Realiti, impian atau angan- angan?
Ok, saya tahu saya berhutang resepi Cakey Brownie, nanti ya. Itu kena tunggu mojo baker tiba baru boleh kemaskini. Gomennasai.
Hari ini mojo traveler wannabe yang tengah kemaskini senarai bucket list of places to go.
"Hari ini 7 November, maka bermulalah menyibukkan diri menerokai apakah impian untuk tahun hadapan."
Dulu waktu kecil mama selalu menegur saya sebab selalu termenung angan- angan. Dulu tak pernah berangan akan bekerja di kota raya yang sesak, but i end up being here anyway. Dulu waktu sekolah tonton drama Winter Sonata tapi tak pernah bermimpi akan jejakkan kaki ke Korea. Dulu waktu sekolah rendah selalu baca buku Doraemon dan tengok Son Go-ku tapi tak pernah sangka secepat itu saya melihat Gunung Fuji secara live.
Realitinya saya bukan orang yang punya banyak harta yang boleh beli apa saja jika mahu. Realitinya saya cuma punya impian yang banyak yang kadangkala tak masuk akal hinggakan seringkali saya hilang fokus. Realitinya dahulu saya tak pernah terfikir i am going to be a travel addict.
Tapi tidak harus membiarkan angan- angan menjadi pendorong. Sebab ia akan musnahkan realiti yang ada. Impian biar besar, tetapi ukur kain di badan sendiri. Tak semua angan- angan menjadi impian, tapi belum pasti semua impian takkan jadi nyata.
Realiti yang sebenar, itu rezeki kita masing- masing. Rezeki kamu dan saya tak sama. Tak perlu nak dibandingkan apa yang kurang, apa dan siapa yang lebih. Bersyukurlah dengan nikmat rezeki (dalam pelbagai bentuk) yang dikurniakan-Nya. Yang pasti, kamu dan saya masih punya impian untuk dikejar menjadi satu realiti. Mereka kata usaha tangga kejayaan. Jangan dilupa pula Doa pada Yang Maha Esa.
Pakar motivasi pernah berpesan, tuliskan impianmu di atas kertas supaya kamu nampak dengan lebih jelas apa yang kamu ingin capai dan ke mana hala tuju.
Tempat apa yang tersenarai di dalam bucket list saya? Biarlah rahsia!
Motif cerita? Entahlah.
Never give up on your dreams. And just when you think you have found the one worth keeping, do not ever let go.

Comments
Post a Comment