Posts

Showing posts from 2016

Tentang rezeki: Sakura di musim luruh.

Image
Leka kami bersiar-siar di dalam kawasan Tokyo Imperial Palace. Luas sungguh kawasan istana lama itu. Selepas duduk berehat dan berpiknik seketika di bawah teduhan pokok, kami berangkat ke pintu keluar. Pintu itu juga yang kami masuk tadi. Seorang oba-san (makcik) Jepun sedang merenung sesuatu di pokok di sebelah kiri kami. Daunnya tak banyak. Malah sudah hampir 'botak' dan kering dahan dan rantingnya. Kami mengalih pandangan ke pokok. Memerhati betul-betul. Dari jauh kelihatan seperti ada bunga-bunga kecil. Putih atau mungkin juga merah jambu. Cahaya matahari sedikit menyilaukan mata. Saya menghampiri bunga di ranting pokok. Dalam hati ada taman. 'Betulkah ini?' Saya renung tanpa berkata apa-apa. Saya toleh melihat muka oba-san. Beliau tersenyum. Wajahnya yang jelas kagum dan gembira terpancar di dalam senyumannya. "Sakura desu-yo! Hontou kirei-desu ne! (Bunga Sakura lah! Cantik betul!)," ujarnya tanpa dipinta. Saya angguk. Kagum. Rasa bertuah...

Bila pintu hati diketuk: saya dan Shizuoka Muslim Association

Image
Konbanwa! Hari ini berpeluang berjumpa Puan Miwa, Ketua Pengurus untuk Shizuoka Muslim Association dan Musolla Shizuoka. Wanita berhati cekal ini mempunyai kisah menarik di dalam liku-liku bergelar saudara baru di awal penghijrahannya. Tepat jam 10.00 pagi tadi beliau muncul menyapa dari jauh. Dengan senang hati mereka menjemput saya ke musolla yang mereka bangunkan di bandar Shizuoka. Musolla terletak di tingkat empat bangunan kedai Aoi Sky Building. Ada perkataan Bismillahirrahmanirrahim ditulis di dalam tulisan jawi di papan tanda di tepi jalan. Di bangunan sebelah ada drug store atau farmasi. Beliau dan suami, Encik Yassine serta beberapa orang di dalam komuniti minoriti Muslim sedang giat berusaha untuk memperkukuh dan mengumpul dana bagi Tabung Masjid Shizuoka. Harga tanah di Jepun memang sangat mahal. Bayangkanlah kalau sewa satu bilik kecil pun dah mencecah RM3000 sebulan, berapa pula sewa musolla di bangunan itu? Belum bercakap mengenai membina masjid. Mereka ...

Transit: On the way to Narita Airport.

Image
Gambar tiada kena mengena. Penerbangan ke DMK, Bangkok hanya mengambil masa dua jam. Kami tiba jam 6.00 petang waktu tempatan. (Waktu Bangkok lewat satu jam.) "Masih awal." Itu kata kami. Penerbangan seterusnya ialah pada jam 11.45 malam. Ada banyak masa lagi. Di ruang transit di dalam, kami keliru kerana diberitahu perlu keluar sebab tiada boarding pass. Keluar ke kaunter check- in, kemudian masuk lagi. Apakah? Keluar bermaksud perlu beratur dan cop passport. Setelah selesai, kami berjalan- jalan mencari kedai makan halal yang diceritakan di dalam carian blog. Hampa. Tak jumpa langsung kedai makan halal. Kami putuskan untuk makan kentang goreng dan pineapple tart saja di McD di tingkat atas. Pusing bukan main lama lagi cari kedai makan yang tak wujud. Orang putih kata, "Taking our own sweet time." Gitu. Bila dah siap makan, kami cuma ada 1 jam 45 minit sahaja untuk check- in. Kami bergegas turun ke kaunter check- in. Kaunter yang tiga jam setengah ...

Transit: Boarding pass punya pasal...

Image
Sumber gambar: http://asia-airports.com/thailand/dmk/ Pesawat AK892 dijadualkan berlepas jam 5.00 petang. Seperti biasa, saya akan buat web check- in terlebih dahulu. Hairan pula bila tak boleh buka online 'boarding pass'. Status error kelihatan di skrin. Pergi ke kiosk juga tidak membuahkan hasil. Maka terpaksalah kami beratur di kaunter. Tiba giliran kami, encik staf di kaunter bertanya, "Sudah check- in?" Kami jawab, "Sudah, tapi ada masalah. Tak boleh display boarding pass." Memang dari KLIA2- DMK sudah check- in. Tapi dari DMK- Narita tiada status. Saya tiada pengalaman transit dengan AirAsia langsung. Apakah ada butang rahsia yang perlu saya tekan? Adoi. -->> Butang rahsia AirAsia, bukanlah rahsia pun. Namanya Fly-Thru. Kalian boleh bertanya kepada Lil' Miss Red di laman web AirAsiaX tentang penggunaan ini. **** Pada waktu kejadian, rasanya tak ada pilihan Fly-Thru. Mengapa dan kenapa saya kurang pasti. Apakah ada kaitan den...

