Posts

Frankfurt, Germany (trip June 2013)

Image
G uten Morgen! Selamat pagi! Ekspedisi pergi Jerman untuk rekod, ni trip naik kapal terbang paling lama saya pernah lalui. KLIA-Qatar 7.5 jam, kemudian Qatar-Frankfurt 6.5 jam. Terperap dalam kapal terbang bukan main meletihkan. Layan movies back to back. Since naik Qatar Air, pukul 9.45 malam dari KLIA transit di Hamad International Airport, Doha, Qatar pada jam 11.50 tengah malam. Transit dalam 2 jam lebih. Sampai Doha dalam 12 pagi turun kapal terbang naik bas, ingatkan dekat je, saya dengan mamainya berdiri. 15 minit kemudian baru sampai terminal. Paling best naik Qatar Air ni semua makanan boleh layan. Halal. Makan pula banyak kali. Sebab kapal malam, selang 2 jam dia bagi makan pastry, roti. P Lepas tu bagi set beg kecik, dalam tu ada earplug, eye patch, stokin. Pramugari majoriti korea, cina, bukan Arab. Doha ke Frankfurt lagi 7 jam dalam flight. Ah bosan, bosan. Letih. Dah siap berazam, lepas ni taknak pergi naik flight jauh2- jauh macam ni (haha, boleh caya k...

Krabi 2010

Image
Ok, backdated sangat entri ni. Setelah menggali apa yang ada dalam external hardisk terjumpa gambar lama di Krabi. So why not masukkan je entri Krabi. Krabi, sinonim dengan tempat pelancongan terutamanya aktiviti pulau, islang hopping, snorkeling, pantai, laut, dan makan! Pemandangan pulau Krabi dari langit biru So ekspedisi ke Krabi pun bermula dengan kami 3 orang perempuan dan 3 orang lelaki. Seminar kali ni santai sungguh, patut lah dibuat di tepi laut. Mereka siap sediakan pakej untuk island hopping atau street shopping. Dah tentu saya pilih island hopping. Suasana di Krabi, jalanraya macam di perkampungan Malaysia je, cuma waktu tu baru lepas reda banjir kot, jalan raya berlopak dan berdebu. Kedai- kedai lama kelihatan sepanjang jalan. Kami menginap di Sofitel Krabi Pokeethra Golf & Spa Resort. Ia sebuah hotel gaya Perancis. Ada satu al kisah yang tak boleh dilupakan di sini. Memang tergelak kalau teringat. Laa.. nak tau juga? Klik sini untuk kisah ben...

Jom buat Chawanmushi (茶碗蒸し)

Image
Ni post pertama berkaitan resepi. Harapan selepas ni sempat post resepi lain.  Kalau post sebelum ni tentang Jepun je banyak, kali ni nak bagi resepi makanan Jepun pula. Kalau anda peminat Chawanmushi, bolehlah cuba buat sendiri. Dulu saya ingakan benda ni dibuat dari tofu telur. Rupanya senang je nak buat. Resepi ni diberikan oleh Liza Shaari Sensei. Domo Arigatou Gozaimashita! Resepi Chawanmushi 3 biji telur gred B 300ml air  1 sudu makan shoyu (kicap cair) Bahan2 tambahan: crab fillet, shiitake mushroom, isi ayam/ ikan, apa saja yang anda suka. Cara- caranya: 1. Pecahkan telur dan campurkan dengan air. Tak usah beriya sangat nanti banyak pula buih. Asal rata dah cukup. 2. Masukkan kicap cair. 3.Tuangkan ke dalam bekas kecil (saya guna Ramekin) untuk kukus. 4. Tutup bekas kecil tu dengan aluminium foil supaya tak ada lubang sebab wap panas. 5. Kukus selama 12-15 minit. 6. Biar sejuk sekejap! (Kalau nak sedap lagi, ganti air tu d...

Tips makan di Jepun

Image
Kali ini saya nak kongsi tips cari makan di Jepun. Kalau anda jenis boleh telan apa saja makanan, tak ada masalah sangat. Cuma kena tau yang mana boleh makan, yang mana wajib dijauhi (mengandungi bahan tak halal). Untuk lebih detail sila klik >> dari melancongkejepun Kalau tak boleh hadam makanan pelik, silakan bawa portable cooker (pastikan voltage sesuai kegunaan di Jepun 100v, kalau tak setengah hari tunggu air mendidih) dan makanan kebiasaannya (beras, roti, mihun, biskut, 3in1, sambal ikan bilis dll). Oh ya, sekarang dah mudah, ada nasi beriani siap, tinggal panaskan saja. Kalau rajin, bawa pes tomyam, nanti di Jepun beli bahan-bahan mentah seafood, sayur, dah boleh buat mihun tomyam. Yummeh! Buat yang berjiwa kental, ini tips cari makan paling senang (on the go). Di Jepun ada banyak kedai Family Mart atau Lawson. Di sana anda boleh cari makanan segera Onigiri (saya panggil nasi kepal). Kalau nak rasa Onigiri tu macam mana, boleh pergi beli di Aeon. Di kawasan sushi...

