Posts

Showing posts from June, 2015

Tips makan di Jepun

Image
Kali ini saya nak kongsi tips cari makan di Jepun. Kalau anda jenis boleh telan apa saja makanan, tak ada masalah sangat. Cuma kena tau yang mana boleh makan, yang mana wajib dijauhi (mengandungi bahan tak halal). Untuk lebih detail sila klik >> dari melancongkejepun Kalau tak boleh hadam makanan pelik, silakan bawa portable cooker (pastikan voltage sesuai kegunaan di Jepun 100v, kalau tak setengah hari tunggu air mendidih) dan makanan kebiasaannya (beras, roti, mihun, biskut, 3in1, sambal ikan bilis dll). Oh ya, sekarang dah mudah, ada nasi beriani siap, tinggal panaskan saja. Kalau rajin, bawa pes tomyam, nanti di Jepun beli bahan-bahan mentah seafood, sayur, dah boleh buat mihun tomyam. Yummeh! Buat yang berjiwa kental, ini tips cari makan paling senang (on the go). Di Jepun ada banyak kedai Family Mart atau Lawson. Di sana anda boleh cari makanan segera Onigiri (saya panggil nasi kepal). Kalau nak rasa Onigiri tu macam mana, boleh pergi beli di Aeon. Di kawasan sushi...

Bila jumpa salji. memori di Beijing! (2012)

Image
Pada hari itu kami berpakat pergi menziarahi Masjid Niuje. Nak cari masjid ni punyalah susah, sebab kami tak pandai cari jalannya, itu yang agak membingungkan. Nak naik bas, sepatah perkataan pun tak faham, takut pula tersalah bas. Nak naik teksi, kami berlima, sebuah teksi tak dibenarkan. Nak ambil dua, maunya sesat satu teksi, jenuh pula nak cari nanti. Akhirnya kami tahan 2 biji motor 'tuk-tuk' macam di Thailand tu, naik 2 dan 3 orang. Bayar lebih murah, tapi masing- masing gelak sebab pemandu tu merempit lalu di sebelah bas. Alhamdulillah bertemu juga kami dengan masjid tersebut. Masjid ni masih mengekalkan ciri-ciri cina. Ada 7 ekor naga di atas bumbung. Senibina dalamannya sangat cantik dan unik. Saya suka. (Gambar sumber google, sebab gambar saya dah rosak.) Waktu tu tengahari, perut dah lapar. Di seberang jalan terdapat kedai makan halal. Sangat sedap sup kambing di kala sejuk ni. Teringat dan teringin nak pergi makan lagi! Pada waktu kami berjalan untu...

Awas! Kota Terlarang? Beijing ~forbidden city (2012)

Image
Dah kenapa bagi nama Forbidden City? Pada tahun 1987, ia dikategorikan sebagai World Cultural Heritage by Unesco.  Jatuh sebagai salah satu daripada 5 istana terpenting di dunia. Kota terlarang ni namanya dapat daripada zaman Maharaja dulu yang tak benarkan langsung orang kebanyakan (rakyat marhein) untuk masuk menjejakkan kaki ke kawasan tu. Tapi hari ni anda semua boleh masuk kalau beli tiket masuk. Dalam ni ada pameran barang- barang istana lama, sama ada anda nak guna audio tour ataupun boleh sewa tour guide di luar pintu masuk. Kami kebetulan dihampiri seorang perempuan warga cina yang fasih berbahasa Inggeris. Dia memang kerja membawa pelancong masuk dan jadi tour guide. Bayarannya tak mahal sangat dan since kami ramai, so sharing is ok. Daripada dengar audio tour: boring! Dalam ni selain sejarah lama, ada kedai- kedai menjual cenderahati. Yang paling saya suka, galeri lukisan (yang cantik dan saya terbeli satu..oops!). Lukisannya memang cantik, tapi kena panda...

Ni Hao Beijing, menjejaki Tembok Besar Cina (April 2012)

Image
BEIJING! Apa yang terlintas di fikiran? Tembok Besar China? Tembok yang sangat popular dan menjadi mercu tanda Beijing. Kalau anda peminat sejarah lama, pergilah ke Beijing untuk menjejak tempat- tempat bersejarah di sana. Ini cerita Mac 2011, waktu tu kita pergi naik MH370 (sentiasa dalam ingatan). Beijing, salah satu kota besar negara Tanah Besar Cina yang sibuk. Kami di sana hanya 6 hari 5 malam. Kami menginap di Beijing Convention Hotel atau CNCC Grand Hotel. Oleh kerana kawasan ini agak terpinggir dari pusat bandar Beijing, jalan raya sekitar tak berapa sibuk. Ia merupakan kawasan olympic park, stadium, aquatic centre, rumah- rumah penginapan atlet; ia lebih kepada business centre. Nak pergi stesen tren tak jauh, jalan kaki tak sampai 10 minit. Di manakah tempat menarik yang ada di Beijing? Tentulah dalam itinerary ada Tembok Besar Cina, Forbidden City, Tianmen Square, Summer Palace dan tak ketinggalan, harus pergi Masjid Niuje. Hotel kami berdekatan Stadium Besar Olympi...

Seketika bersama alam di Sagano, Arashiyama (2012 day 9)

Image
Hari yang cerah ni mari kita pergi ke  Sagano dan Arashiyama .  Di sini terkenal dengan pemandangan yang cantik, tak kira musim apapun, apatah lagi musim bunga dan autumn. Orang putih kata, breathtaking .  Arashiyama terletak di luar bandar di sebelah barat Kyoto. Landmark di sini ialah taman buluh ( bamboo groves ) yang besar, jambatan Togetsukyo. Dari Rakuza, kami jalan kaki pergi Gion-shijo station, ambil tren dan turun di Tofukuji station.  Dari Tofukuji pergi kyoto station. Macam mana nak pergi dari Kyoto station? Paling senang ialah naik JR tren Sagano/Sanin Line dan berhenti di Saga-Arashiyama. Ambil masa 15 minit pada harga 240 yen sehala. Dari situ, pergi central Arashiyama berjalan kaki dalam 10 minit. Kalau dari Kawaramachi atau Karasuma Station di Shijo street. Perlu ambil tren Hankyu Main Line, tukar ke Katsura Station untuk sampai ke Hankyu Arashiyama. Dalam 20 minit perjalan pada harga 220 yen. HANKYU Arashiyama station tu s...