Transit: berbaloikah percaturan?

Image
Gambar sekadar hiasan dan tiada kena mengena dengan cerita. Ini satu cerita babak pertama menggunakan transit route ke Jepun. Asalnya, tiada istilah transit di dalam perjalanan ini. Tiket kapal terbang dibeli 11 bulan sebelum trip, dengan harga RM500+ sahaja, return, menggunakan penerbangan AirAsiaX, KUL - Narita - KUL. Tiket ini dibeli semasa promosi. Di tengah-tengah malam, dengan gigih saya mencari dan main bedal saja, saya meletakkan tarikh yang bajet- bajet dapat tengok bunga Sakura. Destinasi cadangan: Tokyo + Osaka. Jumlah hari: Sepuluh. Nak jadi cerita, tak sampai tiga bulan selepas tu, heboh di dalam grup FB BBM (backpackers buddies Malaysia), bahawa AirAsiaX tutup route ke Narita. Ah... sudah, betul ke? Saya dapat emel mengatakan penerbangan ditukarkan ke Haneda. AirAsiaX memaklumkan kami diberi tiga pilihan: 1) Menukar destinasi ke Haneda. 2) Mengekalkan trip ke Narita, dengan transit di DMK, Bangkok. 3) Tukar kepada credit points. Saya memilih unt...

13 info berkaitan tren di Tokyo yang mungkin memberi manfaat kepada anda.

Image
Anda sedang merancang untuk ke Tokyo? Berikut merupakan info yang mungkin berguna untuk persediaan anda. - 13 info berkaitan tren di Tokyo yang mungkin boleh memberi manfaat kepada anda. - 1) Anda pasti tidak mahu terperangkap di dalam kepadatan manusia di stesen dan juga di dalam tren. Elakkan menaiki tren di waktu 'rush hour': 7.30 -9.30 pagi dan 5.30 petang - 7.30 malam. 2) Tokyo subway terbahagi kepada dua: ✔ 9 Tokyo Metro lines ✔ 4 Toei Subway lines Ada pass berbeza yang boleh anda beli dan gunakan untuk salah satu atau kedua-dua trek. 3) Bagi memudahkan perjalanan anda, sila ingat warna dan nombor line tren. Setiap stesen dilabel menggunakan kedua-dua kriteria tersebut. Contoh: Stesen Toei Asakusa berwarna merah jambu, bernombor A18. 4) Selain Tokyo subway, ada lapan 'railway track' dari syarikat swasta dan JR line (japan railway) di dalam Tokyo. Memang peta tren yang padat dan berselirat boleh membuatkan anda pening kepala. 5) Jika tidak...

Jom buat Popiah ketam!

Image
Jom buat popiah mudah tapi sedap. Versi paling senang. Haha. Barang-barang diperlukan: Kulit popiah Breadcrumbed bebola ketam Mozarella cheese Cili padi Air Senang saja. Potong kecil-kecil bebola ketam tadi. Parut keju, ikut suka nak banyak mana. Potong kecil cili padi. Campur semua bahan tadi. Isi atas kulit popiah, kemudian gulung dan 'bungkus' cantik-cantik. Guna air sebagai gam. Panaskan minyak di dalam kuali. Dah sedia untuk goreng popiah.  Walla! Dah siap. Yummeh!

21 Info menarik berkaitan Jepun

:: 21 Info menarik berkaitan Jepun :: ✔ Jumlah penduduk Jepun dianggarkan 127 juta orang. Agama terbesar di sana ialah Shinto dan Buddha, meskipun begitu, agama tidak memainkan peranan yang penting di dalam hidup majoriti rakyat Jepun. ✔ Pemegang Passport Malaysia tidak memerlukan visa untuk masuk (sebagai pelancong) ke Jepun. ✔ Beza waktu Malaysia dan Jepun hanya satu jam. Contoh: Malaysia 10.10 pagi = Jepun 11.10 pagi. ✔ Penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Tokyo/ Osaka mengambil masa lebih kurang tujuh jam. ✔ Mata wang Yen digunakan di Jepun. Tukaran 1 Yen = RM 0.0405 (semalam). ✔ Di Jepun, sebotol air mineral bersaiz kecil 550mL berharga lebih kurang 84-100 Yen (RM3.45- RM4.07). Onigiri Tuna paling mudah didapati di saat-saat perut tengah lapar. Boleh dibeli di Family Mart di Jepun dengan harga 110 yen (RM4.50) / satu. ✔ Biasanya air paip di Jepun boleh terus diminum. ✔ Terdapat LIMA jenis tren di Jepun: 1) Local (kakueki-teisha or futsu-densha): berhenti di s...

