Follow me on:

Instagram

2015-06-06

Seketika bersama alam di Sagano, Arashiyama (2012 day 9)

Hari yang cerah ni mari kita pergi ke Sagano dan Arashiyama

Di sini terkenal dengan pemandangan yang cantik, tak kira musim apapun, apatah lagi musim bunga dan autumn. Orang putih kata, breathtaking

Arashiyama terletak di luar bandar di sebelah barat Kyoto. Landmark di sini ialah taman buluh (bamboo groves) yang besar, jambatan Togetsukyo.

Dari Rakuza, kami jalan kaki pergi Gion-shijo station, ambil tren dan turun di Tofukuji station. 


Dari Tofukuji pergi kyoto station. Macam mana nak pergi dari Kyoto station? Paling senang ialah naik JR tren Sagano/Sanin Line dan berhenti di Saga-Arashiyama. Ambil masa 15 minit pada harga 240 yen sehala. Dari situ, pergi central Arashiyama berjalan kaki dalam 10 minit.

Kalau dari Kawaramachi atau Karasuma Station di Shijo street. Perlu ambil tren Hankyu Main Line, tukar ke Katsura Station untuk sampai ke Hankyu Arashiyama. Dalam 20 minit perjalan pada harga 220 yen. HANKYU Arashiyama station tu seberang sungai je, jalan kaki ke Central Arashiyama dalam 10 minit.

Gambar sumber: japan-guide

Kami turun di Saga-Arashiyama, jalan kaki ke Torokko Saga dan naik Sagano Scenic Train atau Romantic train untuk pergi ke bamboo groves. 

Dalam tren tu nampak pemandangan yang cantik, pelawat naik bot di sungai Hozugawa di bawah, dan dapat rasa angin yang best sebab tren ni open. So kalau hujan jangan naik nanti basah. Haha.






Kita turun di Torokko Arashiyama, ambil teksi pergi Torokko Kameoka station. Ni pertama kali naik teksi di Jepun ok. Jadi jakun sebentar bila pintu kiri belakang buka automatik. di Torokko Kameoka Station ni, ada kafe dan jual barang omiyage. Stesennya kecil je dan masa tu tak begitu ramai orang.

Map sumber: japan-guide



Tujuan kami ke sini untuk naik bot bersiar- siar dengan Hozugawa River Cruise. Sungai agak berombak, dalam sejam lebih juga naik bot ni. Kalau tadi kita naik tren nampak orang naik bot, sekarang naik bot nampak tren pula. Ni kiranya patah balik dari Kameoka menuju Arashiyama. 

Bayaran dalam 4100 yen seorang. Agak mahal di situ.













Tengok di atas tu. Tren ni yang kami naik tadi.

Dah sampai... masa untuk makan tengahari pula. Perut dah lapar. Lepas makan baru jalan lagi.






Cold soba dan udang tempura.




 Sambil tengok pemandangan di luar


Sudah isi perut, jom jalan masuk ke Bamboo grove pula. Jauh juga nak jalan ni. Ingatkan dah sesat tapi akhirnya jumpa juga!




Jalan- jalan lagi sampai jumpa Tenryuji temple.


Kalau nak merasa naik kenderaan yang ditarik oleh orang.

Dari sini jalan kaki menuju kawasan kedai tu dah tak jauh. Sangat banyak kedai yang menjual omiyage, nak apa je, payung Jepun yang timbul bunga kalau kena hujan, kain Japanese cotton dalam bentuk sapu tangan dan alas meja, makanan dah tentu banyak. Hand made bag pun ada, kasut, macam- macam ada. 

Nak balik jalan kaki menuju Arashiyama Station untuk naik tren balik ke Kyoto station.


Hari berikutnya kami pindah pula ke Backpacker's Hostels K-House Kyoto. Sini best. 
Tangga menuju ke bilik di ruang atas

Muka depan K House

Ruang rehat atau lobi

Lagi ruang rehat. Sarapan dulu sebelum berangkat pulang

Sayonara Kyoto! Kami akan datang lagi!


Hostel ni tak jauh dari stesen tren. Hostel ni kemas dan bersih. 

Kami duduk di private room dua katil double deck. Cost untuk seorang di quad room 2900 yen semalam. 

Tandas dan bilik mandi adalah sharing (lelaki/perempuan) tapi besar. Ada dapur yang dikongsi bersama, dan tempat bersantai. Oh ya, nak gi Gion lagi dekat dari sini.



2 comments:

  1. SALAM...yg korang makan ni kat mane? nama restoran ngan area? klo soba atau makanan mcm dalam gamba tu camane nak tau halal ye...tq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami makan di restoran betul-betul di tasik sebelah tempat naik perahu kayak.tapi bulan April tahun ni saya pergi, dah tutup. Tak pasti tutup sementara atau permanent. Nak tau boleh makan ke tak, tunjuk pada menu dan tanya dia "Arukoru ga arimaska?" (Ada alkohol?) Atau nyatakan "niku wo tabemasen" (saya tak makan daging).kalau dia jawab, "Hait= ada", "nai= tak ada." Biasanya lepas tu, dia akan tunjuk menu yang tak ada dua benda tadi (alkohol dan daging). Harap dapat membantu!

      Delete