Follow me on:

Instagram

2016-01-09

900 meter dari Redlight District, Shinjuku

Kami menginap di Hotel Empire in Shinjuku. Akses sangat mudah ke stesen tren JR Shin Okubo (jalan kaki 3 minit je, dalam 250 meter), makanan halal, kedai runcit, shopping street, dobi dan pondok polis.



Bilik yang kami ambil untuk 3 katil single, besar dan murah.

Kalau nak ke Hakone, boleh menginap di sini. Naik tren direct.

BACA: Hakone dan Gunung Fuji

Aha, menarik kan?

Tapi kawasan ni 900 meter dari red light district Kabukicho. Depan simpang jalan nak masuk hotel ada pondok polis. Jalan kaki kawasan ni tak menakutkan pun. Tenang dan rileks je.

Satu malam tu kami jalan kaki pergi dobi belakang hotel (8 minit jalan kaki). Masih awal, pukul 7 lebih. Di satu dua lorong belakang rumah-rumah ada seorang perempuan berdiri. Di tengah dingin malam. Kami jalan buat tak tahu. Dia pun buat tak hairan.

Lorong belakang berlampu, ada kedai dan kawasan parking, rumah-rumah dan apartment rendah. Cuma agak sunyi.

Kejap lepas tu ada polis meronda naik basikal bawa lampu suluh. Comel je tengok. Perempuan tadi cepat-cepat jalan masuk lorong.

Kami pun sampai dobi. Guna mesin basuh pakai syiling. Ada sepasang suami isteri makcik dan pakcik tengah mengemas di kedai.

Saya pun dengan nada konfidennya tegur makcik tu, "Konbanwa. Ogenki desuka?"

Makcik tu seronok jawab panjang lebar dalam Nihonggo (bahasa Jepun). Cakap sepatah dua campur bahasa isyarat, tanya macam mana nak guna mesin. Punyalah ramah makcik tu dok bercerita panjang lebar, tunjuk macam mana nak guna, sambil tanya macam-macam. Banyak kali saya sengih, terkulat-kulat dok ulang "Sumimasen, Wakarimasen".
Haha.

BACA: ke Tokyo ke kita?

Saya cakap sepatah dua tu pun sebab gigih dok hafal dari apps je. Apps tak ajar pula macam mana nak tanya untuk guna mesin basuh (Lol!)

Tanya pukul berapa nak tutup.
Pukul 10 katanya.
Ok pas. Sempat basuh dan spin kering baju. Kami stay je di sana sambil usha kawasan rumah-rumah sekeliling. Agak sepi. Adalah dua tiga orang lalu sekali sekala.

Jam 930malam datang lagi dua orang rakan kami nak basuh baju. Makcik tu dah tak bagi sebab nak tutup dah. Haa, siapa suruh hampa mai lambat!

On the way tadi kata mereka, ada nampak seorang perempuan dok bawa seorang pakcik mabuk naik apartment. "Pakcik tua kot!" Kata depa.

"Dia tak usha korang ke?" Kami dok usik.
Bukan taste kot. Haha

Antara dua orang perempuan yang berdiri di tepi lorong tadi agaknya. Ok, faham tak siapa perempuan tadi dan menunggu apa? Dekat redlight district kan.

Dah siap basuh baju, kami balik jalan kaki beramai-ramai. Ada rakan-rakan jejaka tu jadi bodyguards kami, ok lah. Tiba satu lorong berselisih dengan seorang lelaki mabuk. Pulak! Harap tak kacau kami sudah. Kami cepat-cepat jalan terus ke hotel.

Apapun, kawasan ni best. Saya still recommend menginap di sini kalau nak pergi Hakone. Boleh dikatakan: "A peaceful Red light district." Kalau dari hotel pergi stesen JR Shin Okubo tu arah bertentangan dari pergi Kabukicho, jadi ok sebenarnya.

Don't:  Berjalan seorang diri di lorong belakang waktu malam!

Do: baca review untuk elak menginap di hotel yang merupakan love hotel! Kebanyakan love hotel murah. Tapi design dan environment yang pelik. Lol.

Tips:
pastikan di mana redlight district setiap destinasi. Baca review sangat membantu!

Oyasuminasai!
(Selamat malam)

*mood Tokyo dah sampai
-Yusraa Ksm
2016.01.09

No comments:

Post a Comment