Jepun (trip): 6 tips cari makan di Jepun

Image
Jepun sedang berusaha membentuk negara 'Muslim friendly' sempena persediaan menjelang Olimpik 2020. Sebab itu sekarang di airport Narita, Haneda dan KIX dah ada surau. Di sana juga ada restoran makanan halal. Selain airport, ada banyak restoran halal yang tertumpu di tempat-tempat yang menerima banyak pelancong, contohnya di Asakusa dan Shinjuku di Tokyo, dan juga di bandar Osaka. Ada tiga kategori 'halal' yang anda perlu tahu: *** Dilabel sebagai 'All Halal': semua makanan dan minuman adalah dijamin halal. Tiada minuman alkohol. ** Dilabel sebagai 'All Food Halal': makanan saja halal. Maksudnya tempat itu masih serve minuman beralkohol. * Dilabel sebagai 'Halal food available': ada menu halal dan tak halal disediakan. Kalau tak jumpa tempat makan halal, jangan risau, boleh cuba tips berikut: 1) Makan seafood. ✔ Kebiasaannya sushi tak diletak mirin (alkohol) pada nasi. Ada juga yang letak. Nak tahu, kena tanya mereka. Hati-hati ...

Jepun (trip) Tips: EMPAT aplikasi bahasa untuk bantu anda 'survive' di Jepun

Bila merantau ke Jepun, antara perkara utama (selain makanan!) yang ramai orang risaukan adalah bahasa. Bagaimana nak berkomunikasi dengan orang Jepun? Soalan-soalan lazim: 1) Ramai ke orang Jepun yang faham Bahasa Inggeris? Jawapan: Kebiasaannya staf di kaunter informasi tiada masalah untuk faham bahasa Inggeris. Orang awam: tak semua boleh bantu anda menggunakan bahasa Inggeris. 2) Papan tanda semuanya di dalam bahasa Jepun ke? Jawapan: Kebanyakan papan tanda di jalan raya adalah di dalam tulisan Jepun; Hiragana, Katakana atau Kanji. Tulisan Roman banyak juga digunakan di airport, stesen-stesen tren, bas dan tempat-tempat pelancongan. ★★ Ada beberapa tips untuk bantu anda: 1) Muat turun aplikasi bahasa Jepun:  Japanese Lite. ✔ Paling mudah dibaca dan boleh keluarkan suara. Kalau susah sangat nak sebut, tekan saja bagi orang Jepun dengar dari telefon anda. Boleh guna tanpa internet. Yomiwa ✔ Ambil gambar Kanji atau perkataan Jepun dan kemudian boleh dapatk...

Jepun (Trip) - 'Eye on Japan'. Apa tu?

Image
Ohayou Gozaimasu! (selamat pagi) Setiap kali ke Jepun, antara aktiviti kegemaran saya ialah menjejak Ferris Wheel . 'Eye on Japan' kiranya! Sangat best bila naik dan dapat lihat pemandangan daripada atas. Rasa macam seekor burung helang terbang tinggi. Gitu! Gambar di bawah ialah ferris wheel yang dapat anda temui di Osaka. Uniknya ferris wheel ini dibina di atas tingkat tujuh bangunan bernama HEP FIVE. HEP adalah singkatan kepada Hankyu Entertainment Park. Haa... nama pun entertainment kan! Memang tempat hiburan. Di sini juga ada banyak kedai yang menjual barang-barang berkaitan game dan playstation serta pusat shopping untuk pelbagai fesyen dan rekaan baju. Nak cari restoran, boleh pergi ke tingkat 5F dan 6F. Kalau nak main game, boleh pergi ke tingkat B2, 8F dan 9F. Nak naik Ferris wheel warna merah? Bayaran hanya serendah 500 yen. Boleh pergi ke tingkat 7F. Anda yang tak gayat confirm akan suka! Di dalam gondola boleh pasang muzik terus dari telefon...

Jom backpack ke Jepun!

