Tips makan di Jepun
Kali ini saya nak kongsi tips cari makan di Jepun. Kalau anda jenis boleh telan apa saja makanan, tak ada masalah sangat. Cuma kena tau yang mana boleh makan, yang mana wajib dijauhi (mengandungi bahan tak halal). Untuk lebih detail sila klik >> dari melancongkejepun
Ini sedikit terjemahan tulisan untuk bahan-bahan.
Kalau tak boleh hadam makanan pelik, silakan bawa portable cooker (pastikan voltage sesuai kegunaan di Jepun 100v, kalau tak setengah hari tunggu air mendidih) dan makanan kebiasaannya (beras, roti, mihun, biskut, 3in1, sambal ikan bilis dll). Oh ya, sekarang dah mudah, ada nasi beriani siap, tinggal panaskan saja. Kalau rajin, bawa pes tomyam, nanti di Jepun beli bahan-bahan mentah seafood, sayur, dah boleh buat mihun tomyam. Yummeh!
Buat yang berjiwa kental, ini tips cari makan paling senang (on the go). Di Jepun ada banyak kedai Family Mart atau Lawson. Di sana anda boleh cari makanan segera Onigiri (saya panggil nasi kepal). Kalau nak rasa Onigiri tu macam mana, boleh pergi beli di Aeon. Di kawasan sushi biasanya ada, cuma rasanya sedikit berbeza dari yang di Jepun. Saya rasa Onigiri di Jepun lebih segar.
Edited: Disember 2015.
Post saya sebelum ni mengenai Roti Pasco, sebelum ni ada yang kata boleh makan. Update terbaru! Roti Pasco diragui sebab processing belt dia mungkin mengandungi bahan dari lemak binatang.
Yang di bawah ini dari Halal Japan FB:
Roti paun TopValu best price code J955 & J956. Perhatikan kod betul-betul sebab ada banyak kod.
Terkini 9 jan 2016 dari Halal Japan:
Roti di bawah insyaAllah Halal.
Edited: Disember 2015.
Post saya sebelum ni mengenai Roti Pasco, sebelum ni ada yang kata boleh makan. Update terbaru! Roti Pasco diragui sebab processing belt dia mungkin mengandungi bahan dari lemak binatang.
Yang di bawah ini dari Halal Japan FB:
Roti paun TopValu best price code J955 & J956. Perhatikan kod betul-betul sebab ada banyak kod.
Terkini 9 jan 2016 dari Halal Japan:
Roti di bawah insyaAllah Halal.
Ini sedikit terjemahan tulisan untuk bahan-bahan.
Kalau onigiri pula, cari yang isi tuna dan mayonis. Yang ini tuna mayonis.
Onigiri macam ni, tuna. Tapi yang ni saya beli semasa di Taiwan. |
Dulu makanan halal susah nak cari. Tahun ini dah banyak inisiatif Jepun untuk hasilkan produk halal. Boleh ikuti page NIPPON ASIA HALAL ASSOCIATION (NAHA) untuk tengok produk.
Di airport Kansai pun dah ada makanan halal Udon. Naik ke tingkat atas, bertentang Starbucks ajer. Tempat lain boleh cuba Soba noodle (panas atau sejuk).
Kalau anda boleh makan sushi, sashimi, harus cuba yang segar berdekatan pasar basah (pasar ikan). Sarapan sushi segar memang terbaik. Boleh beritahu mereka "niku o tabemasen" (tak makan daging), "味醂 atau みりん Mirin o areruji" (allergic alcohol). Mirin selalunya diletakkan di dalam nasi sushi. Tapi tak semua ya, boleh tanya mereka. Hati-hati kalau makan Chawanmushi, kadang-kadang ada yang letak ayam. Boleh tanya ya.
Lagi satu, sekarang dah mudah dengan teknologi. Boleh download apps seperti Halal Navi dan Halal Gourmet Japan. Ramai yang post mengenai makanan halal sekitar Jepun. Berhati-hati dan bijaklah memilih.

Selamat mencuba makanan di Jepun!
(updated 09.jan.2016)
(updated 09.jan.2016)
Comments
Post a Comment