Follow me on:

Instagram

2015-06-05

TOKYO ke kita? いきましょう。(2012 day 2)

Yo! Mari kita ke Tokyo. Hari ni dah boleh mula guna JR Pass 7 hari.. Marilah kita naik Shinkansen Hikari 700 ke Tokyo. Ada beberapa cara kalau nak pergi Tokyo dari Osaka. Cara paling senang kalau dah beli JR pass. 

Kalau tak beli pas, boleh beli tiket Shinkansen itu saja yang berharga 14000yen satu hala, ambil masa 3jam. Atau tren biasa 8jam harga 7000yen. Atau highway bus ambil masa 7 hingga 9jam pada harga 4000-8000yen.

Kalau anda beli tiket Shinkansen ni boleh tahan mahal, kami ambil pakej JR, boleh naik banyak kali. 

(Take note: nozomi tren lebih laju, tapi ini company swasta tak tergolong di dalam JR pass). 

Kalau anda tak banyak guna shinkansen, tak perlu ambil pass ni. Guna tren biasa dah boleh dan tak mahal. Kalau adventurous dan gagah, boleh naik bas malam, dah jimat transport dan tempat tidur satu malam.




Ini tren Hikari; dari Shin-Osaka pergi Tokyo. 

Nanti kalau berkesempatan boleh tengok macam mana mereka mengurus keadaan dalam tren tu; macam mana kerusi-kerusi dipusingkan untuk mengikut arah dan boleh lihat bagaimana pekerja-pekerjanya dengan pantas mengutip sampah dari satu gerabak ke gerabak yang lain. 

Those little things that you will sometimes find them different from our country. 

Di semua stesen tren mereka ada sediakan loker. Jadi sangat mudah kalau anda nak simpan barang dan makan angin sementara tunggu nak check in hotel. Loker tak mahal dan biasanya ada dua saiz.






Sepanjang dalam tren tu boleh menikmati pemandangan di sekeliling. Memang cantik. Kalau ada rezeki, boleh nampak Gunung Fuji di sebelah kiri anda. Macam di bawah ni. Cantik kan!






1. Shinjuku

Di Tokyo kami menetap di Empire Inn Hotel (cost sharing triple room per person 8640yen untuk 3malam) di Shinjuku. Standard size bilik di Jepun memang kecil. Tapi di sini 3 single bed, biliknya besar. Best

Kenapa Shinjuku? 

Sebab sini senang mencari makanan halal dan dekat dengan stesen tren JR; kami plan nak pergi Hakone, jadi station ni direct, tak perlu tukar tren. 

Kalau nak masak, boleh cari apartment dalam AirBnB ada banyak. Senang nak masak, kalau bawa cooker dan rempah tomyam, boleh buat steamboat, beli je bahan mentah. Masak, letak mihun, kan senang dan sedap. Klik sini untuk panduan makanan.

BACA: 900 meter dari Redlight District, Shinjuku



Di Tokyo ada banyak tempat menarik boleh dikunjungi. Antara yang popular ialah Roponggi (klik untuk link Hard Rock), Omotesando, Shibuya (crossing yang popular itu), Asakusa (street untuk food dan shopping), Harajuku (cosplay di sini waktu petang).. Odaiba (science museum, pameran kereta dan gundam di sini).



2. Harajuku dan Omotesando



Ini kawasan Harajuku, Takeshita street tempat mereka selalu buat cosplay. Ada juga terserempak dengan remaja memakai kostum arnab comel. Yang ala-ala watak anime mungkin dah habis waktu, masa tu dah hampir malam. Jalan kaki je kawasan- kawasan tu, tengok arkitektur bangunan sekitar yang cantik.



Tempat lampu-lampu berkerlipan ni di dalam bangunan tingkat atas Tokyu Plaza, dalam kawasan Omotesando. Mungkin bermusim design tu. Kawasan ni memang terkenal dengan arkitektur bangunan yang menarik dan unik. Kalau anda minat design bangunan bolehlah capture di sini.












Kami ingat Kinokuniya ni kedai buku, masuk dalam tengok, rupanya supermarket! 

Next kita jalan2 Asakusa dan kawasan lain di Tokyo!


Till then. Mata ne. またね。

No comments:

Post a Comment