Image
Jom Tokyo + Kawaguchiko! Calling Female backpackers!! Ground Package RM2000 sahaja! 1-6 Nov 2016. 5 hari 5 malam. Siapa cepat dia dapat pergi! Hanya 4 kekosongan lagi. Pakej ground budget RM2000. Pakej termasuk: *penginapan hotel / hostel selama LIMA malam *bayaran masuk tempat lawatan *tren + bus di Jepun Tidak termasuk: **tiket kapal terbang **bajet makan **bajet shopping Sambil berjalan, kita belajar: budaya, mengenali makanan yang boleh dimakan, sedikit sebanyak tentang bahasa Jepun dan basic skil fotografi. Berminat? Mesej saya di FB: Yusraa Ksm dan bagi emel untuk info lanjut.

Malam Ramadhan ke-19 dah...

Assalamualaikum! Lamanya blog ni bersarang! Macam mana puasa kalian? Semoga berkesempatan dan diberi kelapangan untuk bertarawikh dan menambah amal ibadah lain. Nak grab pahala sebanyak yang mungkin kan! Kerja dan membantu orang lain juga ibadah. Janji niat kita tu ikhlas kan... Tapi kalau tolong orang lepas tu cakap, "Tak apa, saya ikhlas ni." Acanner tu! Keikhlasan tak perlulah nak disebut-sebut pula, nanti hilang pahala. Diam-diam dan senyum cukup. Esok, dah mula masuk 10 malam terakhir. Sempat ke kita mengharungi Ramadhan sehingga Syawal? Ya, jom berdoa semoga Allah panjangkan umur kita, dan semoga Ramadhan kali ni yang terbaik kita pernah lalui! Ameen...! Aha, zakat fitrah dah bayar belum?

Buku baru! Antologi Travelog: Berjalan di Muka Bumi

Image
Lama tak menulis di sini. Ada projek baru. Namanya Antologi Travelog: Berjalan di Muka Bumi. Di dalamnya ada cerita-cerita hasil nukilan dari pengembaraan 10 penulis yang berlaku di sembilan negara. Ada rencah-rencah suka duka, kelakar, geram dan tak ketinggalan ada tips-tips menarik! Saya ada menulis cerita pendek sewaktu ke Frankfurt. Misi mencari souvenir, tertinggal bot... sesat sudah pasti. Banyak lagi kisah menarik daripada penulis lain juga! Terbitan Nuun Creative Books dengan kerjasama Muslim Backpackers. Harganya RM28 sahaja. Untuk urusan pos ke Semenanjung Malaysia hanya perlu tambah RM6. Nak beli sendiri boleh pergi ke PBAKL 2016 di MAEPS Serdang yang sedang berlansung sekarang hingga 9 Mei ini. Atau boleh juga Whatsapp kepada saya di nombor +60183285614. Atau PM di Facebook saya, Yusraa Ksm. Jom membaca!

Apa khabar dunia?

Image
Konnichiwa! Wuih... sangat lama tak tulis entri baru. Apa khabar dunia? Semoga Ankara, Syria, Palestin, Malaysia selamat sejahtera. Semoga peperangan dihentikan, dan keamanan dikecapi manusia sejagat. Semoga yang ditimpa kesusahan beroleh kekuatan dan kecekalan hati untuk bangkit semula. Semoga kezaliman manusia dihapuskan. Kita yang masih di zon selesa, bersyukurlah selalu, berusahalah sedikit-sebanyak untuk membantu, dalam bentuk tenaga, wang ringgit, barang-barang keperluan, dan tidak lupa juga, DOA. Doa ialah senjata Mukmin yang paling utuh! Teruskan berdoa! Riang-ria wajah anak-anak ini. (Osaka, Jepun)

NUTELLA BROWNIES IN MUG

Image
Wehuu! Kali ni nak share resepi paling mudah nak buat tapi SEDAP di makan. Aha! Resepi untuk orang paling malas. Haha. Check it out! Nutella Brownies in Mug 1biji telur 3 sudu besar gula 3 sudu besar susu segar 3 sudu besar minyak (saya guna kanola) 4 sudu besar tepung naik sendiri 3 sudu besar serbuk koko (saya guna chocolate powder) 3 sudu besar nutella Campur dan gaulkan semua bahan hingga sebati. Tuangkan dalam bekas mug. (Saya guna dua biji Ramekin). Boleh bakar guna microwave. Saya guna oven. 180 degree Celsius bakar selama 20 minit. (untuk Lava Choc style di dalam, maknanya tak terlalu set, bakar 15 minit dah cukup). Dah siap! Nak efek dramatik sikit, tabur gula aising. Hias dengan buah atau krim. Selamat mencuba! ENJOY!

