatlah besar. Kami pergi untuk tengok ladang anggur yang cantik itu. Di sini juga terdapat istana lama, tapi kami tak sempat jejak.
Menariknya trip ni kami tak rancang dan main redah je so tengoklah apa jadi. Haha, sila baca sampai habis entri. Jalan punya jalan macam jauh pula rasanya dari hotel, lalu tram bagai barulah jumpa Main Central Station. Wehuu! Harapan makin meninggi untuk sampai sana. Baru pukul 9 pagi.
Bangunan besar ni menandakan dah dekat nak sampai Main Station |
Main station ni memang lagi besar dari KL Central.
Memang super sibuk sebab hari kerja. Terkial-kial kami di depan kiosk nak beli tiket tren tu sebab bingung nak beli tiket. Ada bahasa Inggeris pun kebingungan. Haha. Apakah! Pergi tanya mat saleh di kaunter, tanya cakap bahasa Inggeris dia tak mau layan. Mereka tak gemar kalau kita bertutur dalam bahasa Inggeris.
Yang kami konfius ni sebab ia ada pilihan nak beli tiket individu atau kumpulan. Beli tiket kumpulan lebih murah so kami beli yang berkumpulan..
Tren ni ambil masa satu jam lebih untuk sampai ke stesen Rudesheim am Rhein. Tapi sebab kami tak tahu mana nak turun, kami turun satu stesen lebih awal, lepas tu naik bas masuk keluar kampung, berhenti banyak bus stand, tambah lagi 45minit perjalanan. Dalam bas rata-rata orang tua-tua dan budak sekolah baru balik sekolah. Sambil berdiri dalam bas tengok pemandangan. Menyesal naik bas. Haha. Dalam hati bila nak sampai ni. Tak apa, pengalaman itu mematangkan!
Akhirnya dah sampai! Eh, kenapa macam tak ramai orang jer. Adakah salah tempat. Jalan dan jalan lagi baru jumpa pekan dan Tourist Information Centre! Wehuuu serbu. Di sini boleh beli tiket cablecar untuk naik dan bot untuk perjalanan turun nanti. Map pun ada disediakan. So jom!
yang ni tiket cablecar |
So apa lagi, jom naik cable car menuju ke atas. Dalam perjalanan tu banyak kedai jual cenderamata, restoran, cafe, kedai jual barangan kulit, pokoknya mau shopping bisa ni! Dah jumpa cablecar, jom naik tinjau ladang anggur di bawah tu. Cantik!
Dari cable car mendaki bukit yang tinggi ni. Pemandangan memang cantik. Nampak seluruh pekan serta sungai dan ladang anggur. Tenang. |
Bila dah naik atas ada tugu ni lepas tu ronda-ronda dalam hutan sebelum turun dengan chairlift dari Seilbahn Abmannhausen.
Jalan-jalan dalam hutan lama lah juga. Ingat dah sesat..huhu.. mana jalan keluar ni. Sampailah jumpa ladang ternakan rusa ni (yeke rusa?).
Nampak dah signboard ni. Maknanya betul la ni. |
Delivery service dari bawah. Tu la dia rupa chairlift nya. |
Ni dia chairlift tu. Gayat tak? |
Curam jugak ni haa.. tapi pemandangan bawah memang cantik. |
Sampai je bawah memang sekitar pekan yang sunyi akan tetapi rekaan bangunan cantik. Apa lagi, snap sana sini sambil jalan dalam cuaca yang sejuk nyaman, sampai lupa waktu untuk naik bot makin dekat. Alamak! Sempat ke?
Jalan punya jalan baru nampak sungai tadi itu. Seberang sana ada istana lama. Kami tak pergi jenguk pun.
Punya la lama jalan, tunggu di terminal bot, eh takda orang pun. Kunci pulak tu. Tengok jam, alamak macam terlepas je! Apakah! Sudahlah jauh dari sini nak pergi stesen. Tempat pula sunyi tak ada teksi yang lalu. Alamak lagi! Masa ni perut dah lapar dan penat terasa di kalbu. Jalan lagi entah dalam 20 minit kot sampai jumpa stesen. Macam usang saja stesen, under construction pula itu. Nak tanya orang tak ada orang pun. Waduh, gawat ini. Patah balik pergi tanya orang di restoran. Dua tiga kali patah balik, akhir sekali mengambil keputusan tunggu di stesen tu je. Ada dua orang minah salleh pun tengah menunggu. Sambil tunggu sambil makan snek yang dibawa. 30 minit penantian satu penyiksaan tren pun tiba. Alhamdulillah lega!
Kembali ke Main Station dengan jayanya dan lega hati serta perut yang lapar. Rasanya dengan pengalaman hari ini, nak pergi lagi tak tempat ini? Huhu.. balik rehat dan tidur dulu. Masa kami di sini, Magrib nya jam 8 malam. Isya' jam 11 malam dan Subuh jam 4 pagi. jam 11 malam badan dah letih tapi mata tak boleh tidur lagi sebab waktu Malaysia masih awal. Apakah! Huhu. Jetlag. Esok mana nak pergi?
Entri lain:
Entri lain:
Seoul, Korea
Krabi, Thailand
Taipei, Taiwan
Beijing, China
Kobe, Jepun
Frankfurt: shopping dan makan
Krabi, Thailand
Taipei, Taiwan
Beijing, China
Kobe, Jepun
Frankfurt: shopping dan makan
Comments
Post a Comment