Leofoo Village and Resorts: overcoming fear at the Screaming Corridor

Ni hao ma? Entri kali ini mengenai trip ke Taipei, Taiwan. Trip kali ini masa sangat terhad jadi kami sempat pergi ke empat destinasi utama sahaja.

Setibanya di airport masih awal pagi. Belum masa untuk check-in hotel, jadi kami tinggalkan beg di kaunter drop-off luggage service pada harga NT$100 satu beg sehari. Kaunter ni agak pening nak cari sebab ia sebenarnya kaunter pos barang, jadi tak dilabel betul- betul sebagai Luggage storage. Memang nampak macam pejabat pos je. Ia boleh didapati di tingkat yang sama dengan tingkat balai ketibaan. Landmark? Cari kaunter AirAsia. Ia terletak di belakang kaunter Check-in AirAsia.

1. Leofoo Village and Resort

Leofoo village ini merupakan satu taman tema terbesar di Taipei. Di sini juga ada resort dan zoo. Kawasan Leofoo Village ini sangat luas dan jauh dari bandar Taipei. Berikut antara pilihan untuk pergi le Leofoo Village dari Taoyuan Airport.

(1) Bajet tinggi boleh naik teksi: kalau anda nak naik teksi terus dari airport boleh sangat, tapi awas caj yang sangat mahal iaitu mencecah dari NT$1500 sehingga NT$2200. Teksi ambil masa 30 minit.

(2) backpacker dan jimat bajet, tapi lebih banyak tukar tren: dari Taoyuan Airport naik U bus 705 menuju THSR pada harga NT$15 seorang, ambil masa 15 minit. Taoyuan HSR pergi stesen tren Taipei ambil masa 20 minit NT$175 seorang. Dari Taipei naik MRT turun di Jintan NT$55. Kemudian naik bus 5350 ke Leofoo pada harga NT$96. Bas ini akan masuk hingga ke pintu depan Leofoo Village, ambil masa 30 minit.

(3) satu lagi cara lebih mudah ialah: dari airport Taoyuan, ambil U bas 705 menuju Taoyuan HSR. Dari THSR naik tren menuju Hsinchu HSR NT$135 seorang. Dari Hsinchu HSR naik teksi terus ke Leofoo pada harga NT$600 satu teksi, mengambil masa 30 minit.

Tiket masuk ke Leofoo ialah NT$999 seorang untuk All Rides. Kami terkesan daripada menonton satu episod Running Man yang pergi sana, oleh itu kami bertekad untuk naik the Screaming Corridor U- shaped roller coster yang menakutkan itu. Sangat thrill dan puas hati.

Jom tinjau gambar!



Di pintu masuk ada 'zirafah' menunggu
Nampak dah menara roller coaster tu
Arabian Kingdom
Wild west theme park

Tiket untuk dua orang
Sedia untuk naik roller coaster!
Klik untuk video Screaming Corridor

Motif sangat gantung patung binatang tu.. sini ialah zoo African Safari

Sedia untuk basah! Sini ada mesin jual baju hujan pakai buang dengan harga NT$50
Boleh bagi mereka makan
Leofoo Village ni sangat luas kawasannya. Mungkin lebih baik kalau menginap satu malam di sini supaya banyak masa untuk rileks dan main sepuas hati. Boleh ambil bilik yang betul- betul menghadap safari. Mereka siap buat pakej penginapan di bilik yang pernah diduduki oleh Running Man, siap pakej makan sekali. Tapi harganya lebih mahal.

2. Wulai Waterfall

Entri berkaitan:
 Wulai Scenic Area
"Why do you cover your head?"

Entri lain:

Comments

Popular posts from this blog

An interview with my Italian friend on Italy lockdown「イタリアのロックダウン: イタリア人の友達とインタビュー]

Tips makan di Jepun

Misi Jelajah Jepun di kota lama ~ KOBE (nov 2012 day 1)