Bila jumpa salji. memori di Beijing! (2012)

Pada hari itu kami berpakat pergi menziarahi Masjid Niuje. Nak cari masjid ni punyalah susah, sebab kami tak pandai cari jalannya, itu yang agak membingungkan. Nak naik bas, sepatah perkataan pun tak faham, takut pula tersalah bas. Nak naik teksi, kami berlima, sebuah teksi tak dibenarkan. Nak ambil dua, maunya sesat satu teksi, jenuh pula nak cari nanti. Akhirnya kami tahan 2 biji motor 'tuk-tuk' macam di Thailand tu, naik 2 dan 3 orang. Bayar lebih murah, tapi masing- masing gelak sebab pemandu tu merempit lalu di sebelah bas. Alhamdulillah bertemu juga kami dengan masjid tersebut.


Masjid ni masih mengekalkan ciri-ciri cina. Ada 7 ekor naga di atas bumbung. Senibina dalamannya sangat cantik dan unik. Saya suka. (Gambar sumber google, sebab gambar saya dah rosak.)



Waktu tu tengahari, perut dah lapar. Di seberang jalan terdapat kedai makan halal. Sangat sedap sup kambing di kala sejuk ni. Teringat dan teringin nak pergi makan lagi!


Pada waktu kami berjalan untuk balik, terasa angin sangat sejuk dan hujan renyai mulai turun. Sejuk lain macam dari tadi. Terus semua bergegas lari kerana takut hujan akan semakin lebat.

Malam tu sambil berborak dengan kawan bilik dalam hotel kami tengok TV. Tiba- tiba tv macam tak ada siaran. Saya pun beritahu kawan, cuba tengok luar, hujan ke. (Macam astro kalau hujan kan ada gangguan siaran). Dia selak tirai, lepas tu terjerit
"Yus, salji!" Serious?! Terlompat dari katil terus pergi tengok tingkap. Wow senangnya dalam hati. Terus dapat sms dari bigboss, "it is snowing outside, go and see."

Jakun punya pasal kan. Ni pertama kali rezeki dapat alami salji turun. Alhamdulillah rezeki siapa sangka yang sejuk dan hujan petang tadi bakal membawa salji. Hatta jam 12 tengah malam waktu tu, kami berdua tekad turun main salji. Kami ketuk pintu member sebelah, dah tidur rupanya. Ajak turun tengok salji, dia buka mata sebelah je lepas tu respon, "oh yeke. Salji eh. Takpela, ngantuklah." Haha. Terkesima sebentar. Ok, fine. Kami je jakun. So apalagi, kami pun turun untuk main salji di tengah malam sampai jam 1pagi.

Keesokan hari salji dah berhenti, tinggal saki baki di jalanan saja. Member semalam kata, "ala, salji dah takde." semalam ajak awak tak ingin. haha. So ni nak post gambar sebelum dan selepas salji.


Gambar basikal ni di dalam masjid niujie. Petang sebelum salji turun.

Ini pagi selepas salji dekat kawasan stesen tren. Di bawah ni dari bilik hotel sebelum salji.


dan selepas salji.

So kami pun dengan jayanya bergambar dengan kesan- kesan salji. Wehuuu!

Entri berkaitan:
Forbidden City
Great wall dan Summer Palace

Comments

Popular posts from this blog

An interview with my Italian friend on Italy lockdown「イタリアのロックダウン: イタリア人の友達とインタビュー]

Tips makan di Jepun

Misi Jelajah Jepun di kota lama ~ KOBE (nov 2012 day 1)