Tips Kembara: 3 kesilapan berkaitan Teksi

Aku bukanlah pengembara tegar. Cuma sekali-sekala berjalan di bumi Tuhan. Di dalam perjalanan, ada banyak perkara dilalui dan dipelajari. Antaranya terdapat kesilapan yang pernah dilakukan. Kali ini aku bicara tentang teksi. Ini dari pengalaman aku sendiri. Mungkin boleh dijadikan iktibar dan peringatan buat diri sendiri yang adakalanya lupa. (Harap tak lupa diri je. Huhu) Lupa tanya guna meter tak! Ada satu kali tu aku turun KL Sentral dari KLIA. Waktu tu pukul 4.30 petang, hari bekerja. Aku tengok barisan orang beratur untuk teksi kupon sangatlah panjang. Aku malas nak beratur panjang, aku putuskan untuk naik ke atas, tahan je teksi yang ada. Aku pun naik escalator tu ke tingkat atas. Di pintu luar berhadapan Hotel Hilton selalunya ada teksi. Aku tunggu sekejap. Tak lama lepas tu ada teksi berhenti. Aku pun buka pintu, tanya dia, "Nak pergi Titiwangsa, pergi tak?" Dia pun angguk ok dan suruh masuk. Aku pun masuklah. Lepas tu dia kata, "Tapi saya caj...

900 meter dari Redlight District, Shinjuku

Image
Kami menginap di Hotel Empire in Shinjuku . Akses sangat mudah ke stesen tren JR Shin Okubo (jalan kaki 3 minit je, dalam 250 meter), makanan halal, kedai runcit, shopping street , dobi dan pondok polis. Bilik yang kami ambil untuk 3 katil single , besar dan murah. Kalau nak ke Hakone, boleh menginap di sini. Naik tren direct . BACA : Hakone dan Gunung Fuji Aha, menarik kan? Tapi kawasan ni 900 meter dari red light district Kabukicho. Depan simpang jalan nak masuk hotel ada pondok polis. Jalan kaki kawasan ni tak menakutkan pun. Tenang dan rileks je. Satu malam tu kami jalan kaki pergi dobi belakang hotel (8 minit jalan kaki). Masih awal, pukul 7 lebih. Di satu dua lorong belakang rumah-rumah ada seorang perempuan berdiri. Di tengah dingin malam. Kami jalan buat tak tahu. Dia pun buat tak hairan. Lorong belakang berlampu, ada kedai dan kawasan parking, rumah-rumah dan apartment rendah. Cuma agak sunyi. Kejap lepas tu ada polis meronda naik basikal bawa lampu sulu...

The mystery and miracles behind a relationship.

Image
Relationship. By definition: the state of being connected. Be it for numbers, things, situation and people. We shall talk about people! Watching the drama series / movies on the screen, I have always been left in awe on how mysterious some relationship could be. Even in my life. There had been people whom I have never met, yet we talked about many different things. They say, we 'clicked'. There are some people you follow on social media because of the same interest, then you become best friends and when you meet, you can talk about just, anything! The chemistry you never know could exist, indeed what being said by Carl Jung is true . " The meeting of two personalities is like the contact of two chemical substances: if there is any reaction, both are transformed." There was a great friend I had, who was always there in my difficult and joyful times, in our friendship of 8 years. Until we lost contact because that person was (or still is?) too ma...

Ada apa dengan RM11?

Image
Apa ada dengan RM11? Sikit ke besar jumlah RM11? Kalau bawa pergi ke pasar malam, sekejap je habis beli makanan. Kan? Duit laju je habis macam air paip mengalir. Itu kalau air paip dibiarkan mengalir, deras pulak tu. Memang laju lah habis. Membazir kan? Cuba buka paip tu biar kecil je air mengalir. Kalau tak guna, tutup je pili. Tak membazir kan? Logik? ~boleh terima. Aplikasikan sewaktu ambil wudhu'.  Usah jadikan satu ibadah itu terselit satu pembaziran. So apa kaitan RM11 dengan wudhu? Jawab dulu soalan. Besar ke kecil nilai RM11 PADA ANDA?  Bergantung pada orang. Kecil atau besar nilainya itu subjektif. Kalau besar nilainya, cuba simpan RM11 sehari. Cukup buat duit menabung sebulan lebih kurang= RM330. Kalau rasa kecil je nilai RM11 tu, bolehlah habiskan pada brownies I sekotak. Eh! haha. Point is: " Menabunglah!  Dan menabunglah setakat mana yang mampu setiap hari. " Tepuk hati tanya minda. Apa kaitan wudhu dengan RM11? Tak ada p...