Harapan mengejar Tuna di Tokyo (2012 day 3-6)

Hari ni nak cerita mengenai Roppongi Hills, Asakusa dan Tsukiji Market. 

Selepas Subuh, kami menaiki tren ke Tsukiji market. Pasar ikan je pun, apa yang gigih sangat? 

Pasar ni popular dengan jualan lelong ikan tuna. Teringin juga nak tengok (kononnya!). Dengarnya pasar tersebut bersih dan ikan- ikan di sana besar- besar belaka. 

Dari hotel kami mengambil masa 30 minit dan tukar dua tren. Bila dah sampai, auction sudah habis. Aduh! Pintu masuk pasar pun tak jumpa. Haha.

Al kisahnya kalau nak tengok sesi auction itu, kena berada di sana seawal jam 2.30 pagi! Ini kerana nombor untuk pas masuk sangat-sangat terhad dan bilangan orang yang teringin nak masuk adalah sangat ramai!

Update: Kali ke-2 pergi pada tahun 2016. Misi: Gagal lagi! Hahaha

Anyway, jom tengok gambar. Oh ya, tak sia- sia kami pergi situ sebab dapat makan sushi yang segar dari laut dan sangat sedap. Yummeh! 

Di Sushizanmai Tokyo memang terbaik! Kalau ke Tokyo lagi mesti singgah.

1. Tsukiji Market dan Sushizanmai


































Isi perut kenyang- kenyang baru kita sambung jalan. Di sekitar tu kawasan ada jualan makanan yang banyak dan segar.













Keluar dari situ hujan agak lebat, jadi kita belilah payung lutsinar tu. Ambil 'feel' Jepun katanya. Beli di kedai 7-Eleven, RM10 (300 yen).

Entri lain:
Tips cari makan di Jepun
Bamboo grooves dan Arashiyama


2. Hard Rock Roppongi Hills

Destinasi seterusnya Roppongi Hills. Kami cari the Hard Rock Cafe, meredah hujan. Singgah bergambar dengan latar belakang Tokyo tower.





3. Asakusa dan Nakasime Dori

Ok jom gerak pergi Asakusa pula. Asalnya nak cari restoran halal di sini. Tapi pusing punya pusing tak jumpa pun. 

Rupanya salah kawasan. Adoi! Patutnya Asakusabashi. 

Di Asakusa, kami pergi ke Sensoji Temple dan Nakasime Street. Bolehlah shopping. Ada kedai makan kebab halal di sini. Sedap juga.

Update 2016: Ada dua kedai makan halal yang saya pernah singgah di Asakusa. Sekai Cafe dan Naritaya Halal Ramen Shop.


 Comel kan basikal ni.









Lengang. Al kisahnya pusing lama sangat sampai kedai dah tutup...



Penat dah berjalan, kami kembali ke hotel, merehatkan badan dan minda. 

Esok pagi nak teroka Hakone! 
Yuhuuu, wait for us!

Entri berkaitan:
Hakone dan Gunung Fuji
Soba di Gion, Kyoto


Comments

Popular posts from this blog

An interview with my Italian friend on Italy lockdown「イタリアのロックダウン: イタリア人の友達とインタビュー]

Tips makan di Jepun

Misi Jelajah Jepun di kota lama ~ KOBE (nov 2012 day 1)