Follow me on:

Instagram

2015-11-03

Bila loghat jadi halangan. Apakah?!

Ini kisah benar pada suatu ketika dahulu di Krabi. Waktu tu menginap di hotel French style di tepi pantai. Satu hari tu telefon housekeeping.

me  : could you send me an iron please.
Lady: sorry maam?
Me: (ulangi ayat yang sama)
Lady: hmm...ok. we will send it to your room.
Me: thank you.

Lepas beberapa ketika yang rasanya agak lama, berbunyilah dingdong bell di pintu bilik.

Saya pun buka pintu. Ada seorang jejaka  di depan pintu. Lain macam sikit uniform ni. Di tangannya ada sesuatu. Sesuatu yang tak terjangka. 

Man: (muka konfius) here maam, your request.
Me: (muka lagi konfius) err.... i want an iron..
man: sorry maam?
Me: (sambil buat pergerakan tangan dan lakonan bisu) iron.. for clothes..
Man: ohh! Ai - ron! Ok maam. Will bring it to you.
Me: thank you!

Tutup pintu, masuk dalam sikit, pusing belakang dan gelak sorang-sorang.

Lelaki tadi tu pegang piring, di dalam piring tu ada sebiji bawang besar. Patutlah lama. Rupanya housekeeping telefon dapur minta cook hantar sebiji French Onion, siap dikupas!

Alahai!

No comments:

Post a Comment