Bila jumpa salji. memori di Beijing! (2012)

Image
Pada hari itu kami berpakat pergi menziarahi Masjid Niuje. Nak cari masjid ni punyalah susah, sebab kami tak pandai cari jalannya, itu yang agak membingungkan. Nak naik bas, sepatah perkataan pun tak faham, takut pula tersalah bas. Nak naik teksi, kami berlima, sebuah teksi tak dibenarkan. Nak ambil dua, maunya sesat satu teksi, jenuh pula nak cari nanti. Akhirnya kami tahan 2 biji motor 'tuk-tuk' macam di Thailand tu, naik 2 dan 3 orang. Bayar lebih murah, tapi masing- masing gelak sebab pemandu tu merempit lalu di sebelah bas. Alhamdulillah bertemu juga kami dengan masjid tersebut. Masjid ni masih mengekalkan ciri-ciri cina. Ada 7 ekor naga di atas bumbung. Senibina dalamannya sangat cantik dan unik. Saya suka. (Gambar sumber google, sebab gambar saya dah rosak.) Waktu tu tengahari, perut dah lapar. Di seberang jalan terdapat kedai makan halal. Sangat sedap sup kambing di kala sejuk ni. Teringat dan teringin nak pergi makan lagi! Pada waktu kami berjalan untu...

Awas! Kota Terlarang? Beijing ~forbidden city (2012)

Image
Dah kenapa bagi nama Forbidden City? Pada tahun 1987, ia dikategorikan sebagai World Cultural Heritage by Unesco.  Jatuh sebagai salah satu daripada 5 istana terpenting di dunia. Kota terlarang ni namanya dapat daripada zaman Maharaja dulu yang tak benarkan langsung orang kebanyakan (rakyat marhein) untuk masuk menjejakkan kaki ke kawasan tu. Tapi hari ni anda semua boleh masuk kalau beli tiket masuk. Dalam ni ada pameran barang- barang istana lama, sama ada anda nak guna audio tour ataupun boleh sewa tour guide di luar pintu masuk. Kami kebetulan dihampiri seorang perempuan warga cina yang fasih berbahasa Inggeris. Dia memang kerja membawa pelancong masuk dan jadi tour guide. Bayarannya tak mahal sangat dan since kami ramai, so sharing is ok. Daripada dengar audio tour: boring! Dalam ni selain sejarah lama, ada kedai- kedai menjual cenderahati. Yang paling saya suka, galeri lukisan (yang cantik dan saya terbeli satu..oops!). Lukisannya memang cantik, tapi kena panda...

Ni Hao Beijing, menjejaki Tembok Besar Cina (April 2012)

Image
BEIJING! Apa yang terlintas di fikiran? Tembok Besar China? Tembok yang sangat popular dan menjadi mercu tanda Beijing. Kalau anda peminat sejarah lama, pergilah ke Beijing untuk menjejak tempat- tempat bersejarah di sana. Ini cerita Mac 2011, waktu tu kita pergi naik MH370 (sentiasa dalam ingatan). Beijing, salah satu kota besar negara Tanah Besar Cina yang sibuk. Kami di sana hanya 6 hari 5 malam. Kami menginap di Beijing Convention Hotel atau CNCC Grand Hotel. Oleh kerana kawasan ini agak terpinggir dari pusat bandar Beijing, jalan raya sekitar tak berapa sibuk. Ia merupakan kawasan olympic park, stadium, aquatic centre, rumah- rumah penginapan atlet; ia lebih kepada business centre. Nak pergi stesen tren tak jauh, jalan kaki tak sampai 10 minit. Di manakah tempat menarik yang ada di Beijing? Tentulah dalam itinerary ada Tembok Besar Cina, Forbidden City, Tianmen Square, Summer Palace dan tak ketinggalan, harus pergi Masjid Niuje. Hotel kami berdekatan Stadium Besar